SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 10, 2009

titipan kamar : ULASAN KOMEN ANONYMOUS (10 DISEMBER 2009)

Anonymous said..
Tuan2 semua... sila bagi komen ya, ini untuk pengetahuan bersama saja.
Adakah dibenarkan bangunan sekolah atau dalam kawasan sekolah untuk kita mengadakan progrem yang tidak berkaitan dengan progrem sekolah. jika dibenarkan silah nyatakan bukti yang menyokong kebenaran. kalau tidak kenapa majlis itu tidak dibuat di dewan tandek saja supaya tidak membelakangkan peraturan sekolah. semua kakitangan awam tertakluk kepada prentah2 am. tidak kah tuan terpikir yang mungkin progrem ini boleh mengganggu warga SMK Tandek atau pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM/STPM yang pada masa itu tinggal di asrama. jangan bimbang ya saya bukan menentang tuan.
December 10, 2009 12:12 PM
....................................................... Salam Satu Malaysia, Salam Perpaduan, Salam Muhibbah, Salam Sejahtera dan Salam Istimewa... buat Anonymous yang inginkan ulasan dan bukti kebenaran persoalan diatas.
Pada prinsipnya, adalah wajar kepada semua rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan agama untuk memasuki kawasan sekolah setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti Pengarah Pelajaran, Pegawai Pelajaran, Pengetua, Guru atau Pengawal Keselamatan Sekolah atau pihak yang berkuasa dibawah kementerian pelajaran malaysia.
Pada sudut lain pula, adalah dilarang kepada mana-mana pihak luar untuk memasuki kawasan sekolah atau menganjurkan aktiviti luar didalam sekolah sekiranya? masa tersebut adalah sesi persekolahan, masa peperiksaan sedang dijalankan, lawatan nazir sekolah atau tidak mendapat kebenaran dan kelulusan pihak sekolah.
Sdr Anonymous... Pada 12 September 1991, satu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membenarkan pertubuhan dan persatuan boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah bagi tujuan menjalankan aktiviti yang tidak melibatkan kepada ancaman besar negara atau yang boleh merosakkan sistem pelajaran atau perkara yang boleh menggugat perpaduan masyarakat setempat.
Justeru, tidak salah penggunaan dewan sekolah atau kawasan sekolah tersebut untuk menjalankan aktiviti luar setelah mendapat kebenaran sekolah dan mematuhi peraturan dan panduan ditetapkan sekolah tersebut.
Mengulas sedikit tentang aktiviti '1 TANDEK' atau 'HARI KELUARGA 1 TANDEK' yang dibuat pada ketetapan 6 Disember 2009, tiada permasalahan timbul atau perkara yang negatif malah wujudnya simpulan semangat kekeluargaan, perpaduan dan kesejahteraan antara mereka yang hadir di dewan sekolah tersebut.
Jika kita merujuk kepada 'Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1991 : Penggunaan Kemudahan Sekolah'. Ianya tercatat semua aspek seperti ulasan penerangan diatas dan untuk kakitangan awam yang hadir, tiada kesalahan ditanggung oleh mereka.

15 comments:

Little Mike (LM) said...

terima kasih tn dinakan atas usaha baik memenuhi hasrat persoalan daripada anonymous. Harap kita semua jelas.

IsOn said...

Saya percaya sdra anonymous bertanya dengan ikhlas dan penjelasan yang telah diberikan oleh sdra Dinakan telah menjawab persoalan tersebut dengan baik.

Sedikit tambahan, bukan melibatkan peraturan tetapi cuma mengambil kira dari sudut pandangan para pelajar.

Tidaklah pasti dengan sepenuhnya sama ada para pelajar yang tinggal di asrama pada hari itu memang berasa terganggu dengan program tersebut atau tidak, tetapi menurut penilaian saya...

Program tersebut dibuat pada hari Ahad di mana kebanyakan pelajar mungkin balik ke rumah, sembahyang di gereja, atau keluar dengan kawan2. Mungkin ada juga yang sedang belajar di bilik masing2...

