SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 16, 2009

PESANAN KHAS:BERHATI-HATI

Pesanan khas BERHATI-HATI ini adalah iktibar daripada pengalaman ngeri yang dialami oleh penulis sendiri.

13/12/2009 (Ahad) 5.45pm


Penulis memandu berdua dengan adik perempuan ke Kg. Salimandut, Kota Marudu. Semasa didalam perjalanan untuk pergi ke kebun suami di Kg. Damai, penulis mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan di sekitar Kg.Magaratung dan Kg.Mangkalua. Oleh kerana ingin menikmati panorama petang yang indah diperkampungan, penulis memandu  perlahan.

Di pertengahan jalan Kg. Mangkalua ke Kg.Damai, sebuah motorsikal berwarna biru tua yang dipandu oleh seorang lelaki berkulit gelap,dan memakai seluar jeans berwarna hitam dengan baju t-shirt berwarna biru tua serta topi keledar berwarna hitam putih tiba-tiba menyusul dari belakang dan memberhentikan motorsikalnya seolah-olah ada benda yang tercicir. Pada waktu itu kami tidak mencurigai tindakannya dan meneruskan perjalanan ke Kg. Damai.

Beberapa minit kemudian penunggang motorsikal tersebut memintas dan kami melihat motorsikal tersebut  dipandu dalam keadaan yang tidak stabil. Penulis dan adik mula berasa tidak sedap hati dan rasa terancam kerana kawasan tersebut sunyi. Penulis dan adik tidak dapat melihat dengan jelas wajah penunggang tersebut kerana wajahnya terlindung dengan topi keledar.

Penulis memandu dengan laju dan berada didalam ketakutan yang amat sangat kerana sudah nyata penunggang motorsikal itu berniat jahat.Setelah tiba di persimpangan jalan untuk masuk ke kebun di Kg.Damai  penunggang tersebut masih mengekori kami  hingga ke kawasan kebun. Penulis memberhentikan kenderaan didalam kebun dan  bergegas memanggil suami  yang berada tidak jauh dari situ dengan suara yang terketar-ketar.

Penunggang tersebut turut memberhentikan motorsikalnya disimpang masuk kekebun membunyikan hon dan melambaikan tangan memanggil kami. Sebaik sahaja sedar dengan kehadiran suami, penunggang motorsikal tersebut terus memecut laju sehingga mengejutkan penduduk sekitar. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama.

Berhubung dengan pengalaman ini SAM menyeru kepada orang ramai terutamanya wanita agar berhati-hati walau dimana pun berada agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

9 comments:

maikong said...

tb...awasi po tu amu kou minigkoyod..i ada yg cuba2 buat hal..peringatan jgn berhenti jika terasa was2...

ming2elly said...

plet no. motor teda ambil?

Little Mike (LM) said...

langkah keselamatan perlu diambil dalam keadaan curiga. Syukur la tidak ada apa yang buruk terjadi. Kalau la dapat dikesan no pendaftaran kenderaan dan masuk sekali dalam laporan polis...

Kepada wanita di mana sahaja berada.. selalu berhati2...

Anonymous said...

penunggang motorsikal sudah dikenal pasti.Orang dari kg.Talantang 1.Harap2 pihak polis membuat siasatan terperinci.

TODINDOT KIMARAGANG said...

bah, klu sdh dikenal pasti blh di tanya kenapa dia menekori kereta TULUNBUNOU. manatau ada benda yg dia mau ka c tau n penting tp bila disergah oleh lelaki lain gterus dia cabut lari.

Anonymous said...

nsb teda pkara buruk blaku..

Tulunbunou said...

Maikong,
Itulah tu Maik... sa btl2 bersyukur..Nasib baik kami nda berhenti. ada jg niat sa mo tlg tu tp ntah knp sa batalkan.. Firasat yg.btl...

Ming....
Sebanyak2 perkara flat no kenderaan jg yg kami lupa ambil bo... panik ba

Thanks LM..

Anon 9.48am,
Iya ba.. bgs la klu mcm tu. Sebenarnyakn ada jg beberapa org kwn hubby sa yg kenal tu urg.. Apa nda selamba bo tu urg jahat limpas sma org. kg mcm nda da apa2 yg berlaku kunu..

Dyan,
mmg btl2 ada niat jahat la tu urg coz, nda jg hubby sa kc sergah dia ba. hubby sa jln mcm biasa ja p tpt sa coz mula2 tu dia nda tau apa yg berlaku... sekali tu urg jahat nampak hubby sa nga dia turus ress abis tu moto dia.

Anon 12.39pm,
syukur jg nda berlaku perkara yg lebih buruk.

Thanks di atas keprihatinan rakan2.

maikong said...

tb, saya pesan sama hubby kau,..lain kali jgn selalu biar bini jalan sendiri....bini kena jaga ooo...hahaha...

Anonymous said...

Makahnya jangan sokong pengeluaran IC Malaysia lagi kepada orang PTI...!!!