Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah


Sunday, May 31, 2009

KERANA WANG!!!

Saya sangat terkejut bila melihat dan mendengar berita dari Buletin Utama TV3 menyiarkan gambar di atas berkenaan tindakan ah long (ceti haram) dalam menangani si penghutang hanya kerana kegagalan dalam membayar kembali wang yang telah dipinjam. Keadaan si penghutang yang dikurung malah dirantai itu sudah cukup berat mata memandang. TAHNIAH kepada pasukan PDRM kerana telah berjaya menyelamatkan 3 orang penghutang dari ah long ini atas laporan orang ramai. Di Kota Marudu ini juga kegiatan ah long sangat berleluasa dan tabiat masyarakat meminjam wang dari ah long seperti satu ketagihan.Kalau kita mampu membayar hutang tidak mengapa tetapi jika sebaliknya, lebih baik jangan cuba2. Jangan menggadai nyawa. Suka saya kongsikan satu cerita di sini,ada satu masa baru2 ini saya telah masuk sebuah salon di Pekan Goshen untuk mencuci rambut.Sedang kesiukan kepala digaru2, saya pula yang terkejut bila seorang lelaki berbangsa Cina masuk dan teriak2 sambil tunding jari telunjuk kepada salah seorang pekerja di salon itu.Pekerja wanita itu telah ditampar kerana gagal membayar hutang. Bayangkan saja apa yang akan terjadi jika individu yang dikurung dan dirantai bak binatang seperti dalam gambar di atas adalah dari kalangan wanita?..tak sanggup saya membayangkan. Justeru, selagi benda ini masih boleh dielak sebaiknya kita mengelak dari meminjam wang ah long (ceti haram). Ah Long ni sanggup bertindak luar jangka dan berani melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali wang mereka.Kalau bukan untuk diri kita, fikirlah demi anak2 kita. Jadikanlah segala paparan dalam berita sebagai sempadan dan pengajaran buat kita semua.. PEACE!!!!...

Saturday, May 30, 2009

PROGRAM KELUARGA ANGKAT SEMPENA PESTA KAAMATAN 2009

Pengarah Perpaduan Negeri Sabah dengan lagu 'SEMUT MERAH'
Keluarga angkat bagi Rukun Tetangga Kg.Salimandut bergambar bersama Pengarah Perpaduan Sabah.
Kesemua keluarga angkat dari seluruh Malaysia menyanyikan lagu 'GELANG SI PAKU GELANG'
Bersempena dengan bulan Kaamatan 2009 ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menganjurkan Program Keluarga Angkat, Lawatan Integrasi seluruh Malaysia berpusat di Negeri Sabah dan memilih Daerah Kota Marudu sebagai Pusat Penyerahan Keluarga Angkat pada kali ini.Seramai 82 orang peserta dari seluruh negara (seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak) dipilih untuk menyertai program ini.
Keluarga Angkat ini terdiri dari semua kaum di negara kita iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Sheikh.Program ini antara lain untuk merapatkan lagi silaturrahim dan hubungan antara kaum di negara ini di samping mengaplikasikan slogan 1 Malaysia.
Rukun Tetangga Kg.Salimandut antara RT yang mengambil keluarga angkat iaitu seramai 6 orang.Lawatan selama 3 hari ini sudah memadai untuk menyemai kasih dan permuafakatan semua kaum jika benar2 menghayati erti 1 Malaysia.
Pada hari kedua mereka di sini, satu program sukaneka telah diadakan di Padang SMA Goshen yang dihadiri oleh semua kanak2 Tabika Perpaduan dari seluruh P.168 Kota Marudu termasuk sebahagiannya dari Pitas.Yang istimewanya ialah, tarian Pinakang dan Momiluk telah dipersembahkan pada masa itu dan semua keluarga angkat berpeluang untuk menari tarian itu bersama2.
Hari ketiga bagi RT Kg.Salimandut, kami telah membawa semua keluarga angkat ini melawat Simpang Mangayau Kudat, Pusat membuat Gong Sumangkap, Pusat Manik dan pekan Kudat. Waahh...memajak ikan masin, udang, sotong dan bilis itu keluarga angkat kami. Mereka kata, harga ikan masin,udang,sotong di Semenanjung sangat mahal.
Begitu juga dengan Gong.Makcik yang bertudung merah dalam gambar di atas tu telah membeli sebiji gong dengan harga RM40.Memang murah dan berpatutan.Bukan senang buat gong.
Semalam adalah Malam Penutupan dan Perpisahan keluarga angkat dan hari ini mereka telah bertolak ke KK untuk menyaksikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri esok di KDCA.
Mereka maklumkan bahawa mereka tinggal di Ruby Hotel kerana semua hotel2 besar sudah penuh.
Kota Marudu sangat bertuah kerana menjadi tuan rumah bagi Program Lawatan Integrasi Keluarga Angkat kali ini dan saya secara peribadi merakamkan TAHNIAH kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atas idea seperti ini.Harapan saya semoga program seumpama ini akan diteruskan sampai bila2.
Suka saya membicarakan di sini, alangkah bahagianya kita jika perpaduan kaum di negara ini menjadi senjata utama untuk memerangi segala macam kemelut dalam politik negara ketika ini. Jika kita rakyat biasa dari pelbagai kaum mampu hidup serumah, kenapa pula ada antara kita yang satu bangsa saling bercakaran demi pangkat dan kepentingan sendiri?
Sama2 kita fikirkan bukan untuk diri kita,bangsa kita tetapi demi keamanan negara kita dan anak cucu kita..
SALAM HORMAT & SALAM PERPADUAN
1 MALAYSIA.

Sama sama berjuang sama sama kaya

Malatop malatop..... Kain Singapore... Siapa cepat dia dapat.... Atuuukkoii.....omura kopio!!! Ini merupakan laungan iklan yang saya dengar setiap kali ke Tamu Kota Marudu.Lebih 30 tahun saya tidak ke Tamu Kota Marudu.Kali terakhir saya ke Tamu Kota Marudu adalah sekitar tahun 1976,itupun di Pekan Lama. Tahun 1977 saya dipindahkan ke Kota Kinabalu untuk meneruskan persekolahan.Setiap kali cuti sekolah almarhum bapa akan charter kereta si Ah Mong di Tandek untuk mengambil kami dari rumah di Kota Kinabalu dan membawa kami pulang terus ke rumah di Tandek tanpa singgah dimana-mana.Begitu juga bila sekolah dibuka,kami (saya dan abang saya Anang) akan dihantar terus ke Kota Kinabalu. Secara tidak langsung saya seolah-olah terpisah dengan Kota Marudu. Rutin diatas telah sebati dengan saya hingga sekarang.Setiap kali pulang kampung saya akan terus ke Tandek. Saya hanya limpas saja kalau singgah pun hanya untuk mengisi minyak. Satu hari sedang saya melayari laman web Sabah Tourism Board,saya terbaca tentang Tamu Kota Marudu yang dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong.Terdetik dihati saya untuk singgah dan melihat sendiri apa yang menarik disana. Bermula April 2008 saya membuka ladang di Tandek dan kini menjadi rutin mingguan saya pulang kampung pigi tabasan.Sebelum ke ladang saya singgah di tamu....adedeeehhh...bagus pula ini tamu,macam-macam ada.Saya seronok melihat kemeriahan Tamu Kota Marudu yang menghidangkan pelbagai produk tempatan.Namun dalam keseronokan itu saya terharu dan merasa sedikit terguris bila melihat rakan sebangsa saya berniaga ditepi-tepi jalan.Kenapa mereka tidak diberi tempat yang sesuai....tanya hati saya. Saya melihat di ruang letak kereta bersebelahan pasar yang dijadikan tapak tamu tersergam kemah-kemah pasar tani.Didalam kemah-kemah ini terdapat pelbagai jenis jualan daripada sayur-sayuran hinggalah ikan masin dan macam-macam lagi.Bila saya bertanya kepada tuan punya jualan,mereka menjawab dalam bahasa melayu yang agak asing pelatnya.Dan tahulah saya siapa mereka. Sambil meninjau sekitar tamu saya berfikir....apa sudah jadi...? warga tempatan berniaga di tepi jalan warga asing dalam kemah pasar tani di tempat yang cukup strategik.Macamana warga asing ini boleh berniaga di sini,apa kelebihan mereka?.....warga tempatan kenapa pula ampai-ampai jualan ditepi jalan...apa pula kelemahan mereka? Memandangkan saya bukan dari golongan Permata Bangsa,saya tidak memiliki ijazah berjela-jela dan sama sekali tidak kaya, maka saya berkata pada diri saya sendiri sebagai anak watan Kota Marudu saya kena tolong bangsa saya sendiri.Memandangkan di Kota Kinabalu saya adalah konon buka kedai kopi kecil-kecil maka ada bagusnya saya membeli barang-barang keperluan saya di Tamu Kota Marudu ini. Maka saban minggu saya datang ke Tamu Kota Marudu seawal jam 6 pagi memecut Boeing 737 (pick-up buruk saja bah hehehe) dan memajak barangan jualan warga tempatan di sana.Lucu melihat wajah-wajah yang terpinga-pinga bila saya kata Bah undoun ku sememon sek ... pada peniaga bajau atau Bah..onuon ku kiawi... pada peniaga dusun tapi saya merasa gembira lebih-lebih lagi bila saya terjumpa rakan lama saya yang sama-sama menuntut di SK Tandek tahun 60an.Rakan saya Jerining berniaga sayur-sayuran di tepi jalan. Kebetulan sayur yang beliau jual adalah sayur kegemaran saya yang saya panggil bawang dusun (saya tidak tahu nama sebenar sayur ini) dan saya pajak kesemuanya.Begitu banyak ka kau makan sayur? kata kawan saya. Pernah sekali ketika saya membeli ikan bilis dari seorang ibu muda berbangsa bajau.Ikan bilis yang beliau jual jauh lebih murah daripada yang dijual oleh warga asing didalam kemah.Ibu muda ini hanya menumpang teduh di tepi kemah peniaga lain dan meletakkan barang jualannya diatas hamparan plastik dijalan raya.Dengan di temani dua orang anak yang masih kecil dan salah seorang daripadanya mengalami demam panas beliau gigih berniaga.Ketika saya memajak ikan bilis darinya anaknya berkata pada saya "Pajaklah ikan bilis mama aku supaya kami boleh pulang".Sedih dan mengharukan. Pisang Sabah,keladi,ubi rambat (Keledek),ikan bilis,ikan masin,ikan sembilang,kupang dan lokan antara barangan yang saya pajak saban minggu disamping kopi Red Guara dan Bidadari Putih yang saya pajak dari gerai abang saya si Otok.Kata kakak saya si Liau "ngam juga lah sambil-sambil kau pulang tengok kebun sambil-sambil kau shopping secara tidak langsung kau bantu kasi maju ekonomi orang kampung". Sebagai insan kerdil ini sajalah yang saya mampu buat " Tolong sama tolong,sama-sama berjuang,sama-sama kaya". Aramaii...tiiii.