Tetapi saya berpendapat program tersebut tidak mengganggu kerana tidak menimbulkan bunyi yang terlalu bising dan huru-hara. Tambahan pula program dibuat di dalam dewan dan kedudukan asrama pelajar agak jauh sedikit juga dari dewan tersebut.

Apa pun, terima kasih atas pertanyaan. Sebaik2nya perkara ini diambil perhatian oleh AJK pelaksana untuk penilaian dan penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih. :)

SANGURU said...

pertamanya, tk kpd sdr dinakan dan dr. Nelson atas penjelasan. Penjelasan rasmi biarlah saya keluarkan sebagai peg. Pentadbiran di sekolah ini.
PERMOHONAN RASMI OLEH PIHAK PENGANJUR TELAH DIKEMUKAKAN KEPADA PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH, DAN SETELAH MENIMBANGTARA DENGAN SAKSAMA DENGAN MENGAMBILKIRA BERBAGAI ASPEK TERMASUK PROGRAM, PENGANJUR, KEBENARAN PIHAK BERKUASA, KESESUAIAN MASA DAN ACARA, KESELAMATAN, GANGUAN JIKA ADA, DAN DENGAN MERUJUK KEPADA PERUNTUKAN SEDIA ADA MAKA SETELAH BERPUAS HATI , PIHAK PENTADBIRAN TELAH MEMBERI KEBENARAN.

Saya yang menurut perintah,

...................................................
(ANDROD BIN SADIAN)
Pen. Kanan (Pentadbiran)
b/p Pengetua.

Nota: tanda tangan tidak diperlukan kerana pernyataan ini secara elektronik.

SANGURU said...

saya menasihatkan kepada mana2 anonymous agar tidak lagi mengeluarkan komen2 yang berbentuk penghinaan, provokasi melampau atau apa2 yang bersifat sensitif dan boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat. Selepas tarikh dan masa peringatan ini, jika sekiranya masih ada yang berbuat demikian, saya tidak teragak2 untuk menasihatkan pihak penganjur atau mana2 individu yang menerima kesan negatif untuk membuat laporan polis. Pihak SAM sekali lagi mengulangi bahawa setiap ulasan adalah menjadi tanggungjawab pengulas seperti mana yang terjadi dalam kes sebelum ini (di blog lain) dimana ada pengulas blog mengeluarkan ulasan menghina sultan. Sama2lah kita menjaga keharmonian 1Malaysia. Terima kasih.

yang benar,

...................................
(ANDROD SADIAN)
Penulis SAM.

Anonymous said...

Anonymous ini memang kebiasaanya 'limpar batu sembunyi tangan' sama ada orang ini mengkritik secara Positif atau Negatif...Kebanyakannya Kritikan yg negatiflah...Bisanya kalau dulu2lagi sebelum Umno/BN memerintah secara paksa Negeri ini, Pemakaian Dewan2 sekolah Rendah/Menangah d gunakan untuk mereka menjalankan Aktiviti politik...Mereka ini lah yg memulai segala-galanya...

Little Mike (LM) said...

kemudahan sekolah khasnya dewan serbaguna BOLEH digunakan di luar waktu persekolahan dan sebarang aktiviti sekolah. Kegunaan yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan dan tiada unsur ancaman terhadap institusi masyarakat dan keselamatan negara. ASALKAN MENDAPAT KEBENARAN dan ada PERMIT dari pihak berkuasa dalam kes2 tertentu...

Umar al-Longobi said...

Penjelasan rasmi drp Pen. Kanan (Pentadbiran) SMK Tandek, sy rasa amat jelas. Syabas Tn. Dinakan & Sanguru!


Yang benar,

.................
(Umar al-Longobi)
Pengulas bebas

Nota: Sain tidak diperlukan kerana tidak dapat sain.

Anonymous said...

