SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 10, 2009

Uninstall (Siri 1)... "Dengki"

Siri Uninstall ini saya mulakan dengan tajuk “Dengki”. Rasanya dalam era IT, semua orang tahu definisi “uninstall” kan? Begitu juga dengan perkataan “dengki”. Satu ungkapan dan sikap yang cukup sinonim dengan manusia amnya dan bangsa kita khasnya. Sifat mazmumah ini bukan di Australia saja yang ada. Di Kota Marudu pun ramai yang menjadi pengikutnya. Di bandar tidak berapa terasa, tapi di kampung masya-Allah dahsyat bukan main. Orang yang dengki digambarkan dengan beberapa reaksi perhubungan. Antaranya: Berasa amat sakit hati sekiranya orang lain lebih berjaya daripadanya, suka membandingkan diri, anak atau keluarganya dengan pihak lain, cakap besar, suka memburuk-burukkan saingannya di belakang/depan, selalu mengharapkan kecelakaan menimpa pesaingnya, mementingkan diri dan 1001 macam ragam lagi. Semua maklum bahawa sifat ini membawa kesan yang amat buruk dalam diri, keluarga dan masyarakat. Boleh putus/keruh hubungan kekeluargaan, masyarakat kacau-bilau, menghancurkan kesatuan sampailah ke tahap berbunuh-bunuhan samada secara nyata atau sebaliknya (sihir). Akhirnya rosaklah kehadharian yang sekian lama dibina dan dipelihara. Ibu-ibu, bapa-bapa, makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik… Ayuh!!! Atas nama kesejahteraan sejagat, mari uninstall (buang) segera sifat dengki ini dari hati kita! Nota: "Dari Anas sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api membakar kayu api" (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

9 comments:

MindaGuru said...

posting yang baik, tahniah tuan,
"dengki" katanyapun mempunyai konotasi cukup buruk. Ia boleh menghancurkan perpaduan bahkan boleh menjadi pemangkin kepada kejatuhan negara bangsa. Cth cerita si kitul yang membawa kejatuhan kerajaan Melaka.

Sikap ini perlu dibuang..jauh-jauh.

salam

kyro said...

Kerana dengki inilah orang sanggup misisindaat sampai abang saya fobia sudah mau pulang pigi Tandek.Adehh... bah..sama2 kita uninstall itu software buruk itu ganti software baru yang lebih mesra.

Umar al-Longobi said...

Tn. MG & Pn. Kyro,

Pandangan hebat tn/pn diharap diambil iktibar oleh para pembaca sekalian.

Dlm hati kita, terlalu banyak `software` buruk yg perlu diuninstallkan segera. Selepas semuanya sudah selesai, baru kita install `software` yg baik pula. sy percaya `software2` ini adl perkara akar pencetus kpd segala kebobrokan dlm masyarakat kita. Akar ini yg perlu dirawat, bukan rantingnya...

Salam jumaat ytk semua!

Anonymous said...

Umar al-panjangobi anda memang 'BEROTAK' cair 'PINTAR' berkata-kata.......Teruskan kekriatifan anda..Tahniah

Little Mike (LM) said...

hehe anonymous... saya terkesan dengan gelaran saudara. Umar al-panjangobi maka tanpa semena-mena saya terfikir bahawa ubi dalam pepatah ada menyebut diam-diam ubi berisi... sebagai tanda orang itu bistari. Panjangobi pastilah gambaran panjang akal penulis entry ini.

Seperti kata umar al-longobi - sifat dengki ini harus dihindari. Merosakkan keakraban antara sesama dan dalam masyarakat. Sama2 kita berusaha agar membuang jauh2 hasad dengki... Entry yang sangat baik utk renungan

Umar al-Longobi said...

Haha...

Tan Sri Anon, bahaya tu berotak cair. Bisa membawa maut tu. Apapun, yg baik sama2lah kita amalkan. Yg cacat, jadikan sempadan. Jika anon berani memperkenalkan diri, sy belanja sana KFC. :-)

Sdr. LM,

Terima kasih.

SANGURU said...

utk pengetahuan tn anon, biar saya berterus terang, antara anak murid sy yg sy respek ialah al-panjangi yg tn beri gelaran. InsyaAllah, perjalanan beliau akan panjang, panjang umur berbuat kebaikan, panjang akal membantu sesama manusia..amin. InsyaAllah3x.

Umar al-Longobi said...

Terima kasih cikguku atas doa yg diberikan. Amin...

Sy kepingin bangat berkenalan dgn sang anony ini. jika beliau enggan, sy pakai batin saja. Haha...

Anonymous said...

kau pakai kepercayaan apa oo... sikit2 batin. org yang beragama dan percaya kepada tuhan tidak mengamalkan amalan batin, kecualilah klu ikut amalan yang tidak betul.