Tunggu Kaya Baru Mau Berjuangkah?

1. Ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, saudara saudari yang saya hargai sekalian... hari ini mari bersama saya berbincang soal perjuangan. Ya, saya akui bukan mudah mengupasnya. Hanya seorang pejuang sejati yang layak membelah dan mengeluarkan intipati tajuk ini. Siapa pejuang yang sejati itu? Mereka adalah yang berjuang menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil hanyasanya kerana Penciptanya, serta telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi perjuangan. Sogokan kemewahan, kekangan, cacian, ugutan, penjara, kesempitan, kesakitan dan ancaman terhadap nyawanya dan keluarganya. Ternyata mereka berjaya melepasi semua itu. Merekalah pejuang sejati.
(Baca selanjutnya di sini)

Friday, May 29, 2009

LENSA SAM DI MAJLIS TILAWAH KOTA MARUDU

(Tekong SAM: duduk no.3 dari kiri barisan hadapan)
(Pengarah YADIM Zon Sabah: Berdiri no.3 dari kiri) (Gambar: Nazri Al-Dusuni, Tulisan: Tekong SAM)
Kota Marudu, 28 Mei 2009 : Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kota Marudu sempurna dilangsungkan pada malam semalam di rasmikan oleh Tuan Hj. Datu Liman Datu Hussin (anak watan Kota Marudu), Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Zon Sabah. Yang menariknya, lensa SAM berkerdip di serata dewan sehingga mengamit hati para tetamu dan pengunjung. Paling membanggakan, Tuan pengarah YADIM turut mengetahui kewujudan SAM rupanya! SAM juga turut diwakii oleh Tekong SAM dan sdr Nazri al-Dusuni selaku juru kamera. Paling membanggakan bilamana Johan Qari (lelaki) dimenangi oleh "orang kita" (mualaf Kimaragang Tandek) iaitu sdr. Abd. Jabar Abdullah dari Kg. Mosolog. Seramai 16 peserta qari dan qariah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan qari dan qariah akan mewakilli Kota Marudu ke peringkat negeri Sabah.
Justify Full

Wednesday, May 27, 2009

Okon Ko Padarakan

Minaalan oku daraai dot mundang dit tuturan kinoruangan siti id SAM pasal dit gama mangaatag-atag dot tanak. Okon ko aso ot opurimanan oruol sid ginawoku nga, nadarakan oku. Tadpoh om aku asansaran mogigintong it towit di Aman Aldusuni siti id SAM. Ogumu boh ot ososorow om asaranau dino id pongitungan kokito dit ragang minaai uguo diri. (Tukang ijos, kada tobungai dot gambar iti ki, uma poh it nongokosiar dikoo). It tidi ya dit miyau poh, orongit i dagai om monigup nogi. Minsan pomah dot irad diri, aso nopurimananku dot monigup nopo it tidi ya om momisok nopoh dit lumbidan yoh nga potodoson sid koyuwanku. Aso nogi nokitananku irad dino ot gama yoh sid tongo tinoriku. Isai nopo amuso ot engin dot araat poh koompuson dit tanganak yoh. Iri pogi engin kikiawi dot awasi om olundus it gama kowowoyoon dit tongo tanganak dino. Iri noh, okon ko padarakan mangarasang it tanganak tokow. (Tuturan anaru, todoso dikoo siti) Tupono: Amu poh oliyot banar oku manaak boros dot "Kopiwosian Tadau Pangandaman Dot Tidi" om amui alangkas banar oku manaak boros dot "Kopiwosian Tadau Pangandaman Dot Tama" kumaa sid dikoo kikiawi dit opipit monoliduk siti. Nota: Tulisan ini mengajak para pembaca supaya mendidik anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Menurut para pengkaji psikologi, perangai orang dewasa yang suka kepada tindakan "luar batas" adalah cerminan kepada cara mereka dididik pada usia hijau.

UNDANG-UNDANG SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian 1 Istilah / Tafsiran

