SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 3, 2009

WABAK قشسعشا

"Malaysia dropped nine places to 56th position out of 180 countries surveyed in the Transparency International's Corruption Perceptions Index (CPI) 2009!" Malaya (Semenanjung Malaysia) sudah merdeka dari British selama 52 tahun. Sabah dan Sarawak pula sudah merdeka (?) selama 46 tahun, dan umur Malaysia juga sudah selama itu. Namun sementara negara lain terus memperbaiki rangking CPI mereka, Malaysia pula semakin merosot. Daripada skor 10 (yang terbaik), Malaysia hanya mencatatkan skor sebanyak 4.5 berbanding 5.1 pada tahun lepas. Kita mungkin tidak tahu dengan jelas (?) bagaimana penurunan ini berlaku, tetapi markah itu sangat jelas menunjukkan bahawa kita sedang tinggal di dalam negara yang telah gagal membanteras gejala rasuah (dengan anggapan bahawa skor 5 adalah aras lulus). Saya berpendapat virus فشةشن (tamak)lah yang telah menyebabkan wabak rasuah dalam negara ini. Jangan suruh saya tunjukkan bukti, saya hanya ingin katakan bahawa penyakit rasuah sudah menjadi budaya dalam kebanyakan, kalau bukan semua jabatan dan agensi kerajaan. Siapa yang mengajar mereka? Usahlah mencongak banyak perkara. Peribahasa ini amat molek dan benar sekali, 'bapa borek, anak rintik'. Seorang kenalan saya (seorang perwakilan sebuah parti) pernah memberitahu saya bahawa setiap kali beliau menghadiri perhimpunan agung parti tersebut, tidak kurang dari RM10 ribu yang dia akan dapat hasil daripada pembelian undi. Itu baru perwakilan biasa, apa lagi kalau di peringkat yang lebih tinggi. Wah! Memang lumayan. Menurut pertimbangan lojik biasa, jika parti sudah mengajar ahli2nya berasuah, kerajaan yang dibentuknya pun memanglah kerajaan yang berasuah. Tidak perlulah saya bercakap tentang agensi pencegah rasuah di Malaysia. Kurangnya didikan agama dan sivik yang baik turut memainkan peranan yang penting. Cuba kita perhatikan, di mana2 senario ini berlaku. Kalau bukan musim bulan puasa dan Hari Raya, banyak masjid yang lengang. Kalau bukan musim Krismas, banyak gereja yang sedikit pengunjungnya. Saya fikir kuil2 dan tokong2 pun begitu juga. Bapa menyuruh anak2 pergi bersembahyang, tetapi dia sendiri tidak sembahyang. Para pengajar menyuruh anak2 murid berkelakuan baik, tetapi diri sendiri berkelakuan buruk. Ahkirnya, jadi lagi 'bapa borek, anak rintik'. Kadang2 himpitan dan godaan hidup juga boleh mempengaruhi penglibatan dalam kegiatan rasuah. Dulu tidak kaya dan hidup susah. Bila sudah 'naik', maka semua pun mahu dibolot. Seringkali mentaliti seperti, "Bah, ada peluang sudah ni, bila lagi mau kasi kaya diri sendiri dan keluarga (dan yang sewaktu dengannya)", yang menonjol dan terus berleluasa. Tetapi sebenarnya kalau seseorang itu memang tidak tamak dan memiliki didikan agama dan moral yang baik, saya percaya godaan seperti ini boleh diatasi. Selama 30 tahun (atau lebih) Kota Marudu bergelut dan bergelumang dengan kemiskinan dan kemunduran, mungkinkah ada kena-mengena dengan penyakit rasuah? Jika kerajaan yang ada sekarang ini tidak dapat memperbaiki prestasi dan menemukan penawar mujarab wabak rasuah di negara ini, 2 tahun lagi rakyat akan menentukan siapa yang boleh diberikan kepercayaan seterusnya. Nota: لاثمشتشقمشا يشقه نثسهمشحشى

3 comments:

Anonymous said...

okla tu ada KFC dan MOSTI.

SANGURU said...

itulah susah...untunglah masih ada sejarah para nabi, para sahabat, para pejuang tulin yg mampu memberi inspirasi kpd kita.
Teruskan menulis, menginspirasikan...tq

Umar al-Longobi said...

Kits harap bapa2 dapat meninggalkan keborekan mereka agar anak2 tidak dibelit dengan kerintikan. Jika keborekrintikan ini masih berterusan, rakyat harus bangun dan berani membuat pembaharuan. Tidak kiralah apa jenama sekalipun samada transformasi, reformasi atau revolusi. Yg penting berani berubah dan merobah sarkastik pembangunan!