SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, December 29, 2009

VISION 2010 part two

Salam perpaduan.
Akhirnya dapat juga menyembung entri ini walaupun terpaksa banyak bersabar dengan perkhidmatan internet streamyx yang teramat 'lilung' (istilah kampung2 yang merujuk kepada sesuatu benda/perkara yang mempunyai kualiti teramat rendah) sejak 3 bulan kebelakangan ini. Inilah juga antara punca kenapa saya 'malas' mengarang entri baru atau meninggalkan ulasan di ruangan komen entri rakan-rakan. Sedang siuk2 menaip atau mem'publish post' entri/komen, line terus terputus dan hanya reconnected balik selepas 2/3 jam atau 2/3 hari. Semua yang ditaip hilang atau kalau sempat save pun separuh2 saja. Betul-betul bikin hilang mood! bikin panas pun ada...Bilalah agaknya daerah Kota Marudu yang mundur ini mampu menikmati perkhidmatan internet yang lebih baik? Internet pantas dan free seperti di Jepun? Dalam mimpi saja kali...sudahlah urusan dengan Telekom pun terpaksa pergi ke Kudat. Ini lagi satu hal saya 'tidak habis fikir'...kenapalah pejabat Telekom di KM itu tidak berfungsi dan semua urusan di'angkut' ke Kudat. Menyusahkan orang kampung saja! Saya ingin terminate streamyx dan bertukar kepada broadband (celcom or digi, which one is better? Any idea?) tetapi nampaknya terpaksa ke Kudat untuk buat urusan termination itu...huh what a procedure for a disabled person like me! Very inconvenient!
Ok, kembali kepada topik entri...sebelum hilang idea...Vision 2010...tinggal dua hari setengah, maka 2009 akan berakhir. Apakah yang bakal kita tempuhi pada satu tahun yang mendatang ini? Walaupun hakikat kehidupan menyatakan bahawa kita tidak tahu dan tidak dapat menjangkakan hari esok mahupun masa depan kita namun jangan lupa bahawa siapa dan bagaimana kita hari esok juga sangat dipengaruhi oleh apa yang kita tanam dalam fikiran sebagai visi kita hari ini. Visi itulah yang memandu dan memotivasikan langkah perjuangan kita yang seterusnya ke arah merealisasikannya.
Kebelakangan ini, saya amat tertarik dengan perkataan 'transformasi'. Saya tidak perlu menghurai lebih panjang tentang perkataan ini kerana saudara Carl SAM sudah pun mengulas istilah ini dengan baik dalam entrinya. Secara peribadi, saya amat teruja dengan laungan transformasi oleh Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) dan seterusnya Rukun Kimaragang yang menggariskan jenis-jenis transformasi yang harus dicapai oleh bangsa Kimaragang. Dalam hati saya ketika membaca Rukun itu, "mampukah impian/visi yang begitu besar dicapai oleh bangsa kecil yang bahasa ibundanya saja sudah hampir pupus akibat globalisasi (kelalaian sendiri?)?" Kemudian, hati saya menjawab balik...inilah permulaannya. Segala-galanya bermula apabila kita mulai menyimpan visi besar dalam minda kemudian menterjemahkannya kepada pelan tindakan yang mantap. Samada tercapai atau tidak, itu perkara kedua kerana visi yang besar mampu menjadi pemangkin semulajadi yang ajaib dalam melaksanakan strategi dan usaha hingga impian tercapai. Mungkin begitulah yang terjadi kepada Ming, anak petani yang akhirnya menjadi perintis dan maharaja kepada Dinasti Ming yang hebat. Dalam kata lain, tidak ada yang mustahil untuk dicapai jika kita membuka mata minda luas-luas dan memandang jauh ke hadapan dan memiliki visi yang besar dalam hidup.
Milikilah visi yang besar pada tahun baru ini. Selamat menyambut tahun baru 2010!
All the best to everyone....bersambung lagi..hehe.

4 comments:

MindaGuru said...

visi yang hebat + Pelan tindakan + Praktik + Bertahan = Kejayaan.

Tahniah Jmimie, posting yang boleh merangsang semangat.

SANGURU said...

jika sy nasihatkan cik terus bersabar, maka sy hipokrit yg memperbodohkan cik. Tp kalau saya suruh "potong", ia bermakna cik putus talian. Broadband juga akan membuat perangai yang sama di lokasi cik berada. Jadi mau tidak mahu, kita terpaksa bersabar sehinggalah area kita upgrade. Tapi bersabar bukan bermakna diam teruss. Harus bersuara kerana tiap yang dibayar, harus sepadan dengan apa yang diperolehi.
Tahniah, anda telah suarakan dan kami menyokong. Harap pihak yang berkenaan lebih btgjwb dan tau erti PELANGGAN DIUTAMAKAN KERANA PELANGGAN DAH BAYAR!

Tulunbunou said...

Thanks..
Selamat menyambut Tahun Baru 2010..

Umar al-Longobi said...

sabar mie, hehe...

semoga Marudu berjaya melahirkan transformer2 yg hebat!

transsssformer!...bersambung :-)