1. Adat ~ Peraturan / Undang – undang. 2. Sogit ~ Pendingin atau imbangan. 3. Babas ~ Sogit pemberian mengikut adat yang bertujuan untukmengekalkan tali persaudaraan. 4. Tonduk ~Suatu benda kayu yang ditajamkan sebelah atas kemudian dipancakkan di atas tanah dekat pokok buah-buahan dan hujungnya menunjuk ke arah pokok buah-buahan menandakan tiada sesiapa berani mengambil atau mencuri buah – buahan tersebut. 5. Pagon ~ Benda berduri diikatpada pokok buah-buahan supaya tidak ada yang mencuri buah-buahannya. 6. Adat Malu ~Suatu pampasan adat berkenaan apa-apa yang menjadikan pihak terkilan kepada kejatuhan berkaitan dengan maruah, keaiban, kehinaan atau hilang kehormatan dihadapan saudara – mara atau masyarakat. 7. Koimanan ~ Suatu kerugian atau ganti rugi yang ditanggung disebabkan kemungkiran janji untuk melaksanakan suatu perbuatan. 8. Kotoliban ~ Pampasan adat yang perlu dibayar oleh adik yang berkahwin sebelum kakaknya. 9. Lapau ~ Adat kepanasan kepada suami atau isteri yang melakukan persetubuhan dengan orang lain iaitu membayar adat lapau sebagai pendingin. 10. Solod ~ Mengahwini isteri orang lain. 11. Monolod ~ Seorang perempuan yang berkahwin seorang lelaki yang adalah suami orang lain. 12. Miakan ~ Persetubuhan haram diantara orang-orang yang belum berkahwin. 13. Momuod ~ Adat berkabong kerana kematian suami atau isteri. 14. Mongindorosi ~ Perbuatan, perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak mengancam dengan kecederaan, kematian atau ketakutan. 15. Mongintinggon ~ Perbuatan , perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak memalukan atau membangkitkan kemarahan. 16. Pitas ~ Adat pemutus tali persaudaraan yang hendak berkahwin. 17. Sumbang ~ Adat kepanasan kerana saudara kadim bersetubuh. 18. Lapau Namatai ~ Adat tertindeh kepada si mati. 19. Mengintulus ~ Kata-kata yang bertujuan supaya seseorang itu mati. 20. Adat Koyomutan ~ Adat pembersih kerana terminum atau mandi di sungai, kolam atau perigi yang dibubuh oleh orang lain apa-apa jenis kekotoran seperti bangkai. 21. Mintoronong ~ Perbuatan khianat. 22. Moniguras ~ Perbuatan mengancam seseorang dengan menggunakan parang, kayu atau sebagainya seperti memotong rumah, pagar, tanaman atau sebagainya. 23. Adat Raat Ginawo ~ Adat pendingin kepada seseorang yang sakit hati kerana perbuatan yang tidak baik. 24. Bontuk ~ Gelang yang diperbuat daripada luyang atau tembaga. 25. Mibusul ~ Perbuatan sumbang sejenis lelaki. 26. Milokop ~ Perbuatan sumbang sejenis perempuan. 27. Keemomolian ~ Suatu perbuatan yang tidak minta izin. 28. Labot ~ Membuat rumah atau menebas ladang yang tidak siap kemudian ditinggalkan sehingga mendatangkan hantu labot. 29. Peeimamang ~ Perbuatan yang berniat menganiaya seseorang. 30. Gumundala ~ Ingkar janji. 31. Momudali ~ Membuat tuduhan atau membuat kenyataan yang direka-reka dan palsu. 32. Solob ~ Patung peliharaan bertujuan menghimpunkan iblis / syaitan untuk kepentingan sendiri,kemudian dijadikan sebagai kawan untuk menyembuhkan penyakit atau sebagainya. 33. Kosugkuan ~ Suatu perkahwinan dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama berkahwin sama-sama kepada dua orang perempuan yang adalah sekeluarga. 34. Wayud ~ Bayaran tambahan kepada orang yang mencuri dan membunuh binatang ternakan. 35. Adat Kababaaan ~ Adat perkahwinan yang ianya menjadi pengimbang. 36. Bangun ~ Adat imbang atas kematian seseorang. 37. Adat Pulanut ~ Adat pemberian sebagai pekeras kepada adat sogit. 38. Adat Sonsol ~ Adat inbangan jika berlaku kematian seseorang kerana perbuatan yang tidak disengajakan. 39. Miginawo ~ Bercinta sebelum ada pertunangan. 40. Adat Pisukud ~ Adat pekaras, adat perinding dan penolak kepanasan akibat membicarakan kedua pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berhubungan sulit sebelum tunang dan berkahwin. 41. Karis Kiulu Sawan ~ Keris atau gayang yang berkepala atau berulu gading gajah. 42. Gook ~ Perkataan yang main-main dan boleh menyinggung perasaan orang lain. 43. Adat Purondom ~ Adat satu depa kain hitam untuk orang bobolian. 44. Adat Sompol ~ Adat satu depa kain putih untuk diberi kepada orang luka kerana dicederakan oleh orang. 45. Adat Kelikadan Dilah ~ Adat diberi kepada ketua kampung kerana minta cerai tetapi kembali lagi dengan isterinya tanpa merujuk kepada Ketua Kampung. 46. Loting ~ Adat tanda rumah yang tidak boleh dinaiki oleh orang lain kerana baru selesai upacara mengaji. 47. Keemuat ~ Kata-kata yang menyebut kemaluam lelaki atau perempuan. 48. Adat Monoliduk ~ Perbuatan seorang lelaki atau perempuan iaitu mengintip seseorang yang sedang mandi atau sedang tidur di dalam bilik. 49. Modsongodou ~ Upacara mengaji dengan tujuan perubatan tradisional. 50. Popotogod ~ Membangkitkan kemarahan seseorang dengan cuba mengancam atau menyebut apa-apa perkataan yang tidak baik. 51. Adat Kotigagan ~ Seseorang yang terkejut kerana melihat mayat di rumah, di ladang atau di sawah. 52. Kawantayan ~ Seseorang yang mati di rumah orang yang adalah bukan saudara kadimnya. Saudara kadim si mati dikenakan membayar adat pendingin atau adat kawantayan. 53. Adat Keenggoritan ~ Adat pemulih seseorang yang amat ketakutan akibat perbuataan orang yang cuba mengancam dengan kayu, parang dan sebagainya. 54. Adat Lakat ~ Adat pendingin rumah yang ianya kematian seseorang yang adalah bukan saudara kadim. 55. Adat Kesulangan ~ Adat pemberian kepada bobolian kerana gangguan semasa upacara mengaji seperti momurineet. 56. Kotulud Sunduwan ~ Seseorang yang amat terkejut kerana melihat perbuatan seseorang yang cuba mengancam. 57. Ternakan ~ Babi, kambing, lembu dan kerbau. 58. Unggas ~ Ayam 59. Gayo Babut ~ Adat kepanasan kepada orang tua kerana perkahwinan dua pasangan di mana ada terdapat tali persaudaraan si lelaki adalah anak kemanakan dan si perempuan adalah cucu kepada orang tua tersebut. 60. Popiasa ~ seseorang membuat penyataan palsu bertujuan menfitnah. 61. Monginggorit ~ Memuji bayi atau anak kerana kegemukan atau kecantikan. 62. Rondot Kabang ~ Kesalahan akibat membuat penyataan palsu dengan tujuan menfitnah. 63. Magawor ~ Memasuki bilik tidur perempuan dengan tujuan hendak merogol. 64. Mengorindang ~ Perbuatan khianat bertujuan hendak meruntuhkan rumahtangga orang. 65. Koonsipan ~ Tersepit, perlanggaran adat dalam perkahwinan dua pasangan di mana terdapat tali persaudaraan diantara kedua-dua pihak. 66. Memulansung ~ Seseorang yang mahu mengahwini seseorang gadis secara paksa. 67. Poposumboh ~ Menyakitkan seseorang dengan cara menyuruh syaitan atau iblis. 68. Mipopol ~ Bersumpah dengan bertujuan menegakkan kebenaran. 69. Mongimuntang ~ Menyebut perkataan lucah dengan tujuan memalukan seseorang. 70. Ketulang ~ Bayaran ganti rugi mengikut adat. 71. Sinandangaan ~ Kerbau, gong, tinukul, sumbul, gadur dan salapa. 72. Adat Namatai ~ Sogit orang mati (Roh) ( Baca Selanjutnya.... )

PELUANG BUAT AMAL...

(Gambar Hiasan)
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO/SLOGAN PPD KOTA MARUDU
Sukacita dimaklumkan bahawa PPD Kota Marudu akan menganjurkan pertandingan mencipta logo/slogan sempena penstrukturan semula PPD Kota Marudu. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warga pendidik dan pelajar sekolah menengah daerah Kota Marudu. Sebarang pertanyaan hubungi: Unit Pengurusan Sekolah, PPD Kota arudu , Tel: 088-661205/661178. Atau terus kepada saya (019-5339378) untuk mendapatkan borang penyertaan. Saya/SAM cuma menolong pihak PPD Kota Marudu menghebahkan perkara tersebut di atas. (Sumber: Surat PPD KM ruj: PPD(KM)700/1/10 ( ) ).

Tuesday, May 26, 2009

KOPISASAMBATAN....(RUANG PERSUAAN?)...

(Dari Kiri: Tekong, Tompinai, Nong dan Ridhwan. Al-Dusuni tidak kelihatan kerana menjadi juru foto)
Tulisan : Tekong, Gambar: Nazri al-Dusuni
Rahayu Cafe, Kota Marudu, 26 Mei 2009: Petang semalam saya dihubungi Al-Dusuni. Beliau kata dia di KM, saya kata saya masih di pejabat. Dipendekkan cerita, kami jumpa minum kopi. Tidak lama kemudian datang pula Nong dan suaminya, Tompinai. Cerita ni biasa saja tapi luar biasa sebab inilah kali pertama empat (4) orang staf SAM dapat bersemeja. Maka banyakllah cerita, idea dan cadangan-cadangan tercatat dalam minda. (akan diutarakan pada pertemuan bulan Oktober ini). Kami sebenarnya amat merindui kehadiran rakan-rakan lain yang jauh di perantauan. Selang beberapa puluh minit, datang pula pembaca dan penyokong setia SAM iaitu En. Rihwan Yaakub. Beliau amat berbangga dan gembira diatas penubuhan SAM yang menurut beliau walaupun telah banyak mengutarakan pelbagai isu, informasi dan pendidikan tidak formal kepada masyarakat khususnya di Kota Marudu.

PERMATA BANGSA KG.SALIMANDUT

Salam Hormat semua..
Atas permintaan Tekong SAM iaitu Sanguru supaya saya membuat entry berkaitan dengan Permata Bangsa dari Kg.Salimandut, maka saya pun membuat posting ini.Saya juga telah membuat entry yang sama dalam blog http://salimandutvilla.blogspot.com kerana sebelum ini saya telah berjanji untuk membuat entry berkaitan dengan senarai Graduan di Kg.Salimandut.Semoga semua paparan ini dapat memotivasikan kita semua.
Syukur kepada Tuhan kerana kecemerlangan Kg.Salimandut dari dulu sampai sekarang terus terpelihara.
Ayuh!!..Permata Bangsa Tandek. Bangkit dan bawa gelombang baru untuk bangsa Tandek.
A) Profesor Doktor
1. Jualang @ Azlan Gansau
B) Master 2. Padir Lodah
C) Bakal Pemegang Master 3. Norzianah Ondu
C) Sarjana Muda 4. Jemrol Tuyundo 5. Joulan Tuyundo 6. Juani Tuyundo 7. Jaipen Tuyundo 8. Mazood Ondu 9. Mohd.Saiful Ondu 10. Siti Arunah Ondu 11. Azmi Majalin 12. Muzri Majalin 13. Mazliah Majalin 14. Mohd.Shukri Majalin 15. Leong Suk Mee 16. George Leong 17. Rehedly Leong 18. Norbon Madurus 19. Jasilah Madurus 20. Rinawati Danil 21. Bonney Jamadil 22. Bommey Jamadil 23. Majaron Masial 24. Mardianah Lorin 24. Feldixson Lorin 25. Rosmaria Lorin 26. Nickolas Lorin 27. Tonyzan Johan 28. Martinah Majintang 29. Matthew Munan 30. Khairunissa Diyana Awod 31. Nurul Nadzirah Awod 32. Ain Nur Amyerra Awod 33. Ronijam Awod 34. Lojiriah Lantubon 35. Sheron Baingkon 36. Suida Masundang 37. Doddy Boidil 38. Raziah Igang 39. Arvinah Jesil 40. Shanty Jounan 41. Elvinnah Jounan 42. Fahrina Jubin 43. Ramidah Majanun 44. Yanidah Majanun 45. Elvinnah Albert 46. Norlianah Lantubon
47. Bonar Majangkin Diploma 1. Genorol Gansau 2. Lobinor Ondu 3. Albaston Danil 4. Dino Ebal 5. Persley Mesalan 6. Evelinah Jubin 7. Jaika Angkangit 8. Jamiah Boidil 9. Winnie Maidul 10. Jasni Maidul 11. Josia Tuyundo 12. Marniee Doon 12. Mah Siew Moi 13. Sutiati Lorin 14. Norhani Madurus 15. Chalyen Baingkon 16. Elleron Baingkon 17. Neldy Ku 18. Neldeny Ku 19. Sharul Jesil 20. Kartini Kafli 21. Korina Kafli 22. Marsley Lorin 23. Hafizah Harris 24. Rasni Masawat 25. Jason Ebal 26. Ujang 27. Epoy 28. Nonong
NOTA : INGATAN TULUS IKHLAS BUAT ARWAH: (LTM. HERRYSON @ MOHD. HAMRY MAJALIN)
P/S: Minta maaf banyak2 semua kawan2, pemegang Diploma yang senarai hujung tu anak buah saya tapi nama glamour di kampung ja saya ingat.Makcik minta maaf anak2 buah ku tersayang. Teruskan perjuangan hingga ketitisan darah yang terakhir..;)

