SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, December 15, 2009

Pandangan dan pendapat: Lontaran idea demi Daerah tercinta

11 Comments

Close this windowJump to comment form
Anonymous Maya said...

Akum n Kopisanangan. Cadangan saya yang terutama adalah menaik taraf Tandek sebagai 1 Daerah agar Tandek boleh dibangunkan seperti mana daerah2 lain. Penarafan ini pasti akan mengubah 'wajah' Tandek yang 'layu' sekian lama. T/K

December 15, 2009 9:02 AM

Anonymous dr tanjung jg ni said...

yg ini sy se7 dgn ko MAYA. sbg tambahan, setiap pembangunan yg bakal dilaksanakan harus lah melibatkan kepentingan semua entiti masyarakat yg ada d Tandek. kemudahan2 infrastruktur perlu dinaiktaraf dgn segara kerana ini lah nadi ekonomi rakyat setempat. petani n peladang perlu dibantu sehimngga mampu berdiri sendiri n begitu jg dgn sdra2 kta para nelayan. pembangunan yg menyeluruh sehingga rakyat mampu merencanakan ekonomi sendiri jg menguntungkn kerajaan kerana ekonomi setempat5 jd rancak n kerajaan tidak perlu lg terlalu mengeluarkn bantuan 'surplus' untuk rakyat.

December 15, 2009 10:54 AM

Anonymous Anonymous said...

bangunkan sebuah ipta/ipts, di ikuti oleh pej2 kerajaan/swasta dan perumahan di kawasan Tandek.
raan tomulok

December 15, 2009 12:31 PM

Satu kesilapan besar ialah Tandek tidak lagi sebahagian daripada laluan utama Pitas - Bandau sebagaimana yang dinikmati oleh tandek lama sebelum terbakar dulu.Keputusan teknikal inilah yang menyebabkan Tandek sangat sukar untuk mendapatkan wajahnya asalnya.
Tapi sekarang sudah terlambat. Kalaupun dipulihkan kembali laluan tersebut, Tandek tidak menampakkan potensi yang disenangi peniaga. Sudah la tandek semakin longlai selepas era kegemilangannya, tidak ada usaha untuk mengemilangkan kembali tandek secara serius ditambah dengan struktur jalan perhubungan yang terpisah daripada laluan sebenar.
cuma alternatif yang memungkinkan Tandek bernyawa sedikit ialah.. cantikkan kawasan tandek. Rumput panjang seluas 1 ekar persegi sekeliling bangunan pekan tandek ganti dengan rumput halus. Tanam pokok, cantikkan jalan, cantikkan bangunan... jemput peniaga untuk mengembalikan kedai membekal tong gas, ada mini stesen minyak seperti dulu, Green Market untuk menempatkan peniaga kecil sayur2an tempatan. Tambah koleksi perniagaan penting seperti kedai sukan, kedai buku dan peralatan menulis, kedai komputer dan HP. buka dewan serbaguna lebih besar dan boleh digunakan oleh orang awam setiap masa seperti gelanggang badminton, ping pong... pasang lampu jalan mengelilingi Pekan Tandek...
bina mini kompleks utk cawangan2 pejabat2 kerajaan yang berkaitan langsung dengan urusan harian orang kampung.... seperti hal pembayaran cukai, pengagihan subsidi, urusan tanah dsb... Padang bolasepak dan astaka juga penting untuk penganjuran pesta rakyat atau sebarang program kemajuan...
Kalau mengharapkan bangunan tandek sekarang dan panorama landskap skarang.... saya katakan. Tandek 'nazak'.

December 15, 2009 1:36 PM

kalau boleh.. kasi lalu balik tu jalan Pitas - Bandau di kawasan pekan Tandek.
Tu Pekan Kota Belud pun pandai slow sudah skarang sebab jalan baru yang boleh tidak singgah lagi di sana. Nasib saja KB ni sedia membangun dan menjadi tarikan pengunjung juga. Jadi masi boleh bertahan.
Di Tandek, sudah la muram, jalan pun tidak link Tandek sudah (bukan sebahagian laluan utama)... lagi la MALAP.

December 15, 2009 1:42 PM

Anonymous Maya said...

Apa pun pembangunan untuk Tandek, pokok pangkalnya peruntukan kerajaan menyangkut di KM dulu sebab Tandek bukan Daerah!
Selain itu banyak perkara lagi yang menjadi penghalang untuk memajukan Tandek... Harap orang2 yang ada 'kuasa mengubah wajah Tandek' boleh buat sesuatu kerana Tandek berpotensi untuk dibangunkan seperti tempat2 lain.

December 15, 2009 1:55 PM

Anonymous maikong said...

bagus ini perbincangan maya..
mari kita fikir2kan...

December 15, 2009 4:51 PM

Blogger DINAKAN said...

TERIMA KASIH KEPADA CADANGAN DAN ULASAN DALAM PERCAMBAHAN MINDA INI.
PENGULAS / PEMBACA SAM DAN WARGA SAM MASIH DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI INPUT SEBAGAI SATU ALTERNATIF AKHIR UNTUK DI TAMBAH DALAM RMK-10 YANG TELAH DIKUMPUL UNTUK DIBENTANGKAN.
nota : cadangan dan ulasan masih dibuka untuk semua.

