SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, December 30, 2009

TERIMA KASIH HKM

Salam ...penulis kali ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada warga HKM kerana begitu prihatin dengan keperluan para pesakit. Sekalung ucapan terima kasih kepada Dr Rosfinah, Pengarah Hospital Kota Marudu, yang begitu komited dalam membuat pemeriksaan dan pendekatannya yang sabar membuatkan ramai pesakit puas hati.
Kita semua tahu, tugas seorang doktor bukannya mudah. Pelbagai situasi pesakit yang mereka temui dan keadaan ini pasti akan memberi tekanan kepada mereka. Namun, penulis percaya yang Doktor ini sebaik mungkin berusaha memberi yang terbaik. Penulis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada MA dan rakan2nya di Unit kecemasan, yang bertugas pada malam 23/12 / 2009. MA dan Jururawat memberi rawatan yang sebaik mungkin kepada isteri saya yang mendapat kemalangan terjatuh dari kenderaan. Terima kasih juga kepada pembantu hospital yang begitu cepat bertindak membawa isteri masuk.
Namun penulis agak terkilan kerana Doktor yang 'On Call' pada malam itu tidak datang walaupun telah dihubungi oleh MA tersebut. Walaupun hanya kemalangan kecil, kehadiran seorang Doktor sekurang2nya dapat mengurangkan sedikit kerisauan. Penulis berharap agar keadaan ini tidak akan berulang lagi pada mana2 pesakit yang memerlukan penelitian Doktor. Kemampuan MA dalam membuat keputusan adalah terhad. Jangan biarkan MA dan jururawat bersendirian dalam situasi seperti itu.
Namun seperti yang penulis nyata diawal2 tadi, rasa terkilan ini terubat dengan keprihatinan Dr Pengarah yang telah memberikan penjelasan dengan lembut. Mungkin tidak salah saya katakan Dr Rosfina antara Doktor yang komited dan sabar. Penulis juga tahu yang HKM antara Hospital yang menerima ramai pesakit...
Posted by Picasa

3 comments:

IsOn said...

Saya komen duluan la sebab saya byk pengalaman suda dengan situasi seperti yang penulis sebutkan di hospital.

pertama, saya bersetuju dengan pendekatan pengarah hospital tersebut. dan memang sepatutnya itu la antara tugas seorang pengarah hospital; utk menjernihkan setiap kekeruhan yg berlaku di hospital.

menyentuh ttg tidakan Dr yg tidak dtg membuat pemeriksaan kepada Nong pada hari kemalangan tersebut, memang TIDAK sewajarnya begitu. sibuk macam mana pun, Dr yg on call mesti membuat pemeriksaan, terutama kes2 kemalangan yg melibatkan kecederaan tulang.

wlu bgaimana pun, perkara sudah lepas. syukur la kecederaan tidak terlalu teruk dan Nong semakin pulih. diharap kesilapan seumpana itu tidak akan berulang lagi kepada pesakit lain.

HKM, teruskan perjuanganmu. dan kepada Nong, get well soon.

kyro said...

Get well soon Nong.Tompinai,bnykkan sabar.

Umar al-Longobi said...

moga cepat sembuh Nong. Diharap HKM sentiasa melakukan penambahbaikan selagi terdaya...