SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 10, 2009

PELANCARAN KIMARAGANG

Salam persahabatan dan perpaduan kepada semua pembaca SAM. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera. Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa Pertubuhan Kimaragang Malaysia (KIMARAGANG) yang telah didaftarkan oleh ROS pada 10 September 2009 akan dilancarkan pada 13 Disember 2009 bertempat di dewan Kg. Masolog, Tandek, Kota Marudu pada jam 1.45pm. Pelancaran pertubuhan tersebut akan disempurnakan oleh penasihat pertubuhan iaitu YBhg Mejar Abdul Latiff kandok, seorang warga Kimaragang yang kini bertugas sebagai Pegawai Daerah di daerah Kinabatangan. Semua warga Kimaragang, di mana pun anda berada amat dialu-alukan untuk menghadirkan diri semasa upacara pelancaran tersebut dan menyokong pergerakan pertubuhan ini demi kemajuan suku kaum Kimaragang. Bersama-sama ini saya titipkan amanat awal presiden KIMARAGANG seperti berikut; "Pertubuhan Kimaragang Malaysia adalah rakan kongsi kepada sesiapa juga untuk menguatkan kepimpinan pihak bertanggungjawab membangunkan bangsa Kimaragang tanpa mengira fahaman politik, agama, kepercayaan, kedudukan dalam masyarakat, dan bangsa. Pertubuhan ini adalah pertubuhan sukarela yang memerlukan sokongan seluruh bangsa Kimaragang dari Tandek hingga ke Pitas. Pertubuhan ini bukan setakat persatuan, ia adalah perpaduan bangsa Kimaragang..." -Tuan Janathan Kandok. Bersama kita menjayakannya.

16 comments:

ILLIE said...

SAYA BERBANGGA MENJADI BANGSA KIMARAGANG...


P/S: harap2 entri ini tidak ada komen yang "panas" dari ANON hehehe

IsOn said...

TENTATIF PROGRAM.

8.00am: Pertandinagn bola sepak dan tarik tali antara kampung2 di kawasan Tandek.

1.30pm: Ketibaan jemputan khas dan orang ramai.

2.00pm: Acara Majlis Rasmi bermula.

5.00pm: Jamuan makan dan acara seterusnya; persembahan artis Kimaragang dan cabutan tiket bertuah.

Konsep Amalan Pertubuhan:

MITATABANG;- Kimaragang Bersatupadu Maju dan Menarik.

Dpd, Jesson Majimal.
T. Pengerusi Penganjur.

p/s andang ko kapanyanyi ko ong siti kono Illie. :D

Little Mike (LM) said...

tahniah kepada PPKM... terus bergerak ke depan. berbangga juga sebagai kimaragang...

ILLIE said...

tataapp boh ison..mowiliw it oluwaw talipinggang di boss boh..nga elalaan sompori boh..okon koh insan noh at PPKM miumpug dino..waro ie timpu dot korungum oku id piumpugan..bah ison..milom tu kosombol koh..peloon okoi kiowo..okukuro noh it piumpugan..

Anonymous said...

Woi.....Illie anda mau menjadi Manusia dan pemimpin yg 'TIDAK D KRITIK'kah? atau anda seorang Pengacut?.....Mana yg anda Pilih?

Little Mike (LM) said...

Anonymous... yang illie tulis ialah harap-harap ENTRY ini tiada komen panas... ENTRY apa? entry yang berkaitan dengan perjuangan kimaragang... kalau perjuangan pertubuhan kimaragang pun dipertikaikan dan dimomokkan sebagaimana anda lakukan kepada SAM, ternyata anda mmg suka porak-poranda. Cukup la SAM yg anda hentam. Jangan momokkan bangsa kimaragang. jadi faham maksud si illie ka anonymous?

Umar al-Longobi said...

Semoga penganjuran ini berjaya. Tahniah kpd semua yg terlibat!

ILLIE said...

malan oku mundang dika anon..ombong ginawo nu momikir siongo tawasi..nga amu ie mari atalow yomogun diti kie..sompi mamasing tokow momili dit ralan..siongo ot otulid sino noh boh awasi ot wayaan...engolow mari tulu diri ong maya dit okilong ot ralan.

IsOn said...

Hehe... kali2 oku yoku mari keelob dit ralan KB-KK mula it okilong banar ki Illie. Amu agagaan bo mari ong okilong banar. :D

ILLIE said...

ino noh boh komoyoon ku dilo ison..araat mari kie ong mogilob nopo karaja...kalamas dot koyuwan

kyro said...

Hmmm.....masih ada naga ka di Tandek ini?

Doc,1Tandek the movie - hero kimaragang lawan naga,bolehkah? Mau bikin filem animasi 3D ni.

ILLIE said...

naga suda indada ni kyro..tingal tongiput2 lagi ni mau kasi siyud..

SANGURU said...

jika tak mampu membantu, usahlah membantut. Jika tak mampu menyumbang harta, tenaga dan masa, memadailah menghadiahkan doa. Bersangka baik dan sabar tidak merugikan. "sejelek2 orang masih ada baiknya, sebaik2 org masih ada jeleknya"...
- saya tidak akan berhenti mengulang2 perkara ini.
*semalam aku bermimpi, ada suara memberitahuku; "katakan satu walaupun nampak macam tiga"...kusimpulkan: serumpun, sekeluarga, tokou e tokou.

Anonymous said...

Ini lah mimpi saya yg ngeri tu Sanguru, Kerana 1TANDEK pun jadi momokan dan ristaan d seluruh KM sampai ke Kudat...Ini lagi Rumpun bangsa yg besar bernama KIMARAGANG .....Harap2 tidak menjdai Leganda dan Ristaan berterusan lagi akan pelancaran BANGSA KIMARAGANG ini......Bawalah bangsa mu ke arah yg cerah dan tidak akan ada unsur2 fikiran mempolitikan lagi bangsa mu sepertinya KELUARGA 1TANDEK tempoh hari.....

Anonymous said...

skg sdh ada 2 kapal KimARagANG. pandai2 la kta memilih kapal mana yg seauai dinaiki.

MOMBU BOY said...

NAIKLAH MANA2 KAPAL YG KAU SUKA DARI KAU SAJA SAMA JUGA ITU DUA2 PUN AMPALANG. SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA KEBIJAKSANAAN DAN KEKUKUHAN SUMBER MODAL SEBAB SEMUA URUSAN INI TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DGN HANYA BERBEKALKAN TANGAN KOSONG, HABIS CERITA.