JANGAN MEMPERDAYAKAN KAWAN

Mari kita rilekskan fikiran dan hati sebentar. Kita berhibur sedikit dengan sketsa dari Sabah ini. Agak lucu juga, tapi ada pengajarannya. Saksikan... Rahsia Terpendam (kabarasan). Nokototos oku i mongirak seso. Haha... Pengajaran: Jangan memperdayakan kawan.

Monday, May 25, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Waidah Sawatan & Tany Pudin

Tany Pudin & Waidah Sawatan
Lokasi rumah pengantin perempuan
Mohon maaf. Terpisah sekejap dari skop, izinkan saya mencelah ruangan SAM. PEMBERITAHUAN: Jemputan kepada semua STAFF SAM, ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan-rakan serta pembaca budiman. Satu majlis perkahwinan akan diadakan di rumah, Tingkalanon. Tarikh perkahwinan 1hb June 2009. Peta lokasi seperti di atas. Kehadiran sangat-sangat dialu-alukan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluangan masa kalian pada satu hari yang meriah bagi kedua-dua pasangan ini.

BUAT KAMPUNG NENDAKU...

"JAWAPAN KEPADA KERISAUAN UMAR AL-LONGOBI..." Oleh: Tekong SAM (sampapasan Longob)
Mungkin artikel ini terkeluar sedikit dari nada anti dera tapi tidak juga terkeluar jauh dari tema penderaan kerana artikel ini terhasil ekoran daripada Kerisauan sdr Umar Al-Longobi tentang "Penderaan" yang dirasai oleh warga kampung ini sekian lama. Saya juga risau dan terpanggil untuk ikut menyembuhkan luka terdera itu. Hmm...kadang-kadang penderaan itu dilakukan oleh diri kita sendiri, justeru, biarlah kita yang merawat diri sendiri... Pokok pangkalnya daripada kita sendiri. Mungkin selepas ini, pihak Permata kampung Longob dan kampung-kampung lain juga perlu melakukan sesuatu yang kreatif, inovatif dan proaktif . Misalnya, tuan/puan/sdr/i bolehlah membuat kerjasama dengan pihah JKKK sedia ada, menerbitkan risalah kampung (Lihat gambar), menubuhkan tabung, mengadakan kursus/seminar/bimbingan dll. Buatlah perubahan dengan cara yang mudah, murah dan menyenangkan, sebagaimana kita telah membuat SAM sehingga berhasil menjana sedikit perubahan. Sedikit bukan kelemahan, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit...

Sunday, May 24, 2009

29 Permata Kg. Longob. SYABAS!

Mercu Tanda Kg. Longob
Saudara... jika disebut Kg. Longob, apa yang terpacul di dalam kotak minda anda? Pelbagailah kan, bergantung kepada sejauh mana kita tahu dan faham semua yang berkaitan dengan kampung ini khususnya dari segi pembangunan. Belum ada kajian terperinci yang dijalankan ke atas kampung ini, namun secara kasarnya kita dapat melihat jurang pembangunan yang agak jelas jika dibandingkan kampung ini dengan kampung-kampung bersebelahan seperti Kg. Masalog dan Kg. Salimandut. Beza yang paling ketara adalah, Kg. Longob tidak ada sekolah, klinik dan perpustakaan. Silap siapa? Adakah ini juga satu penderaan daripada pihak-pihak berkepentingan? Mungkin perlu ruang lain untuk membincangkannya.
Namun, apa yang membuatkan saya kagum terhadap kampung ini adalah, walaupun kondisi pembangunannya seolah-olah dianak-tirikan, tahukah anda bahawa kira-kira 29 orang anak-anak kampung ini telah berjaya menyelesaikan pengajian sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Itu belum dicampurkan lagi pemegang-pemegang diploma dan yang sedang dalam pengajian di IPTA/S sekarang. Ya, pastinya bukan senang perjalanan mereka ke sana. Terpaksa bergolok dan bergadai apa yang ada. Berhutang sini dan sana. Kerana majoriti mereka ini pernah dibesarkan dengan makanan berkuahkan air sejuk dan berlaukkan garam. Itu kalau ada beras. Kalau tiada, ubi kayulah jawabnya.
Mungkin boleh difikirkan sejenak, adakah dengan jumlah Permata Kg. Longob yang mencecah 30 orang itu masih tidak cukup untuk membangunkan kampung dan mengangkat martabat rakyat dan bangsa khususnya di Kota Marudu? Tanpa mengharapkan belas ihsan orang luar! Sudah lupakah kita akan pidato Presiden Soekorno suatu ketika dulu. Beliau dengan gagah berkata, "... berikan aku 10 pemuda dan akan ku guncang dunia!". Sebenarnya boleh, Insya-Allah. Bagaimana? Saya membuka ruang ini kepada mana-mana Permata Kg. Longob yang 29 orang itu untuk menjawabnya. Berikut disenaraikan 29 permata yang saya maksudkan itu:
A. Sekurang-kurangnya Sarjana:
1. Naimie Untulon
2. Jibon Janaun
3. Jidon Janaun
4. Navies Maisin (Ahli Sidang Redaksi SAM)
5. Norhamidah Jarimal
6. Datu Saifuddin Datu Ludin
B. Ijazah Doktor Perubatan:
7. Dr. Nelson Maisin (Ahli Sidang Redaksi SAM) C. Sarjana Muda Dgn Kepujian:
8. Jidin Janaun
9. Narry Lako
10. Juiney Janaun
11. Semon Jibi
12. Carl Martin Albert (Ahli Sidang Redaksi SAM)
13. Sipawa Engau
14. Rajan Madawat
15. Sarbanun Madawat
16. Mohd. Taufik Johari
17. Binson Oliong
18. Jorin Matawas
19. Haimasleha Hairun
20. Kathy Moly Albert
21. Semmy Lim
22. Herley Binson
23. Jeoborhan @ Mohd. Auliya K.K Baji
24. Albina K.K Baji
25. Billy Majingkat
26. Arman Aliamat
27. Nelvicoly Johari
28. Saigong Lingkid
29. Umar al-Longobi (Ahli Sidang Redaksi SAM)
Senarai di atas adalah berdasarkan apa yang tercatat di dalam buku program Penyampaian Anugerah Graduan Contoh sempena Pesta Kaamatan Peringkat Kg. Longob Jun 2008. Sebarang kesilapan harap dapat diperbetulkan. Bah... apa lagi, ayuh kita berganding bahu bersama memperkasa perjuangan kita!
Nota: Kelulusan pendidikan formal bukanlah syarat mutlak untuk melayakkan diri menjadi Permata Bangsa. Ramai juga yang tiada kelulusan tapi kepermataan mereka lebih kelihatan dan telah menyumbang kepada pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Bagaimanapun, alang-alang Tuhan sudah kurniakan sedikit kepandaian, marilah bersama kita gunakannya dalam perjuangan.

LOVE ONE ANOTHER

It's SAM's ANTI-ABUSE MONTH. It's a call to put a full stop to any form of abuse. In a more positive way of speaking, it's a call to improve the quality of our love to one another.
Why do people abuse? My final conclusion is because many people today choose to cultivate selfish love instead of real love in their hearts. If that is the case, then what is real love and how to cultivate real love? According to my belief, real love means:
i) never tired of waiting, which basically means has long patience and is kind ii) has no high opinion of itself, or in other words not arrogant and prideful iii) not quickly made angry iv) takes no account of evil v) takes no pleasure in wrongdoing but has joy in what is true vi) bears all things, believes all things, hopes all things, endures all things. vii) has no end and no limit If we really apply these definitions of love in our every day lives, no matter how busy and stressful parents may be, they will never abuse their child . No matter how provocative and alluring the situation tempts a parent, a husband, a wife, a boy/girlfriend, a relative, a leader, etc, to act abusively, real love stops him/her from doing it. All in all, Anti-abuse campaign is more than merely getting people attention to stop abusing, rather it's a call to love one another in a better and ever-improving way. P/S: Love one another even if that another is our enemy.
Happy Weekend everyone.

