SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 31, 2009

PERUTUSAN TAHUN BARU 2010

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SATU TANDEK,
Bersempena Tahun Baru 2010 , kami di SAM mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" sambil mengajak khalayak pembaca agar sama-sama memantapkan jati diri, semangat, motivasi dan komitmen dalam apa jua bidang lapangan dan pekerjaan. Marilah kita jadikan "Kerja Sebagai Satu Ibadah" sebagai satu budaya.Di kesempatan ini juga kami ingin memohon kemaafan jika sekiranya sepanjang tahun 2009 SAM memaparkan aneka artikel yang mungkin menguris atau menyinggung perasaan atau sensitiviti mana-mana individu, suku atau kaum. Pihak kami sentiasa berusaha mengelakkan perkara ini namun sesuai dengan konsep SAM sebagai 'Pendidik dan Pemberi Ingatan" memang akan ada yang merasa tersinggung, namun ketahuilah bahawa kami bukan bermotif jahat kepada individu atau agensi, sebaliknya sebagai media alternatif masyarakat, kami bertanggungjawab sekadar memaparkan agar berlaku penambahbaikan di kemudian hari. Khusus kepada para Blogger seluruh Malaysia, marilah kita sederap langkah menjadikan blog sebagai wadah yang boleh menjadi agen perubahan positif kepada agama, bangsa dan negara, sambil meminimakan penyalahgunaan blog demi kebaikan bersama. Marilah kita jadikan "Blog Untuk Masyarakat" sebagai satu amalan. Kepada rakan-rakan di SAM, saya mengingatkan diri saya dan diri sdr/i agar terus mengekalkan niat, gaya penulisan, jati diri serta kecintaan kepada SAM dan Kota Marudu khususnya dan 1 Malaysia amnya. Tahun demi tahun, cabaran demi cabaran, godaan demi godaan dan wawasan demi wawasan kita tempuhi. Semua itu memerlukan kebijaksanaan, kesabaran, kerjasama dan kesinambungan visi dan misi yang telah menjadi tonggak dan rukun SAM. " Yang Lemah Dibantu, Yang Tidur Dikejutkan, Yang Silap Dibetulkan, Yang Lupa Diingatkan..." "SAM BOLEH!" Sekian, terima kasih. ............................... (ANDROD SADIAN) Presiden SAM b/p Seluruh Warga SAM.

1 comment:

Umar al-Longobi said...

kita selalu dengar, mencapai sstu itu lebih mudah berbanding mempertahankannya. cabaran memang sentiasa ada, apapun harapan kita semoga kita dapat menten dgn perjuangan yg kita pilih.

selamat maju jaya utk semua!