SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, December 27, 2009

Sabar...

rakan sekerja dengan spesies ikan putih 5.5 kg !
hasil dari marina, kudat...
pinjam bergambar dengan ikan untuk memori... hari ini adalah dalam sejarah rakan saya apabila beliau berjaya menaikkan seekor ikan seberat 5.5 kg. setahu saya ikan ini adalah dari spesies ikan putih. malah saya turut berbangga dengan rakan saya ini. (beliau juga adalah rakan sekerja saya) di mana, beliau dan saya telah mencuba banyak kali untuk memancing di marina kudat ini. batu ladung, tangsi, mata kail sudah banyak beliau korbankan di spot ini. namun, beliau tetap bersemangat dan sabar menunggu hasilnya. pada hari ini, kesabaran beliau telah terbayar dengan hasil yang juga adalah rekod peribadi ikan terbesar yang pernah dipancing. terbukti, segala usaha dan kesabaran kita akan terbayar jika kita tidak putus asa dan patah semangat. hari ini jadikan tauladan untuk hari seterusnya dalam hidup kita. tidak ada yang mustahil dalam dunia ini...

15 comments:

SANGURU said...

UINA, HANTAR TU KEPALA DI KM. HEHEHE

Tuan Cobra said...

Wah..Tahniah & Syabas d atas kesebaran anda ber 2 mengail....he he he

NONG said...

minggggggggggggggg... bagi ikan baaaaa...

ming2elly said...

sanguru, tu ikan kawan sya punya, heheheh, kalau ada kepala ikan yang sya dapat besar2... nanti sya hantyar k...

nong, harap ko semakin sihat... nanti ada lebih rezeki, sya bawa kasi kamurang sana... heheheh...

kaki pancing IKS said...

panggil ba kwn2 c ni klu p memancing. mau belajar ni guna semua skil memancing klu ada kwn yg blh sharing.

Tulunbunou said...

Minggggggggggggggg....
Ngam lain kali klu ko dpt pancing yg besar bwa trs p KM kita panggang.

Impian sa tu Ming mo pancing ikan besar. Itu ari ada jg p sana nga nda2 dpt ikan. Habis ja tu batu ladung sma tangsi. Mencabar tu port..

Apapun sampaikan ucapan Tahniah kepada kwn yg berjaya mendaratkan ikan tsbt. mmg buli tahan

Berkat Kesabaran...

DINAKAN said...

MING.... ikan di darat ada ka buli d pancing? hehehe....

ba, nnt saya plan mo ikut memancing d sana.

ming2elly said...

dinakan, ikan di darat ada bah... senang ja pancing kalau ikan di darat... hehehhehe...

tb... ko ada try di marina kudat tu? bila? memang banyak sangkut sana tu, tu batu timah kami enda tau berapa kg sudah lesap sana... huhuhuhu...

ba, bila anjuran memancing oleh SAM ni?

kyro said...

First time saya nmpk ikan putih belang2 mcm harimau....

SANGURU said...

pertandingan? Bah, cari2 partner dulu yg boleh sponser bersama SAM.

Tulunbunou said...

Ada ba Ming yang bulan 8 klu nda silap sa... banyak betul sangkut.. setengah ari mancing 1ekor pun nda dpt kc naik. menyisip tu ikan di konkrit..hehe..cantik da disana tu tp banyak sangkut2.

Bah Ming klu ada rombongan jan lupa bawa sa dan hubby sa sekali aa...

IsOn said...

Sya pun 1st time nampak ikan putih bebelang. kacukan ikan putih-kerapu kali ni. atau spesies mutan ikan putih. ikan putih 1malaysia kali ni. haha :D

ming2elly said...

ini adalah ikan putih GOLDEN TREVALLY. nama melayu "GERONG BELANG"

Ikan putih banyak jenis, GIANT TREVALLY adalah impian pemancing yang ingin rasai tarikan ikan ini. G.T boleh membesar sehingga 50 kg - 80 kg !

Anonymous said...

sy bw tulunbunou ja seorg...hehehe

Tulunbunou said...

Anon!!! hahahahha..
Bihaya tu klu 1urg ja kna bwa.
Bah klu ada aktiviti SAM nanti ko join aaa..