Saturday, May 23, 2009

Paparan Semula Sajak Yang Dikirimkan oleh Anonymous. Sangat Bermanafaat Untuk Kita Semua.

(Hentikan Penderaan ke atas wanita) Semalam untuk pertama kalinya kami bertengkar dan ia melontarkan kata-kata menyakitkan. Aku tahu ia menyesali perbuatannya karena hari ini ia mengirim aku bunga. Aku mendapat bunga hari ini. Ini bukan ulangtahun perkawinan kami atau hari istimewa kami. Semalam ia menghempaskan aku ke dinding dan mulai mencekikku Aku bangun dengan memar dan rasa sakit sekujur tubuhku. Aku tahu ia menyesali perbuatannya karena ia mengirim bunga padaku hari ini. Aku mendapat bunga hari ini, padahal hari ini bukanlah hari Ibu atau hari istimewa lain. Semalam ia memukuli aku lagi, lebih keras dibanding waktu-waktu yang lalu. Aku takut padanya tetapi aku takut meningggalkannya. Aku tidak punya uang. Lalu bagaimana aku bisa menghidupi anak-anakku? Namun, aku tahu ia menyesali perbuatannya semalam, karena hari ini ia kembali mengirimi aku bunga. Ada bunga untukku hari ini. Hari ini adalah hari istimewa : inilah hari pemakamanku. Ia menganiayaku sampai mati tadi malam. Kalau saja aku punya cukup keberanian dan kekuatan untuk meninggalkannya, aku tidak akan mendapat bunga lagi hari ini…

Pendera No. 1 Dunia!

Saudara yang dimuliakan... di dalam terjemahan Kitab Mukhashafah Al-Qulub (Penenang Jiwa) karangan Imam Al-Ghazali, ada satu bab yang amat menarik perhatian saya. Bab 5 yang bertajuk "Memerangi Nafsu & Syaitan". Penulis itu ada menyebut dalam satu perenggan bahawa sesungguhnya Tuhan menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan malaikat hanya diberikan akal tanpa nafsu. Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali nafsu tanpa akal. Dan, Tuhan juga menciptakan manusia dengan diberikan akal dan nafsu. Jika nafsu seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia. Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan nafsunya, tentulah dia lebih baik daripada malaikat.
Justeru, para pendera ini patut diletakkan di golongan mana? Jawapannya telah diberikan di dalam entri-entri berkaitan penderaan di dalam SAM. Sememangnya haiwanlah lebih layak untuk golongan pendera ini. Malah, jauh lebih buruk daripada haiwan. Kalau cikgu tanya di dalam kelas, "murid-murid... apakah contoh haiwan?". Murid-murid mungkin akan menjawab, "contohnya burung, ayam, kerbau, anjing dan babi cikgu...". Ah... golongan pendera lebih teruk daripada contoh-contoh haiwan yang disenaraikan oleh murid-murid tadi. Atas sebab itu, SAM sekali lagi ingin mengulangi pendirian kami bahawa, kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penderaan. Samada penderaan fizikal, mental atau spritual.
Ekoran itu, apa sebenarnya punca perdana penderaan ini? Sebahagiannya telah dijawab dengan cukup baik sebelum ini. Tapi, izinkan saya menambah sedikit lagi. Dengan merujuk kepada beberapa kitab yang muktabar, saya berpandangan punca perdana penderaan ini adalah disebabkan si pendera, bakal pendera dan orang sekeliling si pendera telah lama didera oleh 2 ekor pendera No. 1 dunia. Siapa dia? Tidak lain dan tidak bukan, Nafsu dan Syaitan. Percayalah bahawa, apabila 2 ekor pendera ini tidak dapat ditundukkan dan ditentang, nescaya insiden-insiden penderaan akan terus berleluasa walau sehebat manapun kempen yang dilancarkan. Tidak kira siapa... samada penderaan terhadap anak, kakitangan, pejuang, pemimpin, binatang, tumbuhan dan lainnya.
Sekarang, apa kaedah yang perlu kita gunakan di dalam berhadapan dengan Nafsu dan Syaitan ini? Mudah disebut... tapi perlu optimis dan konsisten melakukannya. Iaitu, kita mesti tundukkan nafsu kita dan lawan syaitan sekuat mungkin dengan kembali kepada agama. Ya, kita mesti kembali kepada ajaran-ajaran yang agama kita perintahkan. Saudara, kita ini manusia ciptaan Tuhan yang Maha Mengetahui dan Berkuasa. Dia yang ciptakan kita, maka Dialah yang jauh lebih tahu tentang ciptaanNya berbanding kita. Lantas, Dia turunkan Kitab Suci sebagai panduan melayari kehidupan ini. Diturunkan melalui perantaraan utusan-utusanNya. Utusan-utusan inilah merupakan pakar psikologi yang sebenar. Barat sahaja yang sengaja memisahkan agama daripada sains dan lain-lain bidang berkaitan.
Akhir kata, bagi menundukkan nafsu dan menentang syaitan... kita perlu menuntut ilmu berkenaan 2 ekor pendera ini. Apabila kita kenal mereka, maka mudahlah kita menumpaskannya. Jika dihurai di sini, pasti tidak akan habis walaupun berlalunya bulan. Apapun, sebagai permulaan memadailah kita menundukkan nafsu dengan puasa. Di dalam kitab itu juga ada mengatakan, sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka sekatlah aliran itu dengan lapar (puasa). Manakala syaitan pula harus ditentang dengan ilmu kita khususnya yang berkaitan dengan kerohanian. Faham-faham sajalah, syaitan ini banyak tipu-dayanya. Kuat sangat berpolitik dengan manusia. Dan, jangan kita lupa... mereka pernah bersumpah untuk menyesatkan keturunan Adam sehingga hari Kiamat. Mudah-mudahan ada manfaatnya. Semoga berjumpa lagi...
PENTING: Dasar-dasar yang dibentuk di dalam keluarga, masyarakat dan negara juga mesti menjurus kepada usaha menundukkan nafsu dan menentang syaitan. Perlu ikhlas di dalam berkempen. Contoh paling mudah adalah kempen Jangan Merokok. Pada kotak rokok macam-macam kempen. Tapi, jual juga...

JANGAN DERA TUBUH ISTERI!!...

Salam hormat kepada semua pengunjung Suara Anak Marudu (SAM)..Bersempena dengan Kempen Anti Dera SAM yang diutuskan oleh Tekong SAM iaitu Sanguru, saya akan membuat entry berkaitan dengan penderaan/keganasan dalam rumahtangga yang lebih fokus kepada penderaan terhadap isteri.
Kita berbicara bukan untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah,juga bukan untuk tujuan menghakimi mana pihak sama ada pihak pendera mahupun pihak yang didera tetapi fokus kempen SAM ini menjurus kepada menentang segala bentuk penderaan tidak kiralah penderaan terhadap wanita,lelaki,kanak2 mahupun binatang.
Perkahwinan adalah satu ikatan yang akan membentuk sebuah keluarga yang akan melahirkan masyarakat.Baik keluarga maka baiklah masyarakat dan negara kerana itu setiap anutan agama di dunia ini memberikan panduan tanggungjawab suami isteri yang terperinci untuk melayari kehidupan yang jika dipraktikkan dan diamalkan tentunya akan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Namun dewasa ini, penderaan keatas isteri juga semakin berleluasa dan suka saya huraikan di sini bahawa penderaan keatas isteri ini mencakupi beberapa bahagian iaitu:
1) Penderaan Ekonomi atau Kewangan
Iaitu tidak memberikan nafkah kewangan,makanan,rawatan kesihatan dan keperluan asas
yang lain.
2)Penderaan Psikologi dan Emosi
Iaitu melakukan sesuatu dengan niat memalukan,mengabaikan dan menjatuhkan maruah.
Keadaan ini akan membuatkan c isteri hilang keyakinan dan rasa rendah diri.
3)Penderaan Fizikal
Iaitu melakukan keganasan terhadap isteri seperti memukul, menampar atau melakukan
kecederaan dengan sebarang benda atau senjata sehingga mendatangkan kecederaan pada
tubuh isteri.(Kes yang paling banyak berlaku)
4) Penderaan Seksual
Iaitu memaksa isteri melakukan sesuatu perbuatan tidak bermoral dan diluar tabi'i.
Kalau mahu mengerjakan isteri pun, kokonoon (Bilang Bahasa Dusun). Jangan rakus2.
5) Penderaan Sosial
Iaitu dengan sengaja mengasingkan isteri (mengurung) dari mendapat sokongan luar.
Untuk melahirkan keluarga yang penyayang dan masyarakat yang harmoni, segalanya bermula dari rumah.Masyarakat jangan tutup mata dan sila laporkan jika berlaku keganasan rumahtangga.Melaporkan bukan untuk BUSY BODY tapi jadilah masyarakat yang bertanggungjawab kepada masyarakat lain.
Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing2 dan melakukan yang terbaik dalam keluarga.
Lagu P.Ramlee ada mengungkapkan "Sedangkan lidah lagi tergigit,apa lagi suami isteri". Ini sebenarnya NO HAL, lumrah alam tapi jangan sampai melakukan penderaan. Gaduh2 kecil biasalah.Siapa pun mengalami.
Pendek kata, kami warga SAM menentang segala bentuk penderaan lebih2 lagi penderaan keatas manusia..
Salam.

