SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 31, 2010

AL KISAH (2): BURUNG ADA KIPASSS...

Di sebuah wilayah tanah tinggi juga di negeri entah mengentah. Tiap tahun, mereka dapat melihat di bawah mereka jadi lautan air banjir. Dan tiap kali itulah kampung mereka akan didatangi "seekor burung besar". "Burung" ini tiada bulu cuma ada kipas yang ligat berpusing. Hari ini itu burung menghantar ransum kepada mereka. Sayang juga si penghantar burung itu kepada mereka. Salah seorang krew "burung berkipas" itu bertanya: "apa pandapat kamu pasal banjir?" "No problom bos. Bagus juga kalu tiap bulan banjir. Kalu tiada banjir, ini burung tidak nampak " jawab seorang pakcik yang loyar buruk. "kamurang ni bijak rupanya!" puji si krew. "tatap bos. Cuma kami belum ada keberanian kerana kemiskinan membuat kami jadi penakut..." Sekali lagi si krew terkedu. Siapa kata orang tanah tinggi tidak berfikir?

Jangan Kembali Ke Zaman Batu!

Semua sedar bahawa kita sedang berada di dalam Era Teknologi Maklumat. Serba-serbi berasaskan teknologi tersebut. Era ini berlalu begitu pantas, sehingga ramai yang tertinggal, tersepit dan terperangkap. Siapa yang menguasai teknologi ini, ia akan terselamat dan mampu berlari seiringan dengan orang lain. Semasa Era Pertanian dulu ramai yang menjadi jutawan pertanian. Begitu juga semasa Era Perindustrian ramai yang menjadi jutawan berasaskan kerja-kerja perindustrian. Dalam era ini pula, ramai jutawan internet kedengaran di sana-sini muncul. Benarlah kata-kata seorang penceramah semasa saya menghadiri seminar di Hotel JW Marriott KL bahawa, jika kita ingin menjadi jutawan, kita mestilah menguasai teknologi yang digunakan dalam era tersebut. Bercakap senanglah hehehe..... Sekarang ini siapa yang tidak tahu apa itu blog, facebook, friendster dan yang sewaktu dengannya, dianggap sebagai ketinggalan zaman. Saudara, yang kurang enak didengar adalah walaupun kita sedang berada di dalam Era Teknologi Maklumat, tapi kaedah kerja kita masih seperti orang-orang di zaman batu. Kota Marudu bagaimana? Senario kurang memberangsangkan ini perlu direvolusikan diinovasikan segera. Jangan kembali ke zaman batu!

Saturday, January 30, 2010

SIRI BARU AL-KISAH :SI SASA VS SI KURUS...

Al kisah tersebutlah kisah di sebuah negeri entah mengentah. Ada pertandingan "SIHAT BADAN" merebut piala SBT (SASA, BESAR,TINGGI). Riuhlah bunyi di sayembara itu. Bukan kerana tepukan dan pujian sebaliknya hiruk pikuk kutuk maki. Kenapa agaknya? Hal di atas disebabkan oleh syarat sayembara itu yang bersifat "TERBUKA" kepada semua untuk beri peluang kepada semua (kononnya?) tapi sikit sahaja yang berpeluang menang kerana yang lain tatap reject punya. Seorang pemberita sempat menemuramah peKALAH-peKALAH: "Mana bisa menang pak. Kami2 ini kemetot, kurus dan kering mering. Orang hulu. Tak cukup makan. Patut ada kategori light, bantam dan heavy bah kan?" Saya, opsss pemberita itu mengangguk. Memang kurang patut. Patut diperhalusi syarat2 sayembara itu di lain masa...

Friday, January 29, 2010

TAKZIAH BUAT DATUK GEORGE SANGKIN DAN KELUARGA

Tandek, Kota Marudu: Ibu kepada Datuk George Sangkin, mantan Ahli Parlimen P168 Kota Marudu telah kembali ke rahmatullah kelmarin. Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Kristian di Kg. Damai hari ini. SAM mengucapkan takziah dan berdoa agar roh beliau dirahmati. Semoga keluarga Datuk George redha dan pemergian insan tercinta.

Thursday, January 28, 2010

PANGAANDAMANKU DIKA

Siombo ot pakaayan nu, sino oku i manud-tanud dika. Asanong kokitanan it tokobuk nu osoogi dot sarup. Miabal aso pitongkiyadan ong kokusum koh, sera kopirolong kito. Aso kolunguyan osorou, asanong nopoh ot aandaman, sera sompi odop-odop sid sakot otomow. Mangkus-tangkus kito nogi mongogusa dot kolibambang. Tabpaanku dara it kolibambang, nga okirow okitoku it mato nu om momingog koh nogi, mangawud dogon, dot posimoyo dit kolibambang. Kanu, 'sianai noh ilo kolibambang, tumalup linanji yoh ong atabpaan.' Biano, sinumikit pangandamanku dika, sera nokokito oku dit kolibambang mulud-tulud sid toguwangku. Sisiombo koh ma diri tidino? Kakal poh kah okirow it mato nu? Kopitutun kito poh gam ong kopisambat wagu? It kusum nuh dit landu ko oomis kakali asagot sid pangaandamanku.

SAMA RATA DI SISI UNDANG-UNDANG

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 8, tentang Kesamarataan, dinyatakan bahawa;

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Saya bukan seorang pakar undang2, tetapi sejak awal tahun lepas saya sudah membeli sebuah buku tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan mula membaca dan berusaha untuk memahaminya dari masa ke semasa. Apabila membaca dan meneliti maksud bahagian perlembagaan di atas, saya berpendapat bahawa masih banyak jabatan kerajaan dan swasta yang tidak mengamalkan maksud perlembagaan tersebut. Apa pendapat saudara/i? Nota: Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh dicapai dalam internet secara percuma di sini.

Mencadangkan 'ala-Parlimen'

Dalam menguruskan sesuatu, perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah mendapatkan maklumat dan merancang perkara yang boleh membawa kepada kebaikan, meskipun ianya pada masa kini digelar sebagai 'win-win situation'. Era kini menuju globalisasi, modenisasi dan transformasi. Mungkin, sebagai satu komuniti Kota Marudu kita boleh mencadangkan sesuatu yang tidak pernah terfikir atau terlepas fikir atau terfikir tapi mungkin tidak logik kepada pihak berkenaan sebagai mana cadangan ini mula timbul dibeberapa daerah negeri Sabah, Sarawak dan Semananjung pada masa kini. Bagaimana jika kita mencadangkan mewujudkan satu bangunan ala-parlimen yang dikenali Majlis Permuafakatan Rakyat di Kota Marudu, yang mana bangunan ini berfungsi sebagai tempat membincangkan isu-isu semasa, cadangan rancangan pembangunan dan mesyuarat jawatankuasa tertentu dalam menghadapi situasi cemas seperti banjir kilat yang berlaku baru-baru ini. Selain itu, bangunan ini juga dapat menghimpunkan Ketua-Ketua Kampung, JKKK dan Belia dalam menyuarakan pendapat, cadangan, masalah atau keperluan dengan berkomunikasi secara terus dengan Wakil Rakyat, Ahli Majlis Daerah atau yang berkenaan. Walau bagaimanapun, persoalannya adakah kita boleh menerima cadangan sedemikian? atau sebaliknya.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (15)

KECIL HATI juga penyakit. Sudahlah hati itu kecil, kalau dikecilkan atau mengecil lagi alamat "tiada hati". Bayangkan kalau dah tak ada hati nak kerja, tak da hati nak khawin dan sebagainya. Simptom penyakit ni mudah dikesan. Antaranya tiada motivasi untuk.....murung....masam....atau "rumagang" (merah padam). Setahu saya, ubatnya ada dalam hati sendiri. Kalau rasa dah ada simptom2 tu, pandai2lah membesarkan hati sendiri. Pujuk2lah hati itu. Kekadang saya juga berkecil hati tapi ahhh...JALAN TERUSS kata hati...

Wednesday, January 27, 2010

SELAMAT BERTUGAS KEPADA NONG

(NONG)
Hari ini salah seorang staff SAM iaitu NONG akan memulakan tugas baru beliau di SK.Tagibang sebagai petugas hal ehwal pelajar.Ertinya NONG akan tinggal di Tagibang untuk beberapa waktu.SAM mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada NONG.Walaupun agak jauh sedikit dari keluarga namun demi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,diharap boleh menerima kenyataan ini dengan sabar. Saya pasti tugas ini bukanlah senang dan perlukan seseorang yang benar2 mantap dan bersemangat waja.Tidak hairanlah NONG menyahut tawaran ini kerana NONG memang seorang yang penuh pengalaman.Statusnya sebagai seorang isteri dan ibu sudah tentu memberi kelebihan kepada NONG menjalankan tugas ini. Harapan SAM agar NONG sentiasa ceria selalu dan dapat menyesuaikan diri dengan tempat dan suasana baru.Paling utama ialah,selain daripada menjalankan tugas harian,jangan lupa menyelami susana hidup di pendalaman untuk kita kongsikan dalam SAM.Jika ada maklumat penting,sila post dalam SAM untuk perhatian kepada pihak berwajib.Pendek kata,mulai hari ini NONG akan menjadi "duta" khas SAM di pendalaman Kota Marudu.Selaku admin SAM,saya dengan ini akan memberikan 1 label khas untuk NONG iaitu "suara dari pendalaman". Tidak dilupakan rasa penghargaan dan syabas kepada suami tercinta NONG iaitu Tompinai kerana pengorbanan besar yang telah diberikan dalam hal ini.Tugasan mengurus keluarga dan anak2 sudah tentu terletak ditangan Tompinai mulai hari ini.Tetapi SAM pasti ini bukanlah 1 masalah yang besar kerana Tompinai sebagai ketua keluarga adalah seorang suami dan bapa yang penuh bertanggungjawab.Untuk 3 hero,SAM mengharapkan agar anda bersabar kerana ibu tercinta kalian hanya berjauhan untuk tempoh sementara sahaja.Ikutilah nasihat dan pesanan ibu tersayang kalian.SAM memang tahu,rasa rindu itu tetap ada tetapi kalian adalah 3 hero dan anak2 yang sangat baik.Bersabarlah menunggu kepulangan ibu tersayang. Akhir sekali,untuk NONG..jangan lupa kami di SAM.Kami rakan2 penulis SAM sentiasa mendoakan agar NONG sentiasa sihat dan ceria.Pastinya..kami dalam SAM sentiasa merindui mu.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (14)

