SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, December 12, 2009

Uninstall (Siri 2)... "Fanatik"

Tajuk Siri Uninstall yang kedua adalah, "Fanatik". Saya kurang berminat memanjangkan perbincangan pada definisinya kerana bagi mengelakkan artikel ini menjadi panjang. Saya cuba untuk menghasilkan penulisan yang ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya, perkataan "fanatik" bererti, seseorang yang keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian. Ia sinonim dengan perkataan cenderung, ekstrim atau taksub. Golongan fanatik pada prinsipnya menganggap pegangan/pendiriannya saja yang benar dan selainnya salah. Mereka juga tidak akan menerima sebarang kritikan walaupun ianya untuk tujuan penambahbaikan. Tiada ruang langsung.
Kefanatikan ini boleh berlaku kepada pelbagai pihak. Samada fanatik kepada tokoh, parti politik, agama dan yang seumpama dengannya. Bahayanya fanatik ini banyak, tapi yang saya ingin utarakan dalam entri kali ini adalah bahawa fanatik itu menutup segala ruang untuk berubah dan merenung kembali tentang pihak yang kita fanatikkan itu. Ianya akan menjadi lebih parah sekiranya pegangan/pendirian itu merupakan warisan daripada nenek moyang. Kenapa kita belum berubah?, "... dulu nenek saya pun sokong tokoh/parti/agama itu, jadi saya pun sokonglah." Selalunya jawaban seperti inilah yang akan memerangkap puak-puak fanatik.
Saudara, saya tidak mempertikaikan pegangan/pendirian masing-masing. Tapi, tidak bolehkah buka sedikit ruang untuk mengkaji semula. Kumpul sebanyak mungkin maklumat. Bertanya kepada yang lebih tahu. Kemudian analisis dengan menggunakan akal yang waras anugerah Tuhan. Selepas mendapat keputusannya, buatlah pilihan. Maksudnya kita jangan menjadi generasi yang pak turut. Biarlah sebarang pilihan yang kita buat atas dasar ilmu, bukan ikut-ikutan sebagaimana pengamal fanatisme. Atas kerisauan itu... jom!!! Uninstall segera `software fanatik` ini dari hati kita. `Software' ini mengandungi banyak virus yang berpotensi menjahanamkan anak bangsa!

4 comments:

SANGURU said...

posting yg baik. Tk.
Panggil saja fanatik mmg terus org terfikir yg negatif. Mind set sudah dlm benak masyarakat seantero dunia. So, definisi berdasarkan mind set antarabangsa terpaksalah kita gunakan. Maka jika definisi itu digunapakai maka org baik2 berusahalah menghindarkannya.
Namun berhati2 kita, sahabat/saudara yg kelihatan "fanatik" selalunya (bkn semsetinya dan bkn semuanya) lebih baik dan jujur kpd kita. Dan berhati2 la dgn sahabat/saudara yg "play save", selalunya golongan ini kelak menjadi musuh yg nyata atau tersembunyi.
(jgn ada yg bersilap sangka, bkn ditujukan pd sesiapa secara khusus, sekadar mengingatkan diri dan sesiapa yg ingin)

Maya said...

Kenapa ada kefanatikan dalam diri seseorang? Hanya orang yang empunyai kefanatikan itu yang tahu. Walau apa keadaan sekalipun atau definisinya, FANATIK tetap sesuatu yang bahaya apa lagi kalau tidak dikawal dan diselia dengan baik, betul dan tepat. Justeru, kita perlu selalu bersikap lebih terbuka, dengan begitu kita akan menyumbang kepada kedamiaian yang secara azalinya didambakan oleh semua manusia.

Anonymous said...

Maya anda betul..

Anonymous said...

btul...buka la minda...