Lensa Minda - 18SG

Mungkin budak ini disembelih untuk di makan..kerana mayatnya disimpan didalam bekas yang bersih bagi persediaan santapan keluarganya agaknya...manusia begini boleh dikatagerikan sbg kannibal atau lebih mudah 'orang makan' orang lah... zaman sekarang pun masih hidup manusia yang memakan manusia... sumber; http://buaya-merah.blogspot.com
Wanita Kejam !!!
(Nota: Beberapa gambar telah disunting untuk mengelakkan kesan psikologi mendalam di kalangan pembaca yang tidak mampu mengawal emosi. Harap maklum - Tekong)
Gelaran apakah yg sesuai di beri pada wanita ini?binatang pun pandai menyanyangi anaknya sendiri...Sanggup wanita ini membunuh dengan begitu kejam sekali..dah lah dibunuh bayi itu,dibuang pulak ke dalam tong sampah hidup2 dengan tali pusat masih basah...Sungguh kejam..!!! sumber; http://buaya-merah.blogspot.com
Wanita hamil mangsa ragut
Sumber gambar; http://buaya-merah.blogspot.com/
Kepada kaum wanita berhati-hatilah ketika keluar dari rumah

Friday, May 22, 2009

ANAK BAHAGIA

Lihat saja pada video dibawah ini..suasana seperti inilah yang kita mahu lihat dalam kehidupan masyarakat Malaysia..ceria dan bahagia

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENDERAAN KANAK-KANAK

Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Tuhan berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen mau pun laman-laman blog. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai MAHKLUK TERHINA kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada ajaran agama masing-masing. Setiap agama telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap penganutnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Tuhan yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Ingatlah,berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan terhadap anak.

Mengapa Mendera?

(SEMPENA KEMPEN ANTI DERA SAM)
Melihat paparan gambar2 dan rakaman video tentang isu penderaan dalam SAM, saya terdiam dan berfikir kenapa ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan kejam mendera kanak-kanak sampai begitu sekali. Fikiran saya menerawang jauh kepada banyak lagi isu-isu kejam lain yang juga melibatkan penderaan. Antaranya pasti masih segar dalam ingatan kita tentang kes ngeri rogol dan bunuh yang berlaku di daerah kita tahun lalu. Mangsa itu pun (dan mungkin pemangsa juga) bukan orang lain, saudara kita sendiri juga. Sesungguhnya, kita sangat mengutuk dan mengecam perbuatan2 kejam seumpama ini. Persoalannya, mengapa mesti bertindak sejahat itu? Mengapa tergamak begitu kejam menzalimi insan sesama manusia? Menurut para psychologists, memang sukar untuk mengetahui motif sebenar mengapa seseorang suka mendera orang lain. Jawapannya pelbagai dan berlainan. Generally, tabiat suka mendera kebanyakannya bukan datang secara semulajadi dalam diri seseorang, tetapi lebih kepada dipelajari/diadaptasi dari sumber lain. Proses penerapan sikap suka mendera berlaku kerana/apabila: 1) orang berkenaan pernah menjadi mangsa dera pada satu jangka masa yang panjang, terutama sekali pada zaman kanak-kanak ketika proses pertumbuhan fizikal dan mental pesat berlaku. Contohnya, didera (samada secara langsung atau tidak langsung) oleh ibubapa, adik-beradik, pengasuh dan ahli keluarga lain. Apabila individu berkenaan menjadi dewasa, dia akan menukar dinamik hubungan mangsa dera VS pendera menjadi pendera VS mangsa dera. Ini kerana dengan menjadi pendera, mereka mendapat kepuasan untuk berada pada posisi in-control abuser dan keluar daripada perasaan out-of-control victim yang pernah mereka alami sebelumnya. 2) kerap menyaksikan aksi-aksi ganas secara live mahupun melalui media massa seperti menonton TV, movie, membaca bahan bacaan yang berunsurkan keganasan dll. Memetik frasa seorang penulis, "by beholding, we are changed", maka tidak hairanlah kalau orang yang kerap menonton perbuatan atau aksi ganas (samada melalui percakapan atau tindakan) akan 'diubah' menjadi sama seperti apa yang selalu dia saksikan. Semakin kerap seseorang melihat aksi ganas dan kejam, maka secara psikologi, tanggapan bahawa perbuatan itu sesuatu yang 'biasa' dan diterimapakai di mana-mana akan terbentuk dengan sendirinya dalam minda. Akibatnya, apabila berada dalam keadaan hilang kawalan emosi, aksi yang pernah disaksikan dengan mudah diaplikasikan dan bertukar menjadi isu penderaan. Moral of the story: 1) Ibubapa dan orang-orang dewasa, didiklah anak-anak dan generasi muda dengan sebaik dan setulusnya kerana setiap perbuatan kita akan memberi impak samada positif atau negatif kepada mereka. Jika teladan baik kita berikan, baiklah mereka. Jika teladan jahat kita tinggalkan, mereka pula akan menjadi lebih jahat daripada kita. ii) Jangan biarkan anak-anak menyaksikan pertengakaran antara orang2 dewasa di dalam rumah atau di mana2, hindarkan kanak2 daripada mendengar kata2 kesat dan tidak senonoh terutama sekali daripada ibubapa dan seringlah memantau serta menghadkan dengan tegas bahan2 santapan mata, telinga dan minda anak2. Sebaiknya, jangan biarkan mereka menonton cerita2 ganas di TV, etc. Bersambung....

SAM: S-ayangi A-nak M-erdeka

(SEMPENA KEMPEN ANTI-DERA SAM) Kepada kanak-kanak Berikan mereka cinta Kerana jiwa kita terlebih dahulu disayangi Rahsia kedewasaan Kepada Kanak-kanak Berikan mereka jalan Kerana ejak kita terlebih dahulu Direncah pengalaman Suluh iktibar Kepada kanak-kanak Berikan cahaya Kerana akal kita terlebih dahulu Mendakap sirna Hikmah kemanusiaan Kepada kanak-kanak Berikan mereka doa Kerana kita terlebih dahulu dipanjatkan Ke gerbang syurgawi Sujud seorang bapa Dan tunduk seorang ibu Mengapa gagal jua Memberi cinta Merentang jalan Menyuluh cahaya Berlembut di dalam doa Sekalipun mengasihani Dia bernama manusia Merenggut nyawa Sendu hatiku Sendu Kelu lidahku kelu Tunduk tersiat malu Terjaga terbangun pilu Kanak-kanak kecil ini Sudah pun pergi jauh Bila manusia sesat akal Mengikis kemanusiaan Hilang perikemanusiaan

JANGAN DERA ORANG SENDIRI...

(SEMPENA KEMPEN ANTI DERA ANJURAN SAM) Oleh : Sanguru (Seperti yang dikatakan oleh MufakirAlam)
Sahabat kita mufakiralam turut bengang dengan kes dera mendera ini. Sebagai seorang insan yang punya sedikit pengalaman berkaitan alam mistik, beliau menyatakan bahawa kes "mendera" juga wujud dalam bentuk sihir-menyihir, santau-menyantau, "sindaat menyinda'at" dan sebagainya. Menurut beliau, beliau juga ANTI DERA. Kata beliau lagi: JIKA ADA KEPANDAIAN, GUNAKAN DI JALAN BAIK, BUKAN BUAT BENDA TAK BAIK! Kata Mufakiralam lagi, "banyak benda mistik boleh diguna sama ada di jalan baik atau jalan tak baik..."

SAYANGI RAKYAT. JANGAN "DIDERA"...

(SEMPENA KEMPEN ANTI DERA ANJURAN SAM) Oleh: Tekong SAM
Tidak perlu saya ulas panjang. Masejnya sudah cukup jelas. Ulasan lanjut sila ziarah http://yomogun.blogspot.com

MANUSIA YANG TIDAK LAYAK MENJADI MANUSIA.

