SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, December 11, 2009

TAZKIRAH JUMAAT: JOM BERSANGKA BAIK...

Pagi Jumaat yang berkat. Ku ucapkan salam kasih dan hormat kepada semua staf dan pembaca SAM... Orang arif selalu berpesan agar BERSANGKA BAIK kerana semua sangkaan belum pasti betul tapi sudah pasti dimurkai Tuhan jika BERSANGKA BURUK... Merujuk kepada kes Hari Keluarga SATU Tandek yang dipaparkan dalam blog ini, beberapa orang anonymous bersikap "palui" (nakal). Ekoran daripada itu, beberapa sahabat dan sanak saudara bertanya saya siapakah anonymous itu? Jawab saya - ANONYMOUS. Mereka terus mendesak dan saya minta mereka menyelidik sendiri atau bertanya kepada orang lain yang mungkin mampu memberi jawapan pasti. Saya akui, sebagai insan biasa, malu dan pedih juga rasanya dikritik keterlaluan dan tidak berasas, dan dalam hati terdetik juga sangkaan demi sangkaan, namun saya tetap tidak memuktamadkannya kerana masih ada ruang memaafkan dan bersangka baik di sudut hati saya. Saya hanya mampu menjawab sejujurnya untuk memberi penjelasan demi penjelasan kerana BERSANGKA BAIK bahawasanya para anonymous itu benar-benar tidak mengerti. Memang sukar BERSANGKA BAIK namun kita semua mampu melakukannya...

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah Sanguru kerana anda menggunakan fikiran ANDA yg dingin. Sekalipun HATI anda tdk seorgpun yg nampak......Nah d sana kenampakanlah sama ada anda bisa menjadi Pemimpin rakyat atau Persatuan.......Saya mengkritik anda semata mata melihat sejauh mana anda bisa menerima bahawa alam Cyber ini benar2 tidak bersempadan....Tahniah & Syabas Sanguru d atas fikiran MATANG anda. Semoga anda akan memperolehi kejayaan d masa hadapan....Insyallah. TK

Umar al-Longobi said...

Sangkaan itu lebih berguna kpd org2yg khasyaf. Bagi org2 biasa mcm sy prasangka itu lebih cenderung kpd perkara2 dusta.

Bagus Sanguru! Tazkirah yg amat berguna. Marilah bersama kita memanfaatkannya.

SANGURU said...

tq anonymous, atas tazkirah kpd saya.
Saya menyedari kelemahan diri dan masih perlu amat membersihkan hati. Syukurlah, dalam kekotoran hati itu saya masih mampu menyederhanakan kata2, dan tidak ramai yang tidak selamat dari kata2 itu.
Tq.