MINTA puji adalah penyakit hati yang kalau dibiar merbahaya. Setiap orang seronok kalau dipuji namun bukan bermakna semua orang kemaruk dipuji atau meletakkan pujian sebagai prasyarat untuk melakukan yang terbaik. Namun ada juga yang memang dasar minta puji. Its okay, kita anggap saja ia satu penyakit yang perlu dicegah atau diubati. Orang yang ada penyakit ini disebabkan kurang "zat ikhlas". "Zat Ikhlas" tidaklah boleh diperolehi melalui sayuran atau buahan atau pil-pilan. Zat jenis ini disintesis dalam hati, Akibatnya, kalau tidak dipuji, naik marah atau kecewa lalu berhenti berbakti atau beramal. Inilah maksudnya penyakit yang kecil boleh membawa kepada penyakit yang besar atau berattt... Penyelesaiannya beberapa peringkat: terima pujian seada2nya dan jangan kerana pujian semata2 kita meneruskan kerja yang baik. Kalau ini terjadi...ini adalah simptom awal MINTA PUJI...

Tuesday, January 26, 2010

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (13)

(Siri 13 (kesukaan) mestilah saya luahkan Isi hati! Nasihat saya - hati2. Baca dalam hati dengan mata hati lalu bukalah hati...) SAKIT HATI! Ini penyakit dalam hati yang disebabkan oleh faktor2 di luar hati yang melewati telinga, mata, sentuhan dan sebagainya. Ini penyakit boleh menyebabkan dan boleh juga disebabkan "SAKIT MATA, SAKIT TELINGA". Contoh: anda nampak saudara nelayan anda diperbodoh2kan peraih, anda boleh "sakit hati" maaa...anda dengar bangsa anda diperkecil2kan, anda boleh "sakit telinga" maaa kan? Last2 anda...SAKIT HATI! Untung tidak TURUTKAN HATI... Terus terang saja pak, inilah penyakit yang sedang aku deritai sekarang. Barangkali kita serupa? Sakit hati ini membuat aku sedih melihat kebobrokan di merata2 namun apakan daya...hati lalu berbelah bahagi namun insyaAllah JALAN TERUSS...

Monday, January 25, 2010

KOREKSI DIRI part one

Sudah menjadi lumrah hidup di dunia yang fana ini bahawa semua manusia tidak akan lari daripada membuat kesilapan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Betapapun seseorang itu kelihatan sempurna, kalau namanya manusia pasti pernah juga tersalah dan tersilap dalam hidup tidak kiralah kesalahan itu besar atau kecil (menurut ukuran manusia). Kenyataan ini mungkin melegakan bagi mereka yang sentiasa dihantui rasa bersalah ekoran daripada kesilapan masa lalu namun, ini bukanlah tiket untuk membuat lebih banyak kesalahan dengan sewenang-wenangnya tanpa usaha untuk mengekang/mengendalikan diri daripada terus terlibat dalam salah laku yang tidak berpenghujung. Sungguhpun manusia memang tidak ada yang sempurna tabiatnya namun janganlah biarkan ketidaksempurnaan kita menjadi lebih tidak sempurna lagi dengan pilihan gaya hidup yang terpesong daripada standard moral dunia dan agama. Itulah sebabnya KOREKSI DIRI harus kita lakukan setiap hari. Tetapi proses koreksi diri ini tidak akan berlaku dengan sendirinya tanpa kewujudan elemen-elemen berikut: 1) Agen yang menyedarkan kesilapan diri Agen ini boleh jadi datangnya dari luar diri kita seperti keluarga, pemimpin agama, sahabat handai dan siapa saja yang berhubungan dengan kita. Ia boleh jadi juga datang dari hati nurani kita sendiri.Tanpa adanya agen-agen pemangkin yang membawa kepada kesedaran diri untuk mengingatkan bahawa kita sedang berada di trek yang salah, adalah mustahil untuk kita melakukan koreksi diri. Tanpa kesedaran, seseorang tidak mungkin dapat melihat perkara yang harus diperbetulkan dalam dirinya. Bayangkan, untuk apa melakukan koreksi diri jika memang semuanya sudah terasa dan kelihatan "correct". Bukankah itu sekadar membuang masa dan tenaga namanya. Di sinilah permulaan bagi kebanyakan orang melakukan kesilapan. Lambat menyedari kesilapan diri dan yang lebih menakutkan tidak pernah sedar dirinya sudah/sedang tersilap. Inilah juga yang sering menjadi kelemahan saya sendiri. Saya selalu berasa diri sudah cukup betul. Hakikat ini sangat-sangat saya sedari apabila baru-baru ini saya berbual panjang dengan seorang sahabat lama lewat talian telefon. Kami bertanya kabar, bertukar-tukar pengalaman hidup dan akhirnya membuat beberapa kesimpulan tentang kehidupan yang telah dijalani selama tahun2 yang sudah berlalu. Menariknya, saya betul-betul disentakkan oleh satu kenyataan impromptu yang dia nyatakan tentang karakter saya ketika dalam perbualan itu..."You were not like this before. I used to know you as someone who never blamed anyone even if that person hurt you deeply...sekarang, kau lebih mudah menyalahkan orang lain." Saya terdiam. Bukan kerana sakit hati atau marah dengan teguran itu tetapi tertanya-tanya sejauh mana kebenaran kenyataan itu... Itulah sebabnya mengapa saya menulis entry ini kerana nampaknya saya harus melakukan koreksi diri. Setiap teguran pasti ada kebenarannya. Dan saya percaya, keperluan untuk sentiasa mengkoreksi diri bukan keperluan diri saya seorang saja. Ia adalah keperluan kita bersama kerana memang tidak ada seorangpun di dunia ini yang sempurna. Apapun, proses koreksi diri ini tidak akan sempurna jika saya (dan pembaca) hanya berhenti sekadar sedar dan tertanya-tanya sejauh mana kebenaran setiap teguran yang datang....oleh itu, nantikan perkongsian tentang elemen yang seterusnya....macam biasa...bersambung...hehe.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (12)

RAHSIA HATI. HATI BERAHSIA. BIARLAH RAHSIA. Penyakit lampau berahsia tidaklah terlalu merbahaya dan tidaklah berjangkit tapi kalau lampau dipendam2 merosak hati dan diri sendiri. Kekadang merugikan diri, misalnya; kerana gabra meluah isi hati, melepasss idaman hati...(kenapa tuan senyum2, pernah mengalaminya? Bah kahhh....) Namun, sejak kebelakangan ini, saya semakin berhati2 berkongsi rahsia dalam hati kerana ternyata benar, rambut sama hitam, HATI lain2. Maka, penyakit yang satu ini, wajarkah saya menyatakannya sebagai penyakit?

Sunday, January 24, 2010

KORUK OH KORUK...

JUMAAT lepas saya ke KB dan sempat melihat bahana banjir. Di tepi jalan masih ada banjir terutama di kg. Kesapang. Nampak gaya, KB dan KM senasib cuma KM kali ini mengalami korban mati lemas yang dikaitkan dengan banjir. Uniknya KB, tiap banjir ada orang jual koruk di tepi jalan. Khabarnya, ramai orang KM singgah membelinya. Saya juga tidak melepaskan peluang membeli secucuk ikan koruk (ikan kelah) kerana sudah terlalu lama saya tak makan koruk masak "tinopuru" (masak hempap ala Dusun). Mengingatkan saya kepada al-Dusuni yang turut "monopuru koruk KB" suatu ketika dulu. Agak menyedihkan kerana semakin sukar untuk menemukan ikan koruk di Tandek. Duluuuu...tiap banjir, bentang saja pukat, nahhh...ikan koruk menyangkut. Agaknya ikan2 koruk di Tandek membawa diri kerana bahana keracunan habitat mereka...