Pasti ramai yang masih tidak percaya dan juga terkejut dengan apa yang dipaparkan dalam SAM. Satu kejadian yang sangat menyakitkan hati dan kalau boleh, mahu koyak-koyakkan si pelaku tersebut. Sungguh tidak sangka, seorang manusia yang diberi akal yang sempurna sanggup bertindak diluar perikemanusiaan. Kemana sudah perginya balas kasihan itu? Kasih sayang yang telah lama dipupuk dalam jiwa. Kenapa dilupakan begitu saja?
Jangan hanya kerana mata hati itu tertutup oleh sesuatu maka hilang pertimbangan. Jangan hanya kerana tekanan membuatkan anak-anak yang lemah menjadi mangsa. Anak-anak kecil ini belum mengerti apa-apa. Ia bagai tanah liat yang akan dibentuk cantik menjadi hiasan. Segala tindakan, tutur kata dan perbuatan akan menjadi pembentuknya. Kelembutan dan kesabaran dalam melayan kerenah anak-anak kecil menjadi perkara utama. 
Penderaan yang dilakukan merupakan penderaan fizikal dan tidak pasti lagi bagaimana keadaan dengan penderaan dalamannya. Penderaan emosi selalu diabaikan atau tidak disedari tetapi ingat apabila kata-kata kesat, kutukan dan juga cacian kadang-kadang sumpahan terpacul dari mulut maka bermulalah penderaan emosi. Sampai bila pun anak kecil itu akan ingat. Penderaan fizikal tercetus apabila kehilangan kawalan diri, dimana kemarahan menguasai minda. Apa saja benda didepan mata atau yang tercapai pasti akan dihanyun pada badan anak tersebut. 
Penderaan ini boleh dielakkan bila diri itu belajar mengenali diri dan memahami diri sendiri. Memang bukan sempurna tetapi akal lebih daripada haiwan yang lain. Bila saja telah mengenali diri, mengetahui potensi diri, potensi meletus kemarahan maka belajar untuk mengawalnya dan yang paling penting bagaimana diri mengaplikasikan kepercayaan( ajaran agama). Seseorang yang sentiasa berpegang pada kepercayaannya pasti dapat mengawal dirinya. Percaya atau tidak, tanya diri sendiri.
Kepada pendera-pendera atau yang mungkin akan tergolong pendera, ingatlah yang kamu sebenarnya tidak layak menjadi manusia. Taraf kamu lebih rendah daripada kumpulan haiwan-haiwan. Binatang yang tidak berakal lebih menyayangi anak-anaknya malah sanggup mati untuk anak-anaknya tetapi kamu yang berakal sanggup memenuhi nafsu hati kamu. Sanggup bertindak seperti itu. Tiada yang puji, tiada yang bersorak untuk kamu malah kutukan untuk kamu akan dirasai lebih daripada 7 keturunan kamu hinggakan dunia ini tidak akan kenal siapa kamu.
Pendera-pendera semua yang masih lagi bebas, ingatlah kamu juga tidak akan terlepas. Sampai masanya nanti kamu juga akan kena. Jangan lagi ulang, jangan lagi lakukan. Sayangilah anak-anak itu. Belailah anak-anak itu. Bimbinglah anak-anak itu menjadi manusia yang berguna. Curahkan kasih sayang tanpa berbelah bagi. Bahagiakan mereka....

PEMBANTU RUMAH YANG SIALAN..BINATANG!!

(SEMPENA KEMPEN ANTI DERA ANJURAN SAM) Pembantu rumah ini tidak layak digelar MANUSIA!!..bagus ko jadi BINATANG saja!!..sakit badan2 sia bila tingu video ini..rakan sekerja sia yang ppuan menangis bila dia melihat aksi kejam binatang ini.

Thursday, May 21, 2009

SAM MENENTANG SEBARANG BENTUK PENDERAAN

"ANAK UNTUK DIKASIHI, BUKAN DISAKITI"
Oleh: Tekong SAM (SEMPENA KEMPEN ANTI DERA ANJURAN SAM) Saya baru kembali dari kedai kopi. Di sana saya menerima sms daripada Sdr. Al-Dusuni menyatakan ada "sesuatu" yang beliau sedang "post" di SAM. Dalam perjalanan pulang saya tertanya-tanya apa gerangan gambar terbaru keluar dari lensa mindanya.
Melihat kepada gambar-gambar yang diterbitkan, saya seperti juga warga pembaca, terkejut, hiba, marah, kecewa dan tertanya-tanya, mengapa ini boleh terjadi. Tentu ada sebab sebenar, dan setiap kes tentu ada sebab masing-masing.
SAM bukanlah perkumpulan ara "malaikat" atau para "wali", namun seperti juga sdr/i, kami amat tidak setuju "PENDERAAN SEBAGAI PENYELESAIAN". Jika kecewa atau marah sekalipun, usahlah menjadikan "DERA" sebagai "HUKUMAN". Dalam kes yang dipaparkan misalnya, seandaipun kehadiran bayi kecil itu tidak diundang atau dibenci, apakah tidak ada cara lain untuk menyesaikannya? Sedangkan askar dalam tahanan pihak musuh pun tidak dibenarkan untuk dianiaya atau didera, inikan pula bayi kecil tidak berdaya yang tidak tahu apa-apa!
MAKA DENGAN INI, SAYA MEWAKILI SELURUH WARGA SAM SEPAKAT MENZAHIRKAN PENDIRIAN KAMI MENENTANG SEBARANG BENTUK KEJAHATAN KHUSUSNYA - PENDERAAN KEPADA BAYI/KANAK-KANAK, WANITA, WARGA TUA DAN SEMUA INSAN LEMAH...

Lensa Minda

' Lensa Minda '
Gambar ini saya terima dari seorang penghantar email setia yang mengelar dirinya sebagai Kartini. Tanpa diedit...Pilu dan hancur hati kita melihat tindakan mereka yang MENDERA seorang kanak-kanak yang tidak berdosa serta tidak tahu apa-apa. Pendera sebegini wajar dikutuk sekeras-kerasnya. Ayuh warga SAM, sudah sampai masanya kita buat kempen anti dera...
Semoga paparan gambar ini menyedar dan menginsafkan para pembaca
Wajah si Kecil yang belumpun sempat mengenal dunia. Terkutuklah engkau wahai si Pendera!

Wednesday, May 20, 2009

JALAK 1.8 KG !!!

Jalak 1.8 kg, rekod terbaru setakat tahun ini !!!
hasil ini dengan gewang bomber bushwhacker saya...
saiz jalak ini dengan perbezaan selipar saya...
agak sukar di masa sekarang untuk mendapatkan saiz sebegini... Hari ini saya telah dapat cast seekor jalak yang bersaiz 1.8 kg ! hasil ini saya perolehi di Kota Marudu, hanya di tepi jalan sahaja. info yang saya dapat dari foreman saya ini, ketika kami sedang minum kupi di kedai waktu petang selepas kerja. dan bila sudah dengar port tersebut, saya terus ajak foreman saya untuk mencuba, dan hampir mau balik, jalak ini strike! Ini adalah hasil dan rekod terbaik saya untuk setakat tahun ini. Kira nya jika amalan "TANGKAP & LEPAS" dipraktikan dengan baik, saya rasa jalak bersaiz mega ini boleh senang2 di pancing dan diperolehi...

PUISI PENDEK KIMARAGANG

Pada tanah yang sama ini kita berdiri....... Pada air yang sama ini kita berjanji..... Kerana darah yang sama jangan bertengkar.....!!!!! Kerana tulang yang sama usah bercakar....!!!

BERSATU KITA MAMPU..JAYALAH KIMARAGANG KU!!

RONG'O POH ITI TINIPIKU...

(Gambar Hiasan Semata-mata. Boleh buat kita berfikir...?)
Oleh: Tekong SAM
Dengan izin pembaca setia SAM, saya ingin menggunakan bahasa ibunda kami - KIMARAGANG. Kali pertama saya menggunakannya dalam blog ini.
Tompinai ku kikiawi, tadau biano waro "tsunami". Nalaa'an noh dikoo kon? Nga ka disasambatan, "ADA HIKMAH DISEBALIK APA JUA KEJADIAN, BAIK ATAU BURUK". Sabanar noh, aku e' kotigog banar tu wawagu diti kitinipi oku "osu-suai" nga "alanji banar". Paga tu "osu-suai", nanganku duato ot "tafsiran" do sid koruangku. Ka do'o - "AKAN ADA BERITA/KEJADIAN TIDAK DIDUGA...". Iti "tsunami" dati ot komoyoon boh?
Nga otomon oku e' tuh sid tinipiku mariai naka'anu oku "waroooo nohhh...". Nah, "tsunami" mengasil dot kowosian kuma'a tokow kikiawi. keiso, tongo kinoruangan kadapat dot popoobus suang ginawo om suang tulu. koduo, kopiarati tokow nunu om nunu, nokuro om nokuro. kotolu, amot om orotian tokow okukuro manalasai dot "sengketa" suai tadau. Amu e' osusa banar toh, umbalan tokow mambaca sid 'blug" ku - "Mari Belajar Berfikir" ka ditajuk daw.
Bah, a'laan impiro noh mokimaap iti nga ulangon ku kambagu: I'M SORRY...(permintaan yang telah pun saya beri tanpa banyak "seng-song"...). Balajar tokow noh pogi oduya mokimaap om ma'maap isai nopoh. Om, ingaton om kuyutan tokow noh id boros di tuan duktur (Dr.Nelson): kada torus moningurup...ALASU SAPI...
Moloyuon ku poh boh? Osian pembaca mantad sodu. "MARI SAMA -SAMA BELAJAR BERSANGKA BAIK. TIDAK PERNAH RUGI ORANG BERSANGKA BAIK. INGAT, GERAK HATI DAN TERKAAN TIDAK SELALU BETUL, KALAU BETUL PUN TIDAK TEPAT, MAKA PADA KESILAPAN YANG KECIL ITULAH KITA TELAH MEMULAKAN LANGKAH YANG SILAP YANG BESAR...".
"SAM, MELANGKAHLAH KE HADAPAN..."

