SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 12, 2009

TOKOH KIMARAGANG YANG TIDAK DICANANG...

(Gambar: Makam Hj. Lebai Muhd. Said B. Abdullah Al-Sabahi) Hari Keluarga SATU Tandek membawa satu rahmat kerana melalui majlis itu saya mengenali dan memperolehi salasilah dan sejarah seorang Tokoh Kimaragang dalam bidang agama Islam melalui ayahanda Cikgu Jasni, Otai Utara.FM yang hadir khusus menelusuri kaum kerabat beliau di Tandek. Tokoh silam yang saya maksudkan ialah Hj. Lebai Muhamad Said B. Abdullah@Dungur@Masangin@Panangkas (1898-1968). Saya tidak akan memperincikan salasilahnya, memadailah bahawa tokoh ini pernah mengajar agama di Semananjung Tanah Melayu (dengan surat Izin Sultan Kedah), Sabah (surat Izin Sir William Goode), Brunei (surat izin Sultan Ahmad Tajuddin) dan Sarawak (surat izin Sir Duncan Stewart). Beliaulah juga yang memulakan dakwah Islamiah di Tandek dengan cara yang halus, indah dan menjiwai jiwa bangsanya sehingga Islamnya Aki Unggut, Aki Majun, Aki NC Jamari dan lainnya. Beliau ada beristerikan wanita Tandek bernama Enampai, beranakkan Gompopoi@Hamzah. Beberapa hari lepas saya berkesempatan menziarahi makam pendakwah tersohor ini di perkuburan orang2 Islam Pinggan-Pinggan, Pitas. "Ooo...si mualaf itu.." kata salah seorang yang saya bertanya arah. Mualaf? - saya terkesima. Seorang Islam sehebat arwah ini masih dianggap mualaf hanya kerana ia seorang Dusun yang memeluk Islam? Saya tidak mahu panjangkan cerita ini kerana menjadi tugas orang-orang Kimaragang untuk mengkaji sendiri insan istimewa ini. al fatiah...

18 comments:

Anonymous said...

salam semua..
cucu kepada arwah ini ada yang jadi YB dan berjawatan tinggi di kota kinabalu

srixon said...

teringin sangat mengetahui cerita lebih lanjut mengenai arwah ini, terima kasih kerana informasi ini tuan SANGURU

SANGURU said...

1. sesuai dgn idea dan "kritikan" para pembaca budiman, AJK Hari Keluarga SATU Tandek akan mendokumentasikan tokoh2 SATU Tandek yang lain (iktibar dari pendokumentasian Tokoh yg dinyatakan) dan akan diberi kpd para pengunjung. Sebenarnya, AJK ini akan diperbaiki dan semua saranan kaum keluarga telah diambil kira.

2. Mmg tokoh ini melahirkan ramai tokoh2 baru termasuk yg sdr anon no.1 nyatakan.

3. Jika tn srixon mau, dapatkan salinan salasilah dan kisah hidup tokoh ini dr saya.

Tq.

Anonymous said...

Tahniah Sanguru kerana usaha murni menyatukan Suku/Ras Kimaragang yg masih ujud.....

Anonymous said...

al-fatihah...

tuan sanguru,
kalau tuan ke kudat silalah singgah disebuah restoran bersebelahan dengan mini market soni bumi batu 1 kudat, merupakan satu2nya restoran melayu/muslim di deretan bangunan ini.

salah satu anak kepada arwah ini merupakan pengusaha direstoran tersebut, juga merupakan mantan pengetua di smk kota marudu suatu ketika dahulu.

dalam pertemuan yang tidak disenagakan itu, beliau dikenali sebagai Hj Zakaria bin Hj lebai Said @ Dungur. setelah berkenalan tentang asal usul masing2 belau pernah berkata kepada saya bahawa darah yang mengalir di tubuh kita adalah sama dan katanya lagi "yung, kamu samabunglah salasila keluarga yang ada pada saya".

Dalam pertemuan itu juga beliau ada menceritakan tentang ayahandanya sebagai pendakwa yang terawal di tandek sehingga ke negeri kedah seperti mana yang tuan sanguru nayatakan dan salah seorang anaknya(perempuan) dari kedah menetap di Langkon, Kota Marudu hingga kini. sama ada arwah ini (dungur@lebai) di makamkan di pitas atau di tempat lain saya tidak pasti.

titipan dari
ra'an tomulok

kyro said...

