SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 3, 2009

PERLUNYA TINDAKAN SEGERA

KOTA MARUDU, 03/12/2009: Pembinaan laluan yang selamat amat diperlukan terutama sekali ke kawasan Bank Simpanan Nasional. Banyak keluhan dan rungutan dari orang ramai terutama sekali para warga emas yang berurusan dengan pihak BSN. Ketiadaan lintasan yang selamat amat merisaukan kerana kebanyakan kenderaan yang lalu bergerak dengan laju. Selain itu, laluan masuk ke kawasan BSN juga perlu diberi perhatian. Adalah menjadi harapan, pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sebelum berlaku sebarang kecelakaan.

13 comments:

MindaGuru said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam,
buakn kawasan BSN sahaja satu pekan tu kena upgrade. Pak mentua saya cakap KM ni mcm zaman keadaan dia mcm zaman sebelum mrdeka lagi. Uzur lah tu maksudnya.

MindaGuru said...

Bah kepada pihak yang dipertanggungjawbkan tolonglah dengar keluhan dan rungutan para pengguna serta para pembayar cukai..

Tahniah Tom, satu paparan yang perlu diambil perhatian.

Gaaman said...

Pekan Lama KM dgn pekan Baru ni terlalu jauh bezanya. Dgn kata lain ada kemajuan/peningkatan. Apapun masih banyak yg perlu diperbaiki/dipertingkatkan.

Anonymous said...

my Q ialah..mcamana bangunan BSN tu dpt sijil layak menduduki

Anonymous said...

janganlah sampai nyawa ditukarganti baru ambil tindakan.

SANGURU said...

(sy pun hairan, lama2 sy tahu sebabnya....)
Ya, persimpangan ini sangat menyusahkan pengguna baik pemandu atau pejalan kaki. Dah bamyak kereta berlanggar cuma belum bawa maut la. Di area ni, pengguna terpaksa main toleransi, masuk susah, keluar susah, ...

srixon said...

yeah saya amat bersetuju kepada saranan SANGURU, saya pernah mengutarakan perkara ini kepada kakitangan atasan MDKM/PITAS tapi tiada respon, saya memohon agar dapat dibina jambatan/titi di parit yang berdekatan bangunan kedai BSN tersebut, saya kasihan dengan warga emas yang berurusan di BSN mengurus bantuan mereka di Jabatan Kebajikan Am, mohon kerja sama dari SANGURU agar dpt mengutarakan perkara ini ke pihak atasan lagi dan harap dpt di bina bonggol jalan mcm di persimpangan masuk SMK Kota Marudu

SANGURU said...

ok tn srixon, memandangkan tuan DO, YB, MP dan beberapa pihak berkuasa sering membaca blog ini, dan sy yakin mereka juga tahu permasalahan ini maka KITA SEMUA ingin benar ada penambahbaikan secepat mungkin. Saya yakin pihak BSN pun dapat melihat penurunan urusniaga sejak berpindah ke area menyusahkan ni...

Umar al-Longobi said...

Memang perlu tindakan segera. Kasihanilah warga emas. Org2 kg pun mengeluh tentang hal ini. Sampai ada di antara mereka lebih rela berurusan di Alliance Bank!

kyro said...

Saya kalau limpas sini balari-lari sambil tariak2 sama saya punya anak "tingu-tingu karita....nanti kana langgar"......adeeiii...sampai bila laitu mau begitu....

Anonymous said...

pandai betul bakan sipengatur dan sipeniaga ni,mana tidak Bank GIRO dihujung dan KFC dihujung.Klu enda sukup duit mo mkn KFC sanang saja p Bank juluk tu kad hahaha.Tapi mereka2 tu enda fikir pasal keselamatan urg ramai ba.dunia...dunia

todindot kimaragang said...

yg sy tau, bangunan kedai ni tidak diluluskn oleh pihak berkuasa pd mulanya.
1. kawasan terlalu sempit
2. ruang letak kereta sempit
3. tidak ada jalan susur masuk dan keluar (yg ada skg ni jln masuk sja).
sy kurang pasti kenapa tmpt ini mendapat kelulusan untuk jd premis sdgkn ketiga2 perkara yg sy sebut kn td tu memg penting. tp perkara sdh berlaku. skg pihak berkuasa perlu bertindak segera menangani ketiga2 perkara yg sy sebutkn td sblm sebarang kejadian yg tidak baik berlaku apa lg melibatkn soal nyawa sb nyawa cuma 1 n tiada spare/simpanan. sbg pihak berkuasa pasti byk alternatif utk menangani permasalahan/isu yg sy sebutkn td. terima kasih n moga dpt respon segera. Todindot Kimaragang.