1 lagi. boleh kah pihak penganjur mengeluarkan penyata penggunaan kewangan (transaksi)semasa penganjuran ini? saya di fahamkan bahawa wang yg telah dikumpul hasil sumbangan orang ramai agak besar juga (melebihi RM10K)sedangkan mengikut pengamatan kita perbelanjaan makan minum dan lain2 tidak sampai RM5000! tp mungkin untuk kegunaan tahun depan, boleh lah. jangan melenting. buat sahaja pembentangan dlm SAM ni jika benar2 ikhlas.

Anonymous said...

11,2009 4:18
saya sokong

SANGURU said...

merujuk kpd anon 4:07 pm.
nah, begini yg kita mahu. Permintaan yg munasabah. Selagi munasabah its ok, x kisahlah apa niatnya. Bagus.
Saya berani jamin penggunaan kewangan semua ada rekod penggunaan.
Sdr anonymous semacam sangat meragui ketelusan ajk, seolah2 makan duit, gitu? Kalau sy kata bhw ajk2 ini banyak keluar duit sendiri utk urusan2 sepanjang proses perancangan dan pengendalian, apakah persepsi anonymous masih tidak berubah? anon tahukah bhw setiap ajk pun menyumbang wang, masa, tenaga, idea, dll?
Sungguh berani anonymous membuat anggaran sekasar itu seolah2 tahu semua item dan kos2nya dari a-z. Biar sy beritahu secara am saja dulu. Peruntukan makan minum saja sebanyak RM7000. Tahukah anonymous betapa kenyangnya pengunjung? Minum ringan, kuih muih, makan berat sesuka hati. Ada yg lebih kami suruh orang tapau dan beri kpd budak2 asrama.
Anonymous, kenapalah tuan ini tak habis2 berburuk sangka kpd ajk, majlis dll?
Tapi silakan saja, kami tidak akan membiarkan soalan anda tanpa jawapan konkrit. Biar pembaca lain menjadi hakim dan juri, siapa yang benar, YANG BUAT KERJA atau yang hanya tahu komen ORANG BUAT KERJA.

Sudah2lah anony, sudah sudahlah...

Anonymous said...

Anon 4:07 tu Umar al-panjangobi juga tu.....Bukan Anonymous. Kenapa Sanguru tidurkah?.........

Anonymous said...

kita sebenarnya tidak bole menggunakan kemudahan sekolah untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan sekolah, kecuali atas kepentingan negara atau kes2 yang melibatkan mkn 20. kalau untuk acara2 yg bersifat peribadi/ pertubuhan kenalah bayar sewa yang berpatutan, itupun jika mendapat keizinan secara rasmi... lain la klu kita tdk merujuk kpd integriti.
banyak juga sekolah di sabah ini tapi tidak perna sya melihat yang kemudahannya boleh diguna sesuka hati.

Anonymous said...

RM7000? wah! terus kaya o...
tp indapala. kalau penganjur & pembekal sdh brsetuju dgn figure itu apa lg kta blh bt kn. cuma, untuk mengelakkn kekeliruan n meredakan rasa ingin tahu semua, sila la bt pembentangan transaksi kewangan sebelum, semasa & selepas acara Hari Keluarga itu. ini melibatkn wang orang ramai (ada pungutan. jadi, tidak salah rasanya jika pembentangan dibuat. ini bukan menyalahkan, mencerca, menuduh atau yg sewaktu dengannya. lagipun, kita merasakan bahawa perkara ini bukan TOP SECRET kan? tolong lah bentangkandgn ikhlas....

Anonymous said...

sokong penuh... bentang saja bah. tiada apa2 juga itu. semua orang pun tau juga, kaulah orang yang paling jujur kalau melibatkan kewangan. itu ajk2 yang terlibat tu tiada saguhati ka. kalau ada lebih2 itu kita bagi2 bah sebagai gaji kepenatan, asalkan ada saja... berapa2 pun boleh.

Anonymous said...

Komen Anon ini Sanguru pun menulis dan Staff SAM.Pandai betul kamu orang ini bermain politik d dalam blog.Hati2 kalau org Kampong ini sering d perbodoh bodoh kan mereka muak tu nanti.