SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 12, 2009

PUISI KHAS UNTUK DIA.....

Titipan buat seseorang insan SAM.. Insan ini...umpama..setitis embun... mampu menyejukkan..mampu mendamaikan.. berjuang..menanti kehadiran nur mentari.. detik demi detik…SAM. Kehadiranmu…daripada setitis embun.. bersama kita mengungkapkan..suara minda dan titisan jiwa.. yang setiap detik demi detik memeteraikan.. warna warni perjalanan kehidupan insan-insan.. yang berselimut kemelut dan ranjau di persimpangan.. Kehadiranmu… mampu memeriahkan..mampu mengukirkan senyuman.. pada teman-teman SAM di sini.. pada insan-insan yang memerlukan.. Ungkapan mindamu..suara ketulusanmu..perjuangan hakikimu..kekuatan urat tanganmu.. mampu menganyam..mencorakkan tikar-tikar usang.. menjadi halaman permaidani yang begitu indah..hebat.. menggamit keharuan..kerana pesona..kerana kegemerlapannya.. mampu meredahkan tangisan anak bangsa..meredahkan badai pelayaran.. insan-insan yang terkandas di persinggahan.. Kini… Detik SAM mula bergemerlapan..mewarnai alam destinasi.. Dirimu berasa letih..letih meneruskan gemerlapan.. Kerlipan minda, jiwa dan suara kian suram.. Dirimu perlu berehat..pelayaran kini perlukan persinggahan.. Persinggahan sementara ..bagi istirehat yang nyaman.. Senyaman embun di daunan… Nukilan jasamu..tetap terpahat teguh.. Dalam setiap sanubari jiwa-jiwa ini.. Tetap terpahat teguh..Dalam Sejarah Perjuangan SAM.. Insan ini tahu..dan jiwa-jiwa ini pun tahu.. Yang rasa kasih ini..begitu tulus tak terungkap padamu.. Kerinduan pada kehadiranmu..pada perjuanganmu..pada kenanganmu.. Pasti menggamit tangisan sanubari kami.. Salam kemaaafan..salam kasih sayang..salam kerinduan..salam silaturrahim yang hakiki daripada kami..warga dan teman-teman SAM mu.. Ketahuilah..kami tetap sayang padamu.. - cetusan rasa,insan rahsia/6a.m/121209

3 comments:

SANGURU said...

perpisahan bukan sesuatu yang manis dan indah. Sy pernah menitiskan air mata melihat filem kisah para wali babak permesyuaratan sidang para wali songo untuk mengadili rakan wali syeikh siti jenar, yang disepakati menyimpang dan menjejaskan aqidah masyarakat di tanah jawa ketika itu. Sidang wali memutuskan untuk menghukum syeikh tersebut. Mungkin sidang para wali khilaf namun itulah dayausaha dan dibuat secara muzakarah dan syura (dan pastinya dgn keikhlasan).
Aku ingin "menjadi" sunan bonang/sunan kali jaga? (semoga sy x silap) yang berkata secara makrifat kepada syeikh siti jenar : "mas, engkau seumpama bintang kejora di langit indah" (semoga sy x silap ).
Demikianlah perjuangan, pasti ada perbezaan, namun sy berpegang kpd kata2ku sendiri: "terbuang atau terbilang, sama saja bagiku".
Oleh itu sahabat, jadilah bintang kejora, sebutir binatang, tetap la ia bintang jika ia sebutir bintang.
Dan seperkara lagi; "katakan SATU...walaupun kenampakan macam 3" (petikan suara dari sebuah mimpi).
"KITA TAHU, DAN BERHARAP DIA PASTI MENGERTI INI"

Maya said...

Aduh...bergeming mata hati
menatapi nukilan yang berselirat dengan semangat murni terhadap bangsa sendiri.
Aduh...semoga segala yang tersirat dapat dirasai nikmat oleh sahabat2 untuk kecemerlangan sejagat.

maikong said...

ii oboboli e kobalaai monurat dot puisi..booo..elli