Saturday, January 23, 2010

LAGI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

(Gambar: atas; kereta team NGO terkubur. Tengah: penyampaian bantuan oleh Dinakan. Bawah: Team SAM memungah naik pakej bantuan dari Kedai Runcit Asia Jaya ). KG. KURANJI, N5 TANDEK: Petang tadi skuad SAM/NGO menziarahi Kg.Kuranji antara kampung paling teruk terjejas banjir. Misi kami seperti biasa menyalurkan sedikit bantuan kilat daripada pihak Urban Storm yang mengamanahkan kami (SAM) untuk niat murni tersebut. Perjalanan kami kali ini agak mencabar kerana terpaksa beroperasi dalam hujan dan melalui jalan yang berlumpur sehingga di suatu tempat kereta yang kami gunakan "terkubur" dan terpaksa mengambil masa untuk melepaskan diri. Akhirnya pasukan kami tiba di lokasi dan terus saja mengagihkan bantuan kepada mangsa2 banjir yang sudah siap sedia menanti kami seperti yang dijadualkan. Pihak penerima amat senang hati dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan NGO khususnya syarikat Urban Storm Sdn.Bhd. Sebelum mengembalikan kereta, kami mencucinya bersih2 kemudian meraihkan keseronokan berNGO di KFC Kota Marudu bersama pemilik kereta, Cikgu Jolly Surag yang juga ahli NGO Sabah.

Pakai "Hantu" Didik Anak

Kita tinggalkan sebentar tajuk perjuangan. Inipun perjuangan jugalah, hehehe. Pada kali ini saya rasa ada sedikit kesegaran berkongsi perihal hantu di dalam mendidik anak. Saya bukanlah seorang ayah mithali kerana pengalaman sebagai ayah pun baru setahun jagung. Saya juga bukan pakar motivasi keluarga walaupun saya dulu sempat menjadi motivator dalam program2 kemahasiswaan amat meminati bidang tersebut. Dan saya juga bukan seorang guru yang hebat walaupun saya pernah mengaji sebentar di Maktab Perguruan Gaya. Apapun, sekadar berkongsi soal tajuk di atas rasanya tidak perlu semua itu pun, kan? Saya cukup tidak bersetuju dengan ibu bapa yang menggunakan hantu sebagai objek untuk menakut-nakutkan anak kecil agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang oleh mereka. Contohnya, "...jangan kacau itu TV, nanti itu hantu gigit tangan kau tu...", "...jangan balik lewat ah, nanti ada puntianak itu mengisap darah kau...", "...pigi mandi cepat, kalau tidak nanti itu hantu marah tu..." dan bermacam-macam ayat lagi. Biasanya si anak akan patuh kepada perintah ibu bapanya jika di dalam ayat arahan tersebut, kedengaran terselit perkataan "hantu". Tidak perlu hurai panjang, semua orang tahu pendekatan ini kurang tepat dan melahirkan anak2 hantu boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada anak sehingga terbawa-bawa sampai ke tua. Ini satu pendekatan yang menyebabkan si anak melihat bahawa ada pihak lain yang lebih berkuasa daripada-NYA. Kadang-kadang apabila keletihan, saya juga terlepas cakap perkataan-perkataan "hantu" ni. Tapi di akhir ayat saya tutupi dengan kembali membesarkan-NYA. Kurang lebih beginilah, "... Nak, tapi kena ingat Allah itu lebih kuat daripada hantu. Bila-bila saja Allah buli kasi mati itu hantu. Jadi mesti takut sama Allah saja ah..." Alhamdulillah, berkesan. Kesimpulannya, marilah bersama-sama kita berusaha melahirkan generasi yang takut (taat perintah) kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Bukan generasi yang takut kepada hantu. Generasi yang takut kepada hantu adalah generasi yang mundur dan primitif (generasi sekarang bukan setakat takut dengan hantu, tapi siap berkawan dengan mereka lagi. Tidak kurang juga yang berperangai seperti hantu) . Sebaliknya pula, generasi yang takut kepada-NYA adalah generasi yang inovatif dan maju jauh ke hadapan.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (11)

BERBELAH HATI. Penyakit yang nampak tak bahaya tapi sangat merbahaya akibatnya. Kerana dalam kehidupan pun kata guru ekonomi, kos melepas memang ada. Kata seorang pemerhati politik, pilihan yang tidak tepat sungguh merbahaya kerana mau tunggu 5 tahun bukan sekejap. Hebatlah orang kalau tak pernah berbelah hati. Misalnya: Jurusan apa patut diceburi?awek mana satu perlu didekati? Siapa patut saya dijadikan isteri? Siapa patut saya undi? Cakap siapa patut saya dengari? Siapa wajar jadi pengganti?...semua ini kalau kita menghadapinya, menunjukkan kita ada simptom berbelah hati. Kalau belah dua tak sadis sangat, kalau belah tujuh gara2 "7 penjuru"? Nayaaaaa... Ubat yang saya boleh beri adalah PIL BIJAKSANA. Bila jumpa berapa penjuru sekalipun, pilih yang ada pakej. Soal pakej, sdr/i yang perlu mengajar saya. Hehehe...

Friday, January 22, 2010

SEDIH...! SIAPA BERSALAH?

Hari ini apabila kita membaca Akhbar Daily Express SEDIH....! Itulah ungkapan yang keluar dalam mulut, hati dan fikiran kita memikirkan tentang kemalangan yang berlaku semalam di Kg. Taritipan, apabila seorang murid Tahun 1 SK Taritipan dilanggar ketika melintas pergi ke sekolah. SIAPA BERSALAH...? Sukar untuk digambarkan siapa yang bersalah, kerana jika kita fikirkan pejalan kaki tersebut baru berumur 7 tahun, manakala pemandu tersebut adalah seorang yang dewasa dan matang. Cuba kita kaji perkara berikut; 1. Mengapa pejalan kaki tersebut tidak memandang kiri dan kanan ketika melintas? 2. Di mana rakan-rakan atau ibubapa pejalan kaki tersebut ketika dia melintas? 3. Mengapa pemandu yang memandu kenderaan tersebut memandu laju? 4. Apa dalam fikiran pemandu yang memandu tersebut ketika memandu? 5. Adakah 'MASA' merupakan faktor penyebab sebenar antara pejalan kaki dan pemandu tersebut terlibat dalam kemalangan? (Fikir-fikirkanlah dan renung sejenak) *Nota: Laporan daripada Hospital Queen Kota Kinabalu menyatakan murid tersebut sekarang dalam keadaan stabil. Semoga Murid tersebut cepat sembuh dan boleh pergi ke sekolah.

LAGI SUMBANGAN URBAN STORM SDN BHD

TANDEK, KOTA MARUDU: Sekali lagi syarikat Urban Storm Sdn.Bhd menyumbang kepada sekolah ini. Sebelum ini, syarikat tersebut telah menyumbang basikal dan peruntukan kepada kelab Muzik sekolah ini (Lihat entri lepas di arkib SAM). Terbaru, syarikat ini menyumbang baju kepada semua guru dan kakitangan bukan mengajar (KTBM) sempena kejohanan sukan olaraga SMKT kali ke-22 yang berakhir kelmarin. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Urban Storm Sdn.Bhd atas sumbangan ini.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (10)

"Ewah2, ADA HATI nak kawin anak aku!" - dailog Drama/Filem Melayu yang biasa kita dengar. Kira penyakit hati lah juga kan? Kira bahaya juga penyakit ni kalau dibiar kerana boleh bikin orang "tak berpijak di bumi nyata". Tak salah ada hati jika ngam tapi kena hati2 kerana silap langkah merana hati dan patah hati. Misalnya, usahlah ada hati atau menaruh hati dengan puteri2 raja atau artis2 jelita kalau kita tak punya apa selain hati yang "ada hati". Janganlah pula ada "hati lagi" nak tambah isteri atau pikul jawatan atau bla...bla...kalau dah rasa2 dah tak larattt...dah tak bolehhh... Namun, ada hati itu penting juga sebagai sumber motivasi kepada hati. Darinya timbul kemahuan, dari kemahuan kenampakanlah jalan. Bah, jalan teruss...cuma berhati-hati...

Thursday, January 21, 2010

TERIMA KSIH TUHAN...TERIMA KASIH SAHABAT SAM...TERIMA KASIH TEMAN..

