SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, December 18, 2009

Uninstall (Siri 3)... "Kebesaran Makhluk"

Sebelum ini kita sudah banyak didedahkan tentang para Permata Bangsa khususnya di Kota Marudu. Samada yang lama, baru, besar atau kecil. Saya percaya pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk saling membanggakan diri, tapi sebagai wasilah untuk memperkasakan motivasi anak bangsa dan lain-lain objektif lagi. Namun, harus kita sedari bahawa pendedahan sahaja tidak memadai. Ianya mestilah disusuli dengan lontaran idea bagaimana mengasah kepermataan itu agar lebih cantik dan terus berkilau. Maka, atas sebab itu saya tampilkan penulisan bersiri "Uninstall" yang hari ini sudah sampai ke siri 3, di dalam ruangan Permata Bangsa. Baiklah, tajuk seterusnya adalah, "Kebesaran Makhluk". Sebahagian besar kerosakan yang berlaku di muka bumi ini, saya percaya bahawa ianya berpunca daripada sikap kebanyakan manusia yang mengabaikan Tuhan dan pada masa yang sama membiarkan makhluk bermaharajalela di dalam hati mereka. Mustahil kita boleh meletakkan dua kebesaran (makhluk dan Tuhan) di dalam hati kita serentak. Jika makhluk yang dominan, pastinya kebesaran Tuhan itu akan hilang dari hati kita. Begitu juga sebaliknya. Sebagaimana air dengan minyak, tidak mungkin ia bisa dicampur adukkan. Justeru, pilihan yang tepat adalah meletakkan (menginstallkan) kebesaran Tuhan di dalam hati. Apabila kebesaranNya itu terpasak kukuh di dalam hati, kebesaran makhluk dengan sendirinya akan terbuang (teruninstall). Apa dia makhluk? Semua orang tahu kan... Ianya termasuklah wang, harta, kerjaya/perniagaan dan pelbagai lagi yang lain. Apa yang saya maksudkan dengan perbuatan membesarkan makhluk adalah, jika diberikan pilihan di antara wang, harta dan kerjaya/perniagaan dengan Tuhan misalnya, kita lebih rela memilih makhluk itu dan membelakangkan Tuhan. Maka di situ berlakunya perbuatan membesarkan makhluk. Golongan manusia seperti ini rela membunuh dan yang sewaktu dengannya, semata-mata untuk mendapatkan wang. Mereka tidak hiraukan halal haram, yang penting harta dapat ditumpukkan. Mereka lebih tega meninggalkan sembahyang hanya kerana sibuk bekerja/berniaga. Saya bukan menuduh, tapi kita harus sedar bahawa inilah realiti kehidupan majoriti masyarakat kini. Sidang pembaca budiman, berkebetulan dengan kehadiran tahun baru Hijrah 1431H dan ambang tahun baru Masihi 2010M, saya ingin menyeru marilah bersama-sama kita menguninstallkan "kebesaran makhluk" dari hati kita segera. Sebelum terlambat. Sebelum matahari terbit dari sebelah barat. Sebelum roh kita sampai ke tenggorokan. Kita harus sedar, sepatutnya yang yang layak dibesarkan adalah Tuhan. Tuhan yang Maha Besar itulah yang menciptakan sekalian makhluk. Bukan makhluk yang menciptakan Tuhan. Ramai yang melihat akan kebenaran ini, tapi ramai juga yang tidak nampak. Ayuh! Cetuskan hijrah di dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Memantap ukhuwah, memperkasa ummah!

11 comments:

Noloyine said...

1x baca macam motivasi
2x baca macam kuliah ugama
3x baca macam panggilan untok parjuangan

BRAVO EN. UMAR AL-LONGOBI...

Dari Malaya said...

Satu cerita yang boleh kita ambil iktibar. Seorang pemandu teksi yang rutin hariannya adalah memanggil orang untuk menaiki teksinya. perkataan yang setiap hari diucapkannya adalah ” Bukit Mertajam - Butterworth!! ” berkali-kali ia laungkan perkataan tersebut setiap hari.

Di saat-saat dia sedang nazak, keluarganya membisikkan di telinganya, mengucaplah. Tetapi apa yang keluar hanyalah, ” Bukit Mertajam - Butterworth!! . Berkali-kali dia sebutkan perkataan itu, walaupun sudah puas dipujuk oleh ahli keluarganya. Dan akhirnya, beliau telah meninggal dengan perkataan tersebut sebagai kalimah terakhirnya.

Dari Malaya said...

Samb...

Hari ini, kita sibuk menghabiskan masa kita untuk mengusahakan keperluan dunia. Sedangkan dunia ini, hanyalah satu destinasi persinggahan semata-mata. Apa yang kekal adalah apa yang akan kita bawa ke sana (iaitu keperluan akhirat kita).

Segala keperluan di akhirat, tidak dapat kita usahakan apabila tiba di sana. Bila mana, mata kita sudah ditutup untuk selama-lamanya, semua usaha kita untuk keperluan kedua-dua alam ini juga turut terhenti. Apa yang kita sudah ada pada masa dan saat itu, itulah juga yang akan kita bawa ke akhirat. Bekalan itu jugalah yang menentukan, samada tempat kita adalah di syurga, mahupun di neraka.

Diibaratkan, satu hari sebuah lori yang berisi kicap telah accident. Maka terkeluarlah seluruh isi lori tersebut, iaitu kicap. Begitu juga dengan lori yang membawa ayam, jika ia accident, maka ayam lah yang akan terkeluar daripada lori tersebut.

Begitu juga dengan manusia. Apabila sampai sahaja masa untuk mati (yang diibaratkan seperti accident kerana kita tidak menduganya), maka apa yang ada dalam hatinya pada masa itu, akan terkeluarlah daripada mulutnya.

#Sekadar perkongsian sahaja.Salam dari Malaya...

Umar al-Longobi said...

Noloyine,

Sy menyedari artikel ini mungkin sedikit berat bagi sesetengah org. sy juga sedar bhw artikel ini kurang nilai komersialnya (kerana bertentangan dgn keinginan nafsu). Bagaimanapun, sekali sekala rasanya baik juga utk kesihatan. Tidak boleh juga main ringan2 saja kan.

Malaya,

Selamat datang ke SAM. Tq atas perkongsian walaupun sebenarnya artikel ini utk semua org tidak kira apa pegangan agamanya.

Apapun, tahniah kpd anda berdua. Pandangan kalian memang bernas, teruskan!

SANGURU said...

kebesaran makhluk...
Jika aku dapat menunggangnya, aku ingin berkata: aku sedang menunggang dunia...

Little Mike (LM) said...

Jangan BERTUANKAN dunia tapi NIKMATILAH pemberian alam-Nya

DINAKAN said...

hehehe....
ada satu pepatah arab mengatakan. '..BERHIJRAHLAH DARI KEALPAAN DUNIA, AGAR MEMPEROLEH SATU KEJAYAAN AKHIRAT'

AL LOGOP E said...

saya setuju dengan pendapat tuan.

YOMBOLOG said...

SYA SETUJU DENGAN PENDAPAT UMAR AL - LOGOPI

Umar al-Longobi said...

Dunia itu adalah ladang utk ke akhirat. Jangan tinggalkan dunia, tapi marilah bersama kita mengusahakannya sebaik mungkin sebagai bekal untuk ke alam yg seterusnya. Dunia bukan destinasi tapi persinggahan yg amat sebentar...

SANGURU said...

nah, itu laibaitu kenapa sy mo berehat2 tn....