SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 26, 2009

PANTAS DAN CEPAT

Tajuk diatas adalah motto salah satu unit di dalam ATM. Ada kaitan dengan artikel ini. SAM juga suka dengan motto ini. Sebentar tadi saya menerima salinan aduan via SMS kepada YB yang dibuat oleh permastautin di Kg. Timbang Batu sekaligus pengguna Jalan Timbang Batu yang sedang dinaiktaraf/dibaiki. Menurut pengadu, jalan tersebut dalam keadaan teruk dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil/rendah. Ini bermakna, perhubungan mereka terjejas dan suka keluar masuk. Saya telah foward SMS tersebut kepada sahabat SAM iaitu Tuan DO. Harap aduan ini pantas diambil respon oleh YB dan Tuan DO, dan cepatlah pula pihak kontraktor berbuat sesuatu untuk menyelesaikan kesulitan para pengguna jalan raya tersebut. Jangan marah, tugas SAM memaparkan demi kebaikan bersama juga.

5 comments:

Umar al-Longobi said...

Harap tuan/puan dapat mempertimbangkannya dan bertindak dgn pantas lagi cepat...

ming2elly said...

sekarang musim hujan, kerja2 seharusnya dibuat berdasarkan keadaan semasa, harap kontraktor tersebut dapat perbaiki keadaan jalan semasa, agar tidak mengganggu laluan orang2 kampung...

ataupun, sekurang2nya, tabur kan dulu batu kelikir (sementara) agar dapat menampung keadaan jalan yang sedang dibaiki...

SANGURU said...

DO dan YB telah respon. Esok pihak JKR akan buat tindakan sewajarnya.
Status aduan: boleh dianggap beres.
Tk kpd pihak berkenaan kerana pantas ambil perhatian.

DINAKAN said...

HEHE.... kalau baca akhbar bercetak atau akhbar online, mmg sama saja cerita pasal jalan ni.
Jadi, ba kaa.. Tuan D.O cuba kasi HIGHLIGHT sikit tu laporan aduan.

Tulunbunou said...

Yuppp... betul2 cepat dan pantas.
Tahniah