Salam Kasih Dalam Tuhan..
Puji Tuhan kerana lewat tahun 2010 kita masih diberikan peluang untuk menikmati hidup di dunia fana ini. Maaf kerana sudah lama tidak membuat entry dalam blog kesayangan kita ini. Bukan tidak ada idea atau bahan untuk dikongsikan tetapi memandangkan keterbatasan diri, maka tertangguhlah semua perkongsian itu.
Perkongsian saya pada kali ini bukan merujuk pada sesiapa melainkan merujuk pada diri saya sendiri bersesuaian dengan tajuk posting saya iaitu TERIMA KASIH TUHAN...TERIMA KASIH SAHABAT SAM....TERIMA KASIH TEMAN.
Posting ini jauh sekali mendabik dada cuma sekadar ingin berkongsi rasa syukur yang amat sangat pertama kepada TUHAN atas peluang hidup yang DIA berikan kepada saya. Untuk pengetahuan rakan2 semua, pada 23/12/2009 (malam berinai adik lelaki saya) saya telah mengalami kemalangan jatuh dari kereta dan mengalami kecederaan patah tulang selangka, cedera di bahagian muka dan beberapa bahagian tubuh dan kepala.. Syukur kerana saya selamat dari tragedi itu walaupun terpaksa menanggung kesakitan sehingga ke hari ini. Sehingga ke hari ini saya masih trauma dan saya tidak boleh lupa tangsian ibu dan anak2 saya ketika saya terlantar di atas katil wad kecemasan. Malam berinai adik saya jadi suram dengan tragedi yang menimpa saya, pun begitu saya bersyukur sangat kerana dapat berkongsi kegembiraan adik saya di hari bahagianya.
Keduanya, saya mengucap terima kasih kepada sahabat2 saya dalam SAM kerana tidak habis2 memberikan saya sokongan moral terutamanya Tekong SAM yang balik-balik datang melawat saya. Tidak juga lupa kepada sepupu merangkap anak buah saya iaitu Dr.Nellson Maisin yang banyak bagi saya tips kesihatan dan berikan saya ubat untuk keperluan saya. Untuk Illie Jaymon @ DJ LUGU & Little Mike @DJ LM,thanks kerana sentiasa menghiburkan saya di udara UtaraFM. Untuk Coach @ Ridwan Yaakub, Dinakan,Mimie,Ashs,Kak Kyro,Ming,Elly dan semua sahabat dalam SAM yang lain, terima kasih untuk nilai persahabatan yang tiada galang gantinya ini.
Isimewa buat suami tercinta Jesvi Taising @ Tompinai..BIG THANKS kerana begitu sabar menjaga saya walaupun sering jadi mangsa kemarahan dengan emosi saya yang tidak stabil selama sakit ini.Terima kasih kerana menjaga saya dan anak2 kita dengan baik.
Ketiganya ucapan TERIMA KASIH kepada YB. Pn Anita Baranting kerana walaupn punya jadual yang sangat padat, beliau tetap meluangkan masa datang melawat saya dan merupakan orang pertama yang melawat saya keesokan hari selepas saya kemalangan.Thanks untuk Letty dan Rohaya juga kerana melawat saya.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan2 di facebook kerana tidak henti2 memberikan sokongan moral dan menghiburkan saya.
Selama terperap dengan kesakitan ini, saya banyak berfikir betapa besarnya peluang yang diberikan kepada saya untuk hidup walaupun sudahnya hidup ini tidak kekal di dunia yang serba ada. Justeru marilah kita mempergunakan hidup ini sebaik mungkin. Ketika saya membuat entry ini, air mata berguguran di pipi. Bayangkan jika saya mati dalam tragedi itu..apa akan jadi pada anak2 saya? apa akan jadi pada ibu saya? apa akan jadi pada suami saya? apa akan jadi pada sahabat2 tersayang saya dengan pemergian saya tanpa seucap kata???... begitu sukar untuk saya gambarkan..terasa sesak dada ini.
Dan sepanjang tempoh ini, disinilah saya mengenal akan nilai dan erti persahabatan yang sebenar. Dalam SAM nilai sahabat dan persahabatan itu begitu kuat seperti sebuah keluarga. Sahabat jauh dan dekat bagaikan begitu hampir dengan saya untuk memberikan kekuatan dan sokongan..Saya bertuah menjadi ahli SAM dan saya menyeru supaya kita pelihara SAM ini, mudah-mudahan ia menjadi harta yang boleh diwarisi setiap generasi kita...AMEN.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (9)

Dalam bangsa Dusun, "okilong ot ginawo" (hati yang bengkok) sangat dibenci kerana orang yang ada penyakit hati begini, betul2 menyusahkan kawan/tetangga/keluarga. Simptomnya? Kejap kata "A", kejap kata "B", last2 kata "C", sebab "C" membuat dirinya untung manakala orang lain dapat susah. Mirip2 "ular" atau "kala jengking" atau "buaya". Mula2 dia manyakk senyum, tiba2 dia "ngapp sayottt". Bikin takut ini penyakit. Ini sakit ada kaitan dengan penyakit Tamak yang pernah dibicarakan sebelum ini. Umpama sakit buah pinggang dengan kencing manis agaknya? Hati bengkok bukan boleh dilurus dengan pembaris. Namun hukuman ada kalanya boleh meluruskannya. Itupun kena dari awal, kalau dah besar panjang, bengkoknya dah berkarat. Yang mustajab sekali adalah pendidikan agama dan moral. Latihan berjalan lurus juga penting, dan pastinya memerlukan JALAN YANG LURUS...

Wednesday, January 20, 2010

URBAN STORM PRIHATIN (2)

(Gambar: Dari atas: 1. En. Josin, Pengerusi JKKK (ahli NGO Sabah) Kg. Mosolog menyampaikan bantuan kepada warga Kg. Mosolog. 2. En. Jod Bungas, ahli Komuniti PERDARAH Kota Marudu, menyampaikan bantuan kepada wakil penerima Kg. Damai. 3. En. Sabli Ambang, ahli NGO Sabah menyampaikan bantuan kepada penerima Kg. Longob. 4&5. En. Androd, Pengerusi SAM/Gabungan NGO Sabah menyampai bantuan kepada wakil penerima Kg. Salimandut dan Kg. Tingkalanon. 6. En. Jossin menyampaikan bantuan kepada wakil penerima Kg. Garuda). TANDEK, KOTA MARUDU, RABU : Baru sebentar tadi Pihak SAM menyempurnakan agihan bantuan daripada Urban Storm Sdn. Bhd. Kali ini SAM dibantu oleh ahli2 gabungan NGO yang siap siaga menghulurkan bantuan. Operasi bermula di Kg. Damai, Mosolog, Longob, Salimandut, Tongkungon dan berakhir di Kg. Garuda. Bantuan yang diberi dalam bentuk keperluan dapur. Mereka yang menerima adalah golongan daif, warga emas dan terjejas akibat banjir baru2 ini. Operasi ini hanya memakan masa lebih kurang 2 jam kerana semua pihak menepati masa dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Pengajaran yang mungkin boleh kita pelajari dari operasi ini ialah: TIDAK SUSAH MEMBANTU JIKA ADA KEMAHUAN, KEIKHLASAN DAN KETELUSAN SEMUA PIHAK. Nota: Ada antara penerima dalam gambar hanyalah wakil/"agen" yang dilantik dan diamanahkan untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk kampung yang daif dan terjejas banjir.

Alahai Pekan Tandekku - Illie

Melihat gambar-gambar yang dipaparkan oleh sdra Illie dan membaca komen-komen para pengulas jelas sekali desa Tandek,Kota Marudu ini sangat memerlukan suntikan semangat. Pekan Tandek sudah lama pengsan (Belum mati lagi .....masih ada harapan).Sejak bila? Sejak pekan Tandek dipindahkan ke tapak baru.....tapak yang ada sekarang. Agaknya kenapa pekan Tandek jadi begitu? Analisis rambang yang saya buat menunjukkan bahawa dengan meletakkan pekan Tandek diluar laluan jalan besar Kota Marudu-Pitas secara tidak langsung menjadi penyebab.Itu yang pertama. Kedua,pekan Tandek tidak dapat memenuhi keperluan penduduk sekitarnya.Maka orang ramai memilih untuk terus ke Kota Marudu untuk mendapatkan barangan keperluan. Apa yang perlu dibuat? Pertama sekali saya nak tau siapa ketua kampung atau ketua mukim pekan Tandek? Selain MDKM adakah badan atau jawatankuasa tertentu yang mentadbir pekan Tandek? Jika tiada saya rasa jawatankuasa khas perlu diujudkan.Tapi biarlah diisi oleh orang-orang yang tiada kepentingan politik.Biarlah diisi oleh orang-orang yang benar-benar mahu meREVOLUSI kan sekali gus mengEVOLUSIkan pekan Tandek daripada pekan yang pengsan kepada pekan yang segar dan bugar. Kedua,kenalpasti keperluaan masyarakat pekan Tandek dan sekitarnya.Satu kajian atau mungkin bancian taburan penduduk perlu dibuat.Berapa peratuskah golongan tua yang ada disana,atau berapa peratuskah pula golongan remaja dan kanak-kanak.Berapa peratus pula golongan wanita.Kemudian buat pula kajian tentang latar belakang.Apakah aktiviti harian mereka samada mereka ini bekerja dengan kerajaan atau profesional atau petani,nelayan, penternak dan lain-lain. Dengan mengenalpasti taburan penduduk serta latar belakang mereka mudahlah bagi kita untuk mengatur strategi pembangunan mengikut keperluan penduduk.Janganlah membuat pembangunan secara semberono saja seperti kata salah seorang pengulas 'asal ada purijik'. Saya ingin ambil contoh - pembinaan astaka.Untuk apa astaka ini? Apakah ada aktiviti sukan di Tandek? Memang ada baiknya pembinaan astaka itu tetapi kegunaannya agak minimal jika dibanding dengan perpustakaan yang lebih diperlukan oleh para pelajar. Ketiga,kenalpasti apakah hasil keluaran penduduk yang boleh diketengahkan kepada masyarakat luar.Contohnya kraftangan,hasil pertanian dan perikanan atau makanan tradisi. Cari pasaran diluar untuk membantu penduduk sekitar memasarkan hasil keluaran mereka. Keempat,keperluan asas seperti bekalan air paip dan elektrik perlu diperbaiki.Masalah ini bukan di Tandek saja malah hampir seluruh Sabah termasuk Kota Kinabalu sendiri.Kerajaan perlu ambil berat perkara ini kerana ketiadaan bekalan keperluan asas ini tidak memungkinkan ujudnya kilang-kilang pemperosesan makanan dan sebagainya didaerah ini.

Kais pagi makan tengahari....???

