SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, December 28, 2009

TERPENJARA DALAM DUNIA SENDIRI

(Sekadar Gambar Hiasan )
Dalam berberapa waktu lagi, kita akan berada di tahun yang baru yakini tahun 2010. Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi semuanya?.
Pasti dikalangan kita sudah ada yang menyedia senarai yang perlu ditinggalkan dan akan dibuat. Kita mengharap agar kehidupan kita terus bahagia dan berhasil dalam segala perkerjaan kita.
Namun apakah kita sanggup membuat perubahan pada cara pemikiran kita, pendekatan kita atau pun cara dan tingkahlaku kita ataupun hanya membiarkan kita terus terperangkap dalam dunia minda kita?
Biarlah pada tahun 2010 nanti, kita semua akan memperolehi sesuatu yang baik dan menjadikan setiap kejadian pada 2009 sebagai pengajaran kepada kita semua....
Posted by Picasa

5 comments:

Tulunbunou said...

Semoga tahun2 yg mendatang menjanjikan kejayaan dan ketenangan. Serahkan segalanya kepada DIA.. pasti tercapai segala apa yg diimpikan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU KEPADA SEMUA STAF & PENGUNJUNG SAM. MAAF ANDAI PERNAH TERKASAR BAHASA..

HAPPY NEW YEAR...2010

DINAKAN said...

ada sebuah lagu...

KU PANDANG DIATAS AWAN
KU LIHAT BINTANG MELAMBAI
KU GAPAI TANGAN
TETAPI TIADA SAMPAI....

semoga tahun baharu 2010 akan menjadikan kita lebih istimewa, lebih berfikiran terbuka, lebih berwawasan, lebih berkeyakinan dan lebih bahagia daripada tahun yang sudah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2010 BUAT SEMUA.

ming2elly said...

usaha + sabar + pemikiran = akan menghasilkan sesuatu yang amat memberangsangkan.

2009 memang banyak kenangan bagi kita semua. usah dilihat kebelakang lagi, hari yang berlalu biarlah menjadi kenangan dan pengalaman untuk kita semua!

tanpa kelmarin, kita tak tahu apa yang telah berlaku. tanpa hari ini, kita tidak akan melalui sesuatu yang baru. dan tanpa esok, kita tidak akan tahu apa yang bakal kita capai !

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010 UNTUK SEMUA WARGA SAM! & pembaca2 sekalian.

MindaGuru said...

Woi betapa sangsaranya jika terpenjara..
Pandang ke depan dan lupakan perkara yang telah berlaku dahulu. Bebaskan diri daripada penjara nostalgia lalu yang merosakkan.
Selamat tahun baru ..

SANGURU said...

bukan pencinta kebebasan namanya jika diri sendiri merdeka manakala sahabatnya, bangsanya terpenjara oleh kejahilan, kemiskinan, pembuyukan, penindasan dan apa jua yg menyakitkan, kerana kita seumpama anggota badan...