Nahh kann....kalau d gali betul2 bumi KM/Tandek ini bnyk bah emas permata didalamnya...bahh teruskan pencarian dan jangan lupa dokumentasi.Ini penting untuk sejarah KM/Tandek.

Srixon,kada ko mongodila boh...ko tau la bah saya ni orang tua...jgn ko marah saya tegur kio...lain2 bah saya rasa kalau ko jelir lidah hehehe...siou ki

SANGURU said...

ra'an tomulok,
Mmg arwah hj lebai itulah yg sya maksudkan. Dialah. Tq atas perkongsian.
Kalau nak sambung kajian oleh hj. Zakaria, mampirlah ke Tandek, temui sdr charles dan kee roslee. Kitaorang blh kasi link.
Link punya link - SATU RUMPUN, SATU KELUARGA.

srixon said...

tidak marah bah kyro kita mesti berfikiran positif, terima kasih tuan SANGURU ada kesempatan nanti jumpa

NAGA KINABALU said...

Anonymous 5:42, Tanyakan Hj Zakaria tu apa no HP dia....Saya kawan baik sama itu bakas Chegu dan org Politik tu. Dia orgnya bagus.

SANGURU said...

sy pun mau no. Hpnya, atau kasi no. Hp sy. Bekas pengetua sy jg tu. Pernah satu ketika, beliau panggil sy, dia ckp : "tanya dan minta izin bapamu, saya mau kasi jadi kamu anak angkat. Ikut sy kemana sy bertugas..."
Terkebil2 mata sia. Barangkali beliau tau sy org Tandek, mgkn beliau tau salasilah...atau mungkin beliau kasihan - pelajar cerdek yg miskin susah mo pergi jauh?
(Cikgu, sy x pergi terlalu jauh, tp sy telah berbuat apa yg sy fikir baik kpd sesama manusia...)...

Anonymous said...

assalamualikum dan salam tokou e tokou

tuan sanguruku dan naga kinabalu
terlebih dahulu saya minta izin dulu dengan tuan punya no h/set atau saya akan bagi no set tn. guru kepada Hj Zakaria.

Minta maaf sekiranya ada perkataan yang kurang sopan kerana itu adalah diatas kelemahan saya sendiri.

ra'an tomulok

Maya said...

Kopisanangan...Langka'o om noruwo banar no diko ino la'ang diko dot it tongo nolakan om laang dit komelengan. Rogio daton no ot pinurumpung om suuwab sera kopitotomumung kengkakat om kembulai iti kabansaan dot 1 ot nontodonon. Insyallah. Amin.

SANGURU said...

ra'an Tomulok, beri saja no. Saya. Tahulah beliau menghubungi saya jika ada perlunya. No. Hp sy ada di tepi kiri blog ini. Tq.

Anonymous said...

Salam,
Saya difahamkan tokoh ini, asal keturunannya adalah berasal dari kawasan bukit (kaw. sonsoggon) di Tandek. Betulkan sekirannya fakta tersebut tidak tepat. Tidak pasti samada fakta tersebut adalah sahih atau tidak. Tapi mungkin ada lojiknya kerana suku kimaragang asal penempatan adalah dikawasan bukit2 (Orang bukit) dan bertani secara nomad. Jadi kepada anak2 muda kimaragang, jgn memandang rendah kpd org2 bukit sebab keturunan kita berasal dari sana.

maikong said...

anony December 14, 2009 12:51 PM
asal tanah bukit atau tanah rata..bagi saya wagra anak muda kimaragang tidak menjadi persoalan,saya sangat menghormati org dari kws yg tn sebut(sonsogon)..di tanah kami(kg damai)..ada beberapa org mereka yg tumpang, di rumah usang kami..tolong2 jaga tanaman..

Anonymous said...

raan tomulok, asadap masak sup. mcm2 rasa ada. hehehehe.....

Maya said...

Ba...ong iti ot kosundur om kentalang...tatap!!! Asanong om engod babanar. Iko tu nokotimpun dot mogilo dit komelengan dot podokumentasi, tukurai diko no banar. Irad ko yokoi diti, sumokubang ong waro ot pokisokubangan, milang ong waro ot pi'ilangan (Itu pun kalau bisa dikongsi bah... Sukur no tu ogumu no ot tulun daton dot nongokotobung dot dagang dot otutunan.

Minong dot noposiyan it tongo taki todu daton dino.....

TODINDOT KIMARAGANG said...

sia mau mkn raan tomulok ni... sadap ba...