December 15, 2009 5:03 PM

Anonymous maikong said...

satu perkara yg juga penting dibentangkan,,
kaji semula sistem pengairan air ke sawah2,.harus diberi perhatian juga supaya tali-air dpt diadakan di kws2 yg belum ada tali-air yg berpotensi utk tanaman padi..contohnya/..mongkowosing/damai...

December 15, 2009 5:38 PM

Blogger Aldusuni said...

Kepada Anon2 yang prihatin teruskan memberi ulasan dan pandangan anda. Mudah-mudahan dengan cara ini mutiara-mutiara ilmu akan keluar dan berlaku percambahan. Cuma saja elakkan serangan peribadi secara total dan jika perlu sekalipun, berbincanglah terus dengan pihak berkaitan dan pihak berkaitan perlu bersikap terbuka dalam hal ini. Saya cadangkan kepada SAM supaya diadakan satu seminar pemikiran global terbuka tanpa syarat penyertaan pada masa akan datang. Tujuannya adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada Anon2 dan masyarakat umum melontarkan pandangan dan pendapat mereka. SAM akan menentukan tajuk yang akan dibahaskan. Secara peribadi, saya lihat bukan semua lontaran fikiran para Anon tidak baik. Idea kurang tersusun, bahasa yang kurang manis, dan pelbagai faktor lain mungkin menjadi sebab lontaran idea, pandangan dan pendapat mereka dilihat sebagai tidak berharga. Tapi, kalau idea-idea ini disusun dengan baik di rak-rak ilmu maka, idea-idea ini bakal menjadi seperti sebuah perpustakaan yang mengandungi jutaan judul buku yang boleh dibaca dan dikaji semula oleh generasi demi generasi. Sejak awal kewujudan blog SAM hingga kini pasti ratusan malah ribuan pengunjung yg telah membaca segala artikal-artikal di dalamnya. Ulasan-ulasan para Anon dalam setiap entri lalu sememangnya ada aras tersendiri perletakannya sama ada dari sudut akademiknya, politiknya, sosialnya dan sebagainya, cuma umum tidak mengetahuinya atas sebab title mereka sebagai Anon. Justeru, sudah sampai masanya cabaran-cabaran ini difikir, diterima, dan dikaji oleh SAM. Angkatlah isu-isu penting yang pernah dilontarkan oleh Anon2. Jangan dibiarkan idea-idea mereka menjadi pencukup sidang pada satu-satu masa saja. Sayang kiranya idea2 yang baik itu hilang begitu sahaja tanpa diangkat atau dibincangkan lebih lanjut.
Pengangkatan isu inilah nanti bakal dicampakkan SAM kepada pihak2 berwajib agar mereka tahu apa sebenarnya suara-suara yang datang dari rakyat. Sesuailah dengan konsep blog Suara Anak Marudu sendiri dan bukan suara individu atau kelompok2 tertentu sahaja. Kalau Pesta Jagung dan pelbagai pesta diadakan, kenapa pesta fikiran tidak dibuat ? Saya kira SAM harus fikirkan hal ini.

December 15, 2009 10:20 PM

Blogger SANGURU said...

Pesta Fikiran! - satu cadangan yang sangat baik dari al-dusuni. Perlu diambil kira oleh para pemimpin. Atau setidak2nya forum rakyat dari masa ke semasa. Atau apapun namanya namun menjurus kepada konsep yg dicadangkan oleh al-dusuni.
Pandangan siapapun, dgn niat maksud pun pasti ada hikmat dan hikmahnya jika diambil positif. Itulah sebabnya SAM membuka "forum"
Pendapat/komen di blog ini.
Berbalik kepada artikel ini, tk sdr Dinakan kerana mengamit khalayak pembaca menitipkan syor2.
Cadangan saya: Tuan DO, YB, MP dll, carilah masa menziarahi SAM kerana ada banyak isu dan pandangan khusus berkaitan KM yg dipaparkan. Mudah2an pandangan dr penulis dan komentator ada yang sesuai untuk diambil perhatian.

December 15, 2009 11:05 PM

4 comments:

maikong said...

terimakasih kepada Tn aldusuni..atas perhargaan/penilaian anda terhadap komentar oleh para anony/guna nama glumor..walaupun sudah berada di luar SAM(bukan staff sam)..masih memberi cadangan/nasihat/keprihatian..tq

SANGURU said...

inilah maksudku: "sebutir bintang, akan kelihatan terang dari arah manapun ia terbit".
Apa yang kita coret hari ini, yang kita kerjakan, semua ini menjadi sejarah di kemudian hari. Generasi akan datang akan memperkatakan ttg kita meskipun kita bukan melakukan semua ini utk diperkatakan...
Mungkin mereka akan berkata: "masa tu sy budak2 lagi, tiap kali sy buka SAM, mesti ada Maikong..."

maikong said...

sangguru..tokou e tokou e t...

Anonymous said...

coments mmg mantap2.