Tuesday, May 19, 2009

ALASU SAPI

Foto: Tongo boboi ku mitootoluod. Iti nopo saasambatan 'alasu sapi' diti mantad id iso ot kamaman ya teti. Waro kabarasan insan masa id karamayan. Koobasan no bo ong waro karamayan mimang ko waro mamangakan. Adi tiya diri minogom no diri tongo tulun mangakan om sapi ot rinapa dino. Elaan nobo paangansak sid kampung2 nga waro ot reetan dot masak rabus nopo ka. Ogumu ot sup.
Adi yaman diti sino i bo mogom-ogom tu mangakan i ot kikiroon. Kalu ong witilon banar dati yaalo diri tu modtui kakato dialo it mangkuk om singgurupo no it sup dot sapi nga nunu ka mangan ong kadung ko kosook mantad id lonjong dot kogoolok. ”Ai adess... alasu bala sapi”, ka dialo. Adi ino neno kinoontodon diti saasambatan dot alasu sapi diti di nelaanku. Siti silo oku monoliduk sulap tongo kinoruangan iso duwo tadau diti, mad ko waro ot koguugu diti saasambatan dot ’alasu sapi’. Iri no bo tu kalung ong ugu ko i maman ya dino to, modtui sininggurup ot sup dit nikayas. Amu no sisinogi po om tutuyanan dara moniggurup. Soro saasabat. Amu no alasu banar topurimanan. Ogumu nogi diri song taatampu om ugu ko it taatanganak po tu waro pomoyinan miloolosok. Aku nopo elaan diri yoku isai ot mogiim om isai ot lumosok. Mad ko kikiawi nga engin lumosok. Kikiawi nga ogumu i bo ot boroson ong mitotoyow, nga awasi dara ong momomuobo tokow po taralom saabat om mintungangis po rumasang banar. Soroo no daton dot tokow i tokow iti. Kore-et ku silod KW dot subai ko osiba ot ginawo kangku. Adi kayow no mitotoluod kanto no ma ong waro ot kinorualan banar dot ginawo. Okookodok om omulok okupo bo yoku diti dati mantad dikoo wookon om amu i apaapatut dot yoku nogi ot koponiag, nga asee ot karaatan dot miatag tokow. Omulok otuo, tanganak osukod, nga nunu ma karaatan dot miatag-atag tawasi. Okon ko tikung oku po dot SAM nga asee kopidsalangan topurimanan ku dot bagi pihak oku di tikung om yokoi kikiawi staf SAM mokimaap kumaa kikiawi tongo kinoruangan nokorikot siti sulap SAM diti. Tu yokoi diti nga tulun i borini. Okoni ko ugu ko ‘superman/superwoman’ om okon i ko ugu ko malaikat dit amu nakasala. Adi poompusan ku diti boros ku biano, ka dit opibooboros dot tongo kinoruangan om, ’iduon no daton it olitok, om onuwon no it oniting’ ka. Kayow no miiso ot ginawo monginwawasi diti kowowoyoon dot tulun tokow, Kimaragang. Tupono borini: Okon ko sup no dot sapi ot alasu mari. Nunu2 poma ong kogoolok nga alasu i. Iri no tu tutuyanan nono daton moninggurup kenongko mangakan. Intangan po mogulu, soogiyon po om tiiman po saabat. Ong erasaan nga atamis kenongko ganta dot asagkaan baru nogi om singgurupon om akanon banar. Isai suul kowiliw om otuntugan tongo poo kondiri. Milom olonuk dati. Wowosion daton ki. ;)

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
Malam tadi kopi yang saya minum di kedai kopi terasa sedikit "kelat", kurang nikmatnya kerana saya sedikit teruja dengan komentar seorang rakan pengunjung dalam blog peribadi saya "SOS" (http://yomogun.blogspot), artikel bertajuk "Mana Dia". Pembaca yang ingin tahu, bolehlah rujuk ke sana.
Oleh sebab saya ada berjanji untuk menulis dalam ruangan "Secawan Kopi" maka inilah saya menulis, kebetulan sudah agak lama tidak menulis "Secawan Kopi" padahal tiap hari "melantak" di kedai kopi. Janji tetap janji tetapi saya juga pegang "perjanjian" Staf SAM untuk tidak menjadikan SAM "milik peribadi" jadi saya tidaklah ingin memfokus kepada hal-hal peribadi.
Okay, saya tarik perhatian sdr/i pembaca tentang kartun di atas. Perjuangan umpama pertapaan juga. Saya tak pernah bertapa, tapi sang petapa selalu berkata seperti kartun di atas kata. Justeru, perjuangan tidak akan luntur oleh "percobaan". Percobaan itu mendewasakan dan mematangkan. Kami di SAM akan terus berjuang dengan cara kami untuk kebaikan. Kadang-kadang ada juga cubit-cubitan, kadang-kadang "sengol-sengolan"....tapi itu tanda sayang, untuk membaiki. Kami tentunya bukan "malaikat" , tapi yang pasti seperti yang selalu Dr. Nelson cakap: "Kami bukan ahlong, kami cuma mau tolong". Maaflah kalau ada yang tersinggung...inilah susah kalau tidak pandai main politikkk (bermuka-muka)...inilah risiko berusaha berkata jujur...namun seperti kata orang dulu-dulu: BERJUANGLAH, SAMA ADA ANDA TERBILANG ATAU TERBUANG...

Saturday, May 16, 2009

SALAM DARI PERANTAU (Gara2 virus influenza A (H1N1)

Sepatutnya hari ini dan esok (16 & 17 Mei) saya akan memberi ceramah kepada pelajar2 sekolah di sekitar daerah Kobe seterusnya bersama-sama dengan BCT Japan membuat pameran mengenai hutan,binatang2 dan ladang kelapa sawit di Sabah kepada penduduk disekitar Kobe.Saya memang suda bersedia,tetapi malangnya saya diberitahu melalui telepon oleh boss BCT,yang aktiviti2 BCT telah ditangguhkan kerana 5 orang pelajar sekolah di Kobe telah disahkan mengidap virus influenza A H1N1. Saya memohon maaf kepada pembaca2 SAM atas masalah ini..dikesempatan ini juga saya ingin berpesan kepada semua ahli SAM agar berhati-hati dari masa ke semasa kerana virus influenza ini sebenarnya bukan untuk individu yang pernah keluar negara,sebaliknya virus ini merebak kepada sesiapa sahaja..mengikut pakar perubatan dan rekod2 semasa,pelajar2 di Kobe yang diserang virus H1N1,tidak pernah melawat negara2 lain

Friday, May 15, 2009

Warga SAM

16 MEI: Selamat Hari Guru

Suluh Bangsa Mana jalan denai yang tidak dilalui Menyala pelita beratapkan rimba Menghantar nyala ke jendela desa Menyuluh rimbun pohon dan gelap waktu Menitip pesan bakti menjadi terang jejak seorang guru dan air mata untuk anak-anak kecil meresapi belantara Mana jeritan metro dan neon yang tidak didengari Di antara pancawarna dan pelangi masa Menggalas dian ilmu Menjadi tugu hikmah di antara ribut kota dan terang malam Menyapu debu sepatu Seorang guru dan air mata Untuk anak-anak merdeka Meresapi kotaraya Dalam lipatan masa Berjuta batu nisan Dan goresan darah kering Meraut sejarah dan hikayat Di keping waktu Budi dan sabarmu menjala bangsa Mencipta nama Belati di rusuk kiri Pedang di rusuk kanan Tetap jua kau hasilkan pemimpin Para panglima budaya Perkasa di medan ilmu Tinta guru Ada pada takhta raja Ada pada kerusi pemimpin negara Ada pada muafakat ulama Ada pada arif bijaksana Ada pada pejuang nusa bangsa Ada pada pena karyawan Ada juga pada tugu kemerdekaan Dan jika para budayawan Ilmuwan... yang budiman Semua yang gemilang Mengambil waktu menoleh sekejap Ada sejarah seorang guru tua Terbaring menahan lapar Sambil belajar menahan rasa terpinggir Hari ini anak-anak bangsa Dakap putera-puterimu yang bertatih Jangan lupa ajar mereka menatapi prasasti silam Di sana ada narasi luka derita sabar Kerana gurumu itu pelita yang setia Menyuluh jalan sebelum dewasa Jasa dan budi Gantinya bukan pada gulungan ijazahmu Atau wang ringgit Seorang guru tua katanya mahu meninggalkan pesan 'Jadilah bijaksana dan berhemah demi nadi nusa dan bangsa' Hari seorang guru Disambut tiba ke pangkuan pertiwi Kita lihat ada getir dan keringat luarbiasa Terbit dari luka jasad pendidik Menjadi akar kukuh hikayat negarabangsa Anak-anak nusa Buka telapak tanganmu dan bersyukurlah Sekalipun yang kautadah itu titisan darah perjuangan mereka Dan engkau pernah membuak amarah bertingkah kata di meja guru Marilah dengan lapang dada dan segugusan doa Mengiringi samboyan di medan ilmu Menginsafi bumi yang kita pijak kita lihat tamadun Itu jejak mereka Guru Itu panggilan keramat Bakti setia Berzaman tak mungkin hilang Menjadi sejarah yang tersimpan Dan kenangan ke akhir hayat Jalimik Sawatan 15Mei, Cheras, Kuala Lumpur