Bila membaca tulisan Sangguru "Doktor kampung menjawap (6)" saya sangat tertarik dengan isi tulisan beliau.Istilah "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" memang tak patut dijadikan amalan.Walaupun peribahasa ini sebenarnya merujuk kepada mereka yang hidup dalam kesusahan namun ia biasanya disalah ertikan oleh segolongan insan. Seperti kata Sangguru ada yang tidak mahu berusaha lebih malah sekadar cukup-cukup atau pas-pasan saja sehingga turun temurun.Ada pula yang menganggap ini sebagai zuhud kerana harta yang banyak tak boleh bawa mati. Hakikatnya perubahan harus dibuat.Bermula dalam diri sendiri. Sewaktu kecil saya memang selalu mendengar peribahasa ini.Malah mungkin sudah lumrah sebagai anak guru,saya dibesarkan dengan berbagai peribahasa.Dan seringkali saya diajar supaya berfikir secara kreatif dan kritis.Maka saya selalu bertanya bapa kenapa tidak kita kais pagi makan sebahagiannya pada waktu pagi dan simpan sebahagian lagi untuk petang.Kemudian petang kita kais lagi simpan untuk esok.Kita makan sebahagian yang kita simpan pagi tadi.Keesokan harinya kita kais lagi dan simpan lagi dan begitulah seterusnya hingga simpanan kita menjadi banyak.SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT. Untuk apa menyimpan banyak-banyak? Jawapannya tentulah untuk hari muka.Seperti dalam kisah Nabi Yusuf a.s. tujuh tahun subur diikuti dengan tujuh tahun kemarau maka eloklah kita beringat sebelum tiba masa kemarau itu. Lagi satu sebab ialah jihad.Kalau dulu orang berjihad menggunakan mata pedang sekarang tidak lagi.Tambahan pula pengertian jihad itu sendiri adalah terlalu luas.Meningkatkan ekonomi diri,keluarga dan ummah juga merupakan suatu jihad.Apa salahnya kalau kita tingkatkan taraf hidup bangsa kita supaya tidak terus menerus menjadi bangsa yang meminta-minta. Seperti kata Sangguru dalam tulisan beliau ada kemungkinan dimasa akan datang keadaan akan semakin sukar.Kais dari pagi hingga ke petang belum tentu boleh dapat makanan.Tepat sekali. Malah dizaman kita ini sekarang pun agak sukar.Saingan lebih banyak.Kalau dulu kita sekeluarga boleh kais dimana-mana tempat yang kita rasa ada hasil untuk dikais.Hari ini tempat kita sudah banyak dicerobohi oleh pengkais-pengkais luar.Malah cara mereka mengkais kita sendiri tidak mampu melakukannya.Maka terpinggirlah kita dibumi kaisan kita sendiri.Dan kita tak mahu ini terjadi. Oleh itu revolusi minda transformasi diri....apa kata kita Sambil menyelam minum air dan ambil seberapa banyak khazanah yang tuhan sediakan untuk kita didalam air itu.Cuma jangan pula terlalu rakus hingga membawa padah.Ikut jalan yang lurus.....bagaimana tuan guru?

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (8)

Dalam banyak2 penyakit hati, paling saya takuti ialah riak. Dan saya akui, betapapun saya mengawal diri, saya kerap tergelincir hati walaupun tidak dengan lidah atau tingkah. Kata hukamah, inilah penyakit orang berilmu atau yang ada kelebihan. Bila hati dah riak, timbul takabur. Bila dah takabur lahirlah sombong. Bila dah sombong? Habisss...Inilah asal mula kemurkaan Allah kepada Iblis, bukan? Iblis merasa dirinya hebat banding Adam, maka merasa hina untuk patuh kepada perintah Allah agar dia sujud kepada Adam (walhal Allah cuma menguji Iblis akan kepatuhannya kepada Allah). Simptom utama? Tak terima pandangan orang kerana yakin diri saja betul. Meninggi diri, merendahkan orang lain. Ubatnya? Kalau kita tanya zunun al masiri (waliAllah), dia akan beri kita tempurung untuk jadi peminta sedekah! Maksudnya, latihan jiwa. Disiplin diri. Insafi diri. Kawalan diri. Kecilkan dan rendahkan diri.

Tuesday, January 19, 2010

SAM SALUR SUMBANGAN URBAN STORM (1)

(Gambar: Atas; En. Jod Bungas membantu memungah turun barang sumbangan. Tengah: Penyampaian sumbangan. Bawah: Sanguru mewakili CEO Urban Storm sempat bergambar santai bersama tuan DO) KOTA MARUDU, SABAH, SELASA: Sebentar tadi sempurna penyampaian sumbangan syarikat Urban Storm kepada mangsa pemindahan banjir oleh pihak SAM kepada urusetia banjir yang diterima sendiri oleh Puan Luvita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu. majlis tersebut turut disaksikan oleh En. Heldy, Pen. Pegawai Daerah dan En. Hendrus Anding, Pegawai Kemajuan Rakyat N5 Tandek. Esok SAM akan meneruskan operasi khidmat masyarakat bersama Urban Storm. Ikuti laporan seterusnya.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (7)

Daging busuk boleh dicium, hati busuk siapa boleh cam? -sdr/i boleh cam melalui simptom2 berikut: 1. Tak senang duduk kalau tak aniaya orang. 2. Tak boleh tidur asyik memikir cara aniaya orang. 3. Tak senang hati selagi orang senang. 4. Ketawa kalau tengok orang dapat susah. Serta simptom2 lain yang seumpama dengannya. Bahayakah sakit ini? Uiiii...apa tidak, bahaya kpd diri sendiri, lagi bahaya kepada orang lain. Adakah pandai berjangkit? Sudah tentu kalau kita terpengaruh. Ubatnya? Berkawanlah dengan orang yang BAIK HATI, SUCI NURANI. Demikianlah satu lagi penyakit hati yang bukan senang mau rawat. Tapi perlu dirawat kerana ia boleh melukakan banyak hati...

Monday, January 18, 2010

SAM-UBRAN STORM PRIHATIN

KOTA MARUDU, SABAH, ISNIN: Syarikat Urban Storm dan SAM akan meneruskan khidmat masyarakat sebagai tanda prihatin kepada masyarakat/sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama. CEO Urban Storm baru sahaja menghubungi pihak SAM dan akan menyalurkan bantuan kewangan dan melantik pihak NGO/SAM untuk mengagihkan bantuan tersebut. Pihak SAM telah menghubungi Pegawai Daerah Kota Marudu merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Daerah untuk maksud tersebut. Pihak beliau amat mengalu-alukan sumbangan daripada badan NGO/Syarikat yang prihatin untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan tempatan. Sebahagian dana akan diperuntukkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Komuniti Kota Marudu manakala sebahagian lagi akan diagihkan kepada beberapa keluarga daif yang terjejas di beberapa buah kampung sekitar Tandek. Antara kampung yang bakal menerima sumbangan ialah Kg. Damai, Mosolog, Talantang, Longob, Salimandut, Nolotan, Morion, Garuda dan Tingkalanon. Pihak SAM telah menghubungi individu yang boleh dipercayai di setiap kampung untuk mengenalpasti penerima yang paling layak. Walaupun sumbangan ini tidak sebesar mana tetapi cukup untuk meringankan beban dan menghiburkan hati kaum keluarga yang tersepit dalam bencana banjir yang sedang berlaku. Operasi mengagihkan sumbangan dijangka bermula esok. InsyaAllah. - Tekong SAM.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB...(6)

Penyakit cukup makan satu penyakit yang nampak macam tak bahaya tapi sebenarnya meletakkan bangsa kita dalam BAHAYA! Penyakit inilah yang buat orang kita praktik "kais pagi,makan pagi"...bila dah makan, sambung tidur, mimpi. Alasan? Cukup2 makan saja bah bosss...harta bukan bawa masuk kuburrrr...nanti petang kais lagi... Lalu anak cucu pun ikut perangai bapa mama. Di sekolah, si anak belajar ala kadar. Pas-pas saja. Cukup2 makan...keputusan: C,C,C,C,C...dianggap boleh cari makannn.... Ini penyakit lambat laun buat orang kita TAK ADA MAU DIMAKAN...kerana makin lama, makin susah cari makan. Kais pagi sampai petang pun silap2 tak jumpa makanan. Maka, ubati penyakit ini dengan PIL MAU CEMERLANG...

Saturday, January 16, 2010

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB...(5)

Kita tentu masih ingat cerita tentang anjing, tulang dan bayang2 air. Si anjing yang tamak. Orang tamak, mau ini, mau itu, mau semua, bolot semua, sampai orang lain tak punya apa...orang macam ni tak pandai puas, tak pandai cukup. Kasihannn...kadang2 ia sanggup menyeksa diri sendiri dan orang lain demi memenuhi tamak halobanya. Ia halalkan cara bahkan membelakangkan tata susila. Yang penting dia dapat, yang penting harta pangkatnya bertambah terus bertambah... Ubatnya jangan dicari di hospital atau klinik. Carilah di masjid, gereja atau rumah ibadah yang lain. Berubat kepada guru atau ahli hikmah. Cuba baca2 kitab tentang bahaya tamak, akibat tamak dan cara mengubatnya. Berlatih bersyukur dan mengikat nafus haloba. Dan kalau ada kesempatan, cuba ikuti acara pengkebumian. Tengok apa yang dibawa oleh si mati. Lambat laun penyakit tamak boleh berkurangan.

KEADAAN BANJIR SEMAKIN BURUK

Tandek, Kota Marudu: Sehingga jam 5 petang tadi, laporan daripada beberapa kampung menunjukkan keadaan banjir semakin buruk terutama di Kg. Mosolog, Talantang dan Damai. Paras air turut meningkat di jalan utama Tandek-Pitas dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan2 kecil. Pekan Goshen juga dilanda banjir kedua sekitar jam 4 petang tadi. Pihak TV3 juga memaparkan dalam Buletin Utama bahawa seramai 500 mangsa banjir dipindahkan.

MANGSA BANJIR BELUM DITEMUI

TANDEK, KOTA MARUDU, SABTU : Seorang lelaki mangsa banjir yang dipercayai mati lemas masih belum ditemui sehingga kini. Kejadian tersebut berlaku di Tg.Batu, Tandek, Kota Marudu. Menurut adik mangsa, mangsa dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi sungai berhampiran rumah beliau. Salah seorang anggota polis yang saya hubungi menyatakan bahawa operasi mencari akan disambung esok. SAM mengucapkan takziah dan berdoa agar mangsa segera ditemui.

Friday, January 15, 2010

Sekadar Cadangan Pengurusan Banjir Di Kota Marudu

Kota Marudu dilanda banjir lagi. Persoalan saya, adakah YB, MDKM pihak berwajid sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku? Tahun 2009 menyaksikan Kelantan di antara negeri yang turut terjejas kerana banjir. Banjir yang melanda Kelantan bukan hanya 1 gelombang, bukan 2 dan bukan 3, tapi sebanyak 4 gelombang! Bagaimanapun, dengan sistem pengurusan yang sistematik dan kerjasama semua pihak maka segala urusan berkenaan dengan banjir dapat berjalan dengan lancar sekali. Berikut saya kongsikan sedikit pengalaman-pengalaman saya sebagai Pegawai Data Pusat Operasi Kawalan Banjir Negeri Kelantan: 1. Pastikan Ahli Jawatankuasa Pusat Operasi Kawalan Banjir yang dibentuk itu bersifat praktikal dan melibatkan wakil semua pihak termasuk Ketua-Ketua Kampung. Jadual bertugas dan fungsi setiap peranan perlu diperjelaskan kepada semua ahli. Jangan lupa sediakan senarai petugas gantian sebagai persediaan sekiranya ada petugas yang tidak dapat hadir bertugas. 2. Senaraikan nombor telefon yang perlu dihubungi ketika kecemasan dan telah diedarkan kepada semua yang berkenaan termasuk wakil setiap kampung. Nombor telefon wakil bagi setiap kampung juga perlu sentiasa ada di dalam bilik operasi, khususnya kampung-kampung yang berisiko terjejas banjir. 3. Wujudkan portal e-banjir. Tuan/puan boleh melihat contohnya di http://ebanjir.kelantan.gov.my/ . Dalam portal ini terkandung semua data berkenaan dengan bajir. Pihak berwajib perlu memberikan latihan penggunaan portal tersebut kepada yang terlibat terlebih dahulu. 4. Pastikan pusat pemindahan itu selesa, bersih dan selamat. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti jangkitan penyakit dan yang sewaktu dengannya. 5. Yang tidak kurang pentingnya adalah, pastikan tindakan pencegahan banjir telah dilakukan. Antaranya adalah meninggikan jalan-jalan yang rendah seperti di simpang Damai-Tandek-Pekan KM, mendalamkan sungai-sungai yang cetek, membersihkan longkang tersumbat, mengawal aktiviti pembalakan dan yang seumpama dengannya. 6. Cukuplah tu. Ya, saya tahu bahawa bencana banjir di Kota Marudu tidaklah seteruk di sini, tapi tidak salah kita membuat persediaan awal. Persediaan yang lebih efisien dan profesional. Tidaklah terkejar-kejar nanti apabila tiba-tiba banjir yang kecil menjadi lebih besar. Bak kata pepatah, sediakan bidan sebelum beranak sediakan payung sebelum hujan. Tuan/puan, revolusi dalam perkara ini perlu dituntaskan segera! Jangan tunggu rumah sendiri tenggalam dulu baru mau bertindak!

Sumber: http://revolusimarudu.blogspot.com

BANJIR MELANDA LAGI

Kota Marudu, 15.01.2010: Sekali lagi Daerah Kota Marudu di landa banjir. Hujan yang turun tanpa henti selama 3 hari menyebabkan banjir berlaku. Memang ramai yang menjangkakan yang banjir ini akan berlaku tanpa tidaklah secepat ini. Dan tempat yang berlaku merupakan antara kawasan yang agak tinggi. Sebelum ini kawasan ini adalah antara yang paling akhir akan dinaiki air tapi kali ini, kawasan pertama dikawasan pekan.
Melihat kepada senario ini, SAM berharap agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan masalah ini. Perparitan kawasan pekan mestilah diselanggarkan dengan sebaik-baiknya. Biarlah air itu mempunyai laluan yang lancar dan tidak tersekat.

ORANG BUKIT MAU JALAN BAIK PUNYA...

Belum pun surut banjir di rumah saya, timbul lagi permintaan "aki tagibang" pasal masalah jalan raya di pedalaman Tandek, KM. SAM amat prihatin dan sekian lama mengerti permasalahan ini. Dan saya dah lama punya idea untuk selesaikan perkara ini, maka malam ini saya kongsikan.. Harap para pemimpin ada masa jengok2 SAM, baca masalah rakyat dan teliti saranan2 yang mana praktikal dan sesuai. Di perbukitan sana, ada beberapa sekolah rendah misalnya SK Magandai, SK Tagibang, SK Gana, SK Koromoko, dll. Guru2nya ada yg dapat elaun pedalaman RM1500-1000. Dalam sebulan, jumlah elaun mencapai ratusan ribu. Dlm 1 tahun jutaan ringgit ringgit kerajaan bayar insentif untuk "jaga hati dan kebajikan" guru2 gara2 kesengsaraan bertugas di sekolah2 ini. Dalam 5 tahun, kalau diguna untuk bina jalan aspal, boleh selesai 1 kampung. Jika pendekatan ini digunapakai, masalah perhubungan di perbukitan boleh selesai dalam 10-15 tahun. Saya berani jamin! Dengan syarat formula ini benar2 diikut dan yang dapat kontrak memang ikut spek kerja. Kalau masalah ni selesai, kerajaan tak perlu lagi beri elaun pedalaman. Guru2 tak ada masalah bertugas jauh jika perhubungan selesa. Kerajaan boleh jimat dana. Masalah selesai. Rakyat senang, kerajaan susah dikalahkan. DS Najib, cuba renung sejenak idea orang kampung ini...

BANJIR LAGI DI TNG 3

(Gambar: Banjir melanda Taman TNG 3. Rumah sanguru antara mangsa.) Setiap tahun beginilah nasib kami di Taman Perumahan ni. Selalunya saya SMS DS Dr. Maximus dan DO, kali ni saya papar dalam SAM. Dulu KM tiada SAM, kini KM ada media alternatif rakyat. Ada ketikanya, rakyat lebih puas hati mengadu pada media. Kami dituntut bayar cukai pintu. Servis yang sepatutnya kami tidak perolehi. Yang ada semak samun, longkang sumbat, sampah dan yang terbaru - AIR BANJIR. Kepada pihak JKR/kerajaan, Majlis Daerah KM dan para pemimpin, tiap tahun begini apakah masih perlu diadu setiap kali banjir? Setidak2nya, buatlah persiapan awal. Bersihkan longkang tepi jalan besar. Bersihkan longkang dalam taman. Arah yang berkaitan buat kerja. Ini tugas tuan/puan. Jangan kecil hati kalau saya bersuara. Saya setiausaha persatuan taman ini. Tugas saya mewakili para penghuni taman yang memang tak puas hati.

"13 Januari"

Bertemu kembali untuk seketika. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun yang pertama kepada SAM. Tanggal "13 Januari" memang amat bermakna buat diriku. Ini kerana, hari tersebut bukan sahaja kelahiran "SAM" tetapi "Sam". Dua perkataan yang bunyinya sama tetapi hakikatnya adalah berbeza. "Kebetulan"... perkataan inilah yang selalu kita dengar apabila berhadapan dengan situasi yang seperti ini. Tapi bagiNya, setiap sesuatu yang berlaku itu tersembunyi hikmah yang mesti kita fikirkan. Jangankan volcano yang meletus, dua butir pasir yang bergeser di dasar lautan pun ada hikmahnya yang perlu diselongkar oleh mereka yang bijak menggunakan akal fikiran. berceramah pula aku. Apa salahnya kan, sepatutnya perjuangan yang sedang kita lalui sekarang semakin mendekatkan diri kita kepadaNya. Bukan semakin menjauh . Sebelum wujudnya Sam terasa dunia ini agak sunyi. Sebelum wujudnya SAM seolah-olah Marudu menyimpan pemuda/i pondan yang bacul. Sebelum wujudnya Sam/SAM permata-permata bangsa kelihatan agak malap kilauannya. Kini, setelah SAM menyambut kelahirannya yang ke 1 tahun dan Sam pula untuk yang ke 26 tahun... segalanya telah berubah. Tiada lagi kesunyian. Rupa-rupanya Marudu dibanjiri pemuda/i yang memiliki hati umpama kepingan-kepingan besi. Dan, kilauan Permata Bangsanya semakin hebat. Inilah sebahagian makna "13 Januari" bagiku. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, siapakah SAM dan siapa pula Sam? Ketahuilah oleh kalian bahawa, "SAM" adalah medan perjuanganku, sementara "Sam" adalah isteriku sayapnya. Mana mungkin aku boleh lupakan SAM. Jauh sekali Sam, permaisuriku dunia dan akhirat. Jalan terus SAM!

INI PEJABAT APA?

Ada siapa2 yang boleh bagi tahu ini pejabat apa? dan siapakah tuannya?...lokasinya di belakang SMK Tandek dan dikawasan ladang kelapa sawit.

ALAHAI PEKAN TANDEK KU......

PEMANDANGAN DI KAKI LIMA KEDAI PEKAN TANDEK~~~macam biasa juga bah BANGUNAN ASTAKA PEKAN TANDEK YANG ROBOH~~~di bina semula??? mmmm.... MANA PERGINYA PEKERJA2 PEMBINAAN INI?~oppsss..diurang rehat makan bah tuan.. JANGAN BUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT~~by:MDKM PENGGUNJUNG SETIA PEKAN TANDEK~~~jalan teruss NAIK TARAF PADANG PEKAN TANDEK?? INILAH KEADAAN PADANG PEKAN TANDEK SETELAH DI NAIK TARAF~~~yukkkk!! P/S: gambar2 ini saya ambil pada bulan oktober 2009..jika ada sebarang perubahan daripada gambar diatas,sila buat ulasan.

MARUDU MULAI BANJIR

Oleh: En. Androd Sadian, Pen. Kanan Pentadbiran, SMK Tandek. (Kenyataan Rasmi Khas Untuk Pelajar Terjejas Banjir). Beberapa kawasan di sekitar Kota Marudu dan Tandek mulai mengalami banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini. Saya sempat mengambil gambar di simpang Jalan Tandek-Damai yang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Ini menyebabkan hubungan beberapa kampung terputus dan mengakibatkan ramai pelajar SMK Tandek (dan SMK Bandau) tidak dapat hadir ke sekolah. Entry ini sebahagian daripada tugas rasmi dan bukannya memblog masa berkerja. Sebagai pentadbir di sekolah ini (SMK TANDEK), saya ingin memaklumkan kepada semua pelajar agar berwaspada, jaga keselamatan dan kesihatan semasa banjir. Jika anda terlibat dengan banjir, jangan risau, berehatlah di rumah, ulangkaji pelajaran dan TULIS SURAT kepada guru kelas anda untuk tujuan rekod. Anggap ini arahan rasmi dari pentadbiran SMK Tandek.

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB...(4)

Siapa tak pernah rasa cemburu angkat tangan. Wahhh....bos, bos tak normal atau bos sudah mencapai tingkat kesufian yang amat tinggi sehingga bos nda peduli sudah dengan apa2 di dunia ini? Cemburu itu dicipta untuk memberi energy dalaman untuk berjaya, berhijrah dan berkerja lebih keras. Tidak sia2 Tuhan mencipta sifat ini. Bayangkan kalau manusia langsung tiada "cemburu". Ada kemajuan kah tiada? Ada dua situasi cemburu yang berbeza. 1st: A cemburu pada B kerana B punya hasil padi 10 tan, maka A lipat gandakan usaha taninya tanpa menjatuhkan si B, bahkan mencontohi apa yang baik dari si B. 2nd: B cemburu kerana hasil padi si A mengatasinya, lalu si B cari jalan meningkatkan produktivitinya sambil mensabotaj si A, atau si B memfokus daya usahanya untuk memufliskan si A. Contoh yang diberi bukan susah nak jumpa. Ada ketikanya kita menjadi "A"...mungkin juga sedang menjadi "B"?. Waduhhhh... Nah, cemburu adalah satu lagi "penyakit" hati. Lagi payah merawat dari penyakit suka marah2. penyakit ini ada baik ada buruknya. Kalau penyakit ini berada di hati orang baik, baiklah akibatnya kerana ia boleh MEMOTIVASIKAN HATI dan menghasilkan BUDAYA SAING yang sihat walafiat...

Thursday, January 14, 2010

TAKLIMAT PROGRAM CLUSTER PLASMA DAN SPIN OFF PROJEK PENANAMAN JATROPHA

Simbolik Penyerahan Baja Organik kepada wakil peserta oleh Dr Baharum Ismail
Simbolik Penyerahan Benih Pokok Jarak atau Jatropha
Penyerahan MoU antara Alam Widuri Sdn Bhd dengan Elham Enterprise
Wakil dari Elham Enterprise menandatangani MoU
Wakil dari Alam Widuri menandatangi MoU
KOTA MARUDU, 14/01/2010: Pengenalan dan penjelasan berkaitan dengan Jatropha telah disampaikan oleh Dr Baharum Ismail, Senior Principal Engineer Sirim semasa merasmikan Taklimat Program Cluster Plasma dan Spin Off Projek Penanaman Jatropha di Mini Dewan Kg. Timbang Batu 2, petang tadi.
Rata2 peserta yang mengikuti taklimat ini amat tertarik dengan program ini. Penanaman Jatropha yang hanya dalam tempoh setahun saja, tuaian pertama sudah diperolehi akan mampu memberi pendapatan yang lumayan. Selain itu, hasil daripada tuaian itu akan dibeli oleh Alam Widuri. Peserta tidak perlu risau kerana pihak Alam Widuri akan memberi pinjaman dalam bentuk baja organik dan benih. Peserta hanya perlu menyediakan tapak atau kawasan penanaman.
Bimbingan berterusan akan diberikan oleh Elham Enterprise selaku pelaksana projek ini di daerah ini. Menurut salah seorang wakil Elham Enterprise, Puan Zakiah, pihaknya akan mengadakan kursus penanaman dan penjagaan Jatropha pada masa terdekat ini. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi beliau melalui H/P: 0198702919 atau pun wakil Elham Enterprise di Pekan Kota Marudu.

TEKUN OH TEKUN

Seperti yang saya ceritakan dalam entri saya yang lalu...masalah menggaji pekerja asing cuba sedaya upaya saya atasi.Iklan demi iklan saya keluarkan dimana-mana...dari tampal menampal dinding kedai sampailah kedalam blog SAM.....semuanya kerana ingin mencari pekerja tempatan. Agak ramai juga yang datang untuk ditemuduga tetapi sayangnya 70% yang hadir adalah pemegang kad IMM13 (pelarian filipina) manakala 29.9% adalah warga TEMPATAN ????@@!! TEMPATAN ????@@!!......saya ragu..... Mereka ada Mykad.Selaku orang awam sukar bagi saya untuk membezakan antara yang palsu dengan yang asli.Namun sebagai ORANG ASLI Sabah....saya boleh cam dengan mudah WAJAH-WAJAH ORANG ASLI Sabah ini......hmm. Apa cara saya....temuduga guna bahasa dusun kalau dia mengaku dari suku dusun....Nokuro tu mad ko timur ko...dusun ko gam owo....atau guna bahasa bajau jika dia mengaku bajau....jomo minggo kam tu? Kota Belud? Bana tek....bara ku kam tu bugis.... Kerana terdesak....timbul idea dalam kepala otak saya yang kian tumpul ini untuk membuka Outlet Makanan Melayu yang ala-ala KFC atau McD gitu....saya yakin kedai makanan melayu era baru ini akan lebih menarik remaja tempatan untuk bekerja kerana suasananya lebih glamour. Idea ini saya turunkan atas kertas dan bawa berjumpa dengan pegawai TEKUN.Borang permohonan pinjaman segera diberikan pada saya disamping khidmat nasihat yang sangat berguna.Terima kasih banyak kepada pegawai TEKUN NASIONAL yang benar-benar tekun berkhidmat."Jangan lupa puan minta recommendation dari mana-mana Ketua Bahagian UMNO....permohonan puan ini kira ok semua ni sudah lengkap....cuma tandatangan dari Ketua Bahagian itu saja lagi yang diperlukan". Dengan senang hati saya pun menghubungi seorang hamba Allah ini yang merupakan Ketua Bahagian dan juga Timbalan Pengerusi TEKUN NASIONAL seluruh Malaysia(Besar pangkat ini orang asli Sabah dalam TEKUN).Dalam hati saya berfikir tentu beliau tidak ada masalah untuk menandatangani borang yang telah saya lengkapkan ini tambahan pula suami saya adalah ahli UMNO Bahagian ini. Saya menghantar borang ke pejabat beliau...."Dia tiada sini sekarang tau...tunggu 1 minggu la aahh...nanti dia datang dia sain laitu".Lepas seminggu...saya dikejutkan dengan berita ini... "alaa sek...minta maaflah banyak2 aahh...dia inda mau sain tau...dia bilang ini kedai bukan dalam kawasan dia bah...dia bilang dia tidak kira apa fahaman politik atau apa bangsa tetap dia tolong kalau dalam kawasan dia....tapi kedai kau di KK kan inda termasuk dalam kawasan dia...." ???@@@@!!!!.....itu kedai kah yang mengundi sama dia atau tuan punya kedai? Saya rasa itu kedai tidak pandai menulis itu....bukan kah? Itu pemilik kedai yang mengundi dalam Bahagian dia dan menetap tinggal dalam Bahagian ini.Adehhh.....tidak kira fahaman politik kah atau main politik sudah ini.....apa macam bumiputra mau maju kalau begini.....

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (SIRI 3)

Sebelum memakai nama timangan "sanguru", hmm, buleh2 juga pemarahnya yang menulis artikel ini. Sampai sekarang pun, kadang2...boleh tahan jugalah! Dan itulah yang sedaya upaya saya elakkan, sebab kalau dah marah sangat - JALAN TERUSS saja... Apa ubatnya? Yang ni rasanya tiada jual di klinik ACS milik Dr. Nelson. Kalau ada pun berupa nasihat dan panduan saja. Mungkin sama dengan apa yang akan saya kemukakan. Ya, hanya tazkiratul yang telah mengubah diri saya. Prosesnya agak rumit dan "secret" . Dipendekkan cerita, melalui proses2 tertentu, kita boleh beroleh KESABARAN dan KETENANGAN. Intipatinya agama dan Tuhan. Itulah yang akhirnya boleh mengawal dan menasihati kita jangan asyik marah2 dan panas baran. Itulah juga yang boleh memadamkan jika tercetus api kemarahan. Demikianlah penyakit pemarah ni paling bahaya kerana apinya bukan setakat membakar orang tetapi juga diri sendiri. Prinsip "slow2 tompinai" mungkin ubat paling simple yang mampu dimiliki sesiapa? Harap2lah...

Wednesday, January 13, 2010

1234 & 9434....????

Mungkin ada yang tertanya-tanya..ini nombor apa?..bagi anda yang gemar tikam nombor,saya bagi tahu awal2 ini bukanlah nombor ramalan untuk special draw.Sebenarnya maksud nombor pada entri ini ialah jumlah keseluruhan entri post dan komen dalam blog SAM selama setahun sejak 13/1/2009 sehinggalah 13/1/2010. Dalam masa setahun ada 1,234 entri telah dipost oleh penulis2 SAM yang meliputi pelbagai cerita dan dalam masa yang sama entri2 ini telah dikomen oleh pembaca sebanyak 9,434 ulasan.Saya rasa ini adalah 1 jumlah yang terlalu banyak bagi mana2 blog yang baru setahun kewujudannya.Terima kasih kepada semua warga penulis yang terlibat juga kepada semua pengulas termasuklah ANONYMOUS. Setakat hari ini 13/1/2010,entri yang paling laris macam goreng pisang panas2 ialah entri yang telah dibuat oleh sdr.DINAKAN pada 6/7/2009 yang bertajuk:
IDEA MENAMBAH KEMAJUAN KOTA MARUDU MELALUI TAMBAHAN PARLIMEN DAN ADUN Kota Marudu merupakan sebuah daerah yang berpotensi untuk dibangunkan menjelang Rancangan Malaysia Ke-10 atau RMK-10, ini kerana kesesuaian lokasi dan kedudukan geografinya yang terletak ditengah-tengah utara sabah. Iaitu, dikelilingi oleh Daerah Pitas, Daerah Kudat, Daerah Kota Belud mahupun Daerah Ranau. Keluasan Kota Marudu adalah sama dengan Negeri Kedah dan Perlis. Oleh itu, pada pandangan saya jika sesiapapun dipilih menjadi wakil rakyat berdasarkan keluasan daerah ini, semestinya tidak dapat memajukan daerah ini sampai bila-bila pun. (Ianya ibarat, seorang Ibu tunggal susah membersihkan atau menjaga kawasan tanah peninggalan sang suami seluas 50 ekar seorang diri melainkan dibahagi-bahagikan kawasan tanah kepada anak-anaknya untuk dijaga tanpa perlu mengupah orang lain) Namun begitu, bagaimana agaknya jika ditambah bilangan wakil rakyat dari Daerah Kota Marudu dengan cara membahagikan kawasan tetentu kepada beberapa Zon. Contohnya, Parlimen dipecahkan kepada 3 Bahagian dan ADUN dipecahkan kepada 5 Bahagian. (sedia ada 1 Parlimen dan 2 ADUN) Bagi saya, cara ini sebenarnya dapat memberi manfaat kepada kemajuan Daerah Kota Marudu pada masa akan datang. Kerana dalam banyak-banyak perkara, isu seperti ini rasanya tidak pernah terlintas difikiran atau dibincangkan atau dicadangkan sesiapa. Justeru, adalah wajar jika kita usulkan idea ini. Saya percaya pelbagai pihak sebenarnya mempunyai berbagai-bagai pandangan berhubung perkara ini. Tapi, tak salah jika kita belajar berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara.
Entri ini telah mendapat 118 ulasan.

ULANG TAHUN PERTAMA SAM...

Oleh: Sanguru http://yomogun.blogspot.com
HARI ini genap setahun SAM. Dalam usia setahun SAM, banyak isu telah kami paparkan dan telah diambil tindakan oleh pihak berkenaan. Banyak juga maklumat dan pengetahuan am yang pasti berguna kepada kami dan kita.
Sempena ulang tahun ini, saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua rakan dalam SAM yang begitu komited dan ikhlas. Kepada para pembaca SAM, kami amat menghargai kunjungan tuan-puan, sdr/i.
SAM akan terus melangkah ke hadapan kerana masih banyak perkara baik boleh dibuat di hadapan sana. Banyak halangan dan hambatan jua bakan menanti namun berpegang kepada prinsip "Blog Untuk Masyarakat" SAM akan terus menerus menjadi media alternatif masyarakat khususnya di daerah Kota Marudu. Kami yakin, dengan sokongan sdr/i, SAM tetap unggul dan Blog Bersekutu No.1 di Malaysia...

ULANG TAHUN PERTAMA SUARA ANAK MARUDU (SAM)

Blog SUARA ANAK MARUDU (SAM) telah ditubuhkan pada 13hb januari 2009 oleh kumpulan penulis blog yang aktif disekitar daerah Kota Marudu.Dengan penubuhan blog SAM ini,maka lahirlah sebuah blog bersekutu yang pertama di Malaysia.Meskipun penubuhannya baru setahun jagung,namun kesan daripada tertubuhnya blog ini dapat kita lihat di Kota Marudu.Sempena dengan ulangtahun pertama blog SAM,saya selaku admin blog ini ingin berkongsi semula sejarah awal penubuhan blog ini seterusnya entri-entri terdahulu blog yang saya kira mendapat liputan meluas dan mendapat perhatian dari pihak kerajaan.

Anggap saja entri2 ini adalah hadiah SAM kepada pembaca2 yang baru saja mengetahui kewujudan blog ini.Saya akan pilih entri bermula dari sejarah penubuhan blog SAM.

HARI INI DALAM SEJARAH SAM by: IsOn ( 14/10/2009) Anak2 Marudu (Daerah2 sekitar Teluk Marudu) mula bergiat lebih aktif dalam dunia blog sekitar pertengahan tahun 2008 (sebelum itu pun sudah ada, tetapi bersifat persendirian dan tidak begitu menonjol). Antara pemblog (blogger) yang paling menonjol pada ketika itu ialah saudara Androd Sadian @ Mohd. Redza Abdullah (Sanguru) melalui blog beliau yang dinamakan sanguru.com (kini dikenali sebagai Sahabat Rakyat). Pada bulan Oktober 2008, di blog sanguru.com, bermulalah perbincangan maya tentang cadangan mewujudkan kumpulan bloggers Marudu. Kebanyakan bloggers Marudu sudah memikirkan untuk mewujudkan bloggers group, tetapi cadangan secara nyata mula dikemukakan oleh saudara Muhd. Umar Sarimal (Umar) di ruang komen salah satu posting Sanguru, dan turut menggelar Sanguru, 'Raja Blog' Marudu. Saudara Lebon Botong @ Nazri Abdullah (Aldusuni) kemudian menggesa Sanguru untuk melaksanakan cadangan penubuhan kumpulan tersebut dengan segera, tetapi Sanguru meminta supaya ditangguhkan dahulu bagi memberi ruang bloggers Marudu yang lain mengemukakan pendapat dan cadangan. Akhirnya pada bulan Januari 2009, perbincangan maya tentang penubuhan kumpulan bloggers Marudu semakin rancak di ruang chatbox blog Sanguru. Orang2 yang terlibat dalam perbincangan awal tersebut ialah Sanguru sendiri, Jaymon Musit (Illie), Aldusuni, Umar, Justina Tuyundo (Nong), Jalimik Sawatan (Little Mike), Dr. Nellson Maisin (Ison), dan Srixon. Saudara Illie telah mengesyorkan nama kumpulan bloggers tersebut sebagai Kimaragang Bloggers kerana kebanyakan bloggers yang bergiat aktif pada ketika itu berbangsa Dusun Kimaragang. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh saudara Srixon kerana beliau bukan orang Kimaragang. Oleh itu Sanguru mencadangkan agar nama Marudu Bloggers digunakan. Atas persetujuan bersama, Marudu Bloggers kemudian ditukar nama kepada Suara Anak Marudu (SAM), manakala url blog tersebut ialah marudubloggers.blogspot.com. Saudara Aldusuni pula mengesyorkan Sanguru dilantik sebagai Tekong (ketua) dan telah dipersetujui oleh rakan2 yang lain. Atas usahasama Sanguru dan Illie (yang berada di Kyoto Jepun), blog Suara Anak Marudu (SAM) telah siap dibina dan beroperasi dengan secara rasminya pada 13 Januari 2009. Sanguru telah postkan artikel pertama bertajuk BICARA BERSEJARAH: Dari Meja Ketua Pengarang yang menyingkap serba ringkas dan umum tentang penubuhan SAM dan tujuan penubuhannya. Ahli2 (para penulis) SAM yang mula2 sekali ialah Sanguru, Illie, Aldusuni, Umar, Ison, Little Mike, dan Nong. Saudara Srixon tidak tersenarai sebagai ahli (penulis) kerana hanya bergiat aktif sebagai pengomen blog, dan tidak mempunyai blog sendiri yang boleh dinilai. Selepas itu usaha untuk mencari penulis tambahan SAM telah dilakukan. Akhirnya beberapa rakan bