SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 17, 2009

VISION 2010 part one

Salam sayang dan salam perpaduan kepada semua pembaca dan pengunjung SAM.

Walaupun agak lama tidak menulis dalam SAM kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, namun SAM tetap di hatiku. Perkembangan dalam SAM dari masa ke semasa tetap saya ikuti walaupun jejak kemunculan kelibat lama tidak kelihatan di sini sehingga ada beberapa pembaca yang mengirim personal message dalam email meminta saya meneruskan penulisan dalam blog SAM…hehehe. Mohon dimaafkan ya, mudah-mudahan saya dapat memberi sumbangan entry yang lebih konsisten selepas ini.

Seperti yang sepatutnya, saya ingin kembali kepada ruangan penulisan motivasi saya dengan harapan semoga boleh memotivasikan masyarakat (juga untuk diri saya sendiri) agar sentiasa berfikir dan bertindak secara progresif ke arah kehidupan yang lebih baik, lebih tinggi, lebih hebat, lebih berhasil, lebih berjaya, lebih mulia…pendek kata apa saja yang ‘lebih’ asalkan baik dan benar di sisi undang-undang dan agama.

Beberapa hari lagi, samada kita mahu atau tidak tahun 2009 akan berlalu pergi meninggalkan kita bersama pengalaman suka duka, pahit manis dan jatuh bangun yang telah kita tempuhi sepanjang tempoh 351 hari (setakat ini) yang lalu. Bagi sesetengah orang, hari-hari terakhir ini biasanya digunakan untuk merenung, menilai dan mencongak kembali sejauh mana pencapaian hidupnya selama 1 tahun yang telah dilalui. Gunanya? Bukan untuk meratapi kegagalan mahupun meratapi apa saja yang tidak baik telah terjadi, bukan juga untuk berpuas hati atau mendabik dada kerana berasa diri sudah cukup berjaya tetapi untuk mendapatkan satu inspirasi baru di dalam mengatur strategi untuk mencapai (mencipta bagi yang belum memiliki visi) visi hidup yang lebih mantap, lebih besar dan lebih berpandangan jauh pada tahun baru yang bakal menjelma tiba.

“Hidup tanpa cita-cita adalah umpama orang yang tidak mempunyai tujuan hidup”…inilah antara nasihat yang sering saya dengar semasa zaman kanak-kanak dulu. Keluarga dan guru-guru sering mengingatkan saya (dan pastinya anda juga) supaya mempunyai cita-cita dalam hidup. Bahkan tajuk karangan “Cita-cita saya” dan “My ambition” adalah antara tajuk paling popular dan paling awal dijadikan sebagai assignment karangan kepada para pelajar sekolah, seawal usia 7 tahun (tahun 1) kerana menyedari kepentingannya yang tidak ternilai. Bermula dari pendidikan yang sederhana itu, berbekalkan panduan semangat oleh cita-cita yang ada dalam minda, akhirnya ramai di antara kita telah berjaya menjadi seperti apa yang pernah kita cita-citakan. Tetapi persoalannya ialah…

Setelah berjaya menjadi seperti yang diimpikan, sudah cukupkah perjuangan cita-cita kita setakat di sana saja? Jawapan sewajarnya, sudah tentu TIDAK.

Di sinilah visi hidup memulakan peranannya. Sesuai dengan meningkatnya usia kita, cita-cita itu sepatutnya turut mengalami ‘pendewasaan’ dan penganjakan kepada visi hidup yang lebih besar, lebih luas dan pastinya tidak bernoktah. Jangan pernah berhenti ‘bervisi’ kerana hidup tanpa visi adalah umpama orang yang tidak mempunyai tujuan hidup yang pasti…orang kampung bilang hidup lugai-lugai...Bersambung.

7 comments:

SANGURU said...

syabas kerana terus bermotivasi untuk apa saja. Tahniah kerana terus menukilkan kata semangat, kami sedar itu bukan senang, dan itulah yang amat menyenangkan kami dan memotivasikan. "kalau Mimie bisa nulis/ngomong kenapa tidak kita?"
(bah, jaga diri om selamat menyambut Tahun Baru 2010 - harap tahun yang ada kelainan ya. InsyaAllah...)

MindaGuru said...

JMimie, suatu posting yang mampu memberi inspirasi kepada pembaca..Cita-cita atau visi memang amat penting jika mahu berjaya, maju atau cemerlang.

Saya percaya setiap kejayaan diasaskan oleh visi, cita-cita atau keinginan membara seseorang. Cita-cita akan memberikan impian dan impian akan memberi harapan seterusnya harapan itu akan mencabar kita untuk mendapatkanya/mengejarnya.

Orang bijak pandai kata tidak rugi bagi kita berimpian atau bercita-cita kerana ia tidak memerlukan apa-apa kos malah akan mendorong kita untuk berjaya..Mungkin itulah sebabnya bila cita-cita kita menjadi pudar maka semangat kita mula kendur, apabila impian kita terhadap sesuatu menjadi lemah, maka daya saing kita juga mudah menjadi tumpul..

Tq..Jmimie.

maikong said...

Jmimie, oolaylad no amu nekambulai ko..nunu tabar oi?
beberapa golongan remaja(mau jadi dewasa)..kebanyakan ada azam/visi dlm diri mereka..namun ia tinggal azam/visi saja..capai tidak capai ia terpulang kepada individu itu sendiri....entri motivasi ini amat bagus..bersambung

JMimie said...

Sanguru, terima kasih tidak terhingga. Selamat menyambut Maal Hijrah 1431H dan juga tahun baru 2010...ya, semoga thn baru membawa kelainan yg baik.

MindaGuru, t.kasih di atas penghargaan dan komentar yg menambahkan inspirasi. sya suka ini: cita2 - impian - harapan - usaha - kejayaan

Maikong...ali2 i beti..oleed amu nokembulai tu ogumu kaantob id pamanaan...baa ka..lama nda bermomogun di sini..haha...teruskan bersama SAM..

IsOn said...

Semoga apa saja visi yang baik dapat dilaksanakan dengan misi yang baik dan berhasil dengan baik.

Jalan terus... bersambung. :D

Umar al-Longobi said...

Sy bersetuju dgn lontaran idea Sdri Mimie. Bercita2 walau gagal itu lebih baik drp langsung tidak mempunyai cita2. Hrithik Roshan ketika memenangi anugerah berkata, "Pasanglah impian anda, nescaya anda akan mencapainya".

Bersambung.... :-)

Little Mike (LM) said...

selamat kembali menulis. Seperti biasa, sarat dengan ajakan utk maju ke depan melalui jana perspektif minda. Mencapai kejayaan dalam akademik dan mencapai kejayaan dalam kerjaya dua perkara berbeza senario, sekalipun tuntutan aplikasinya sama. Kedewasaan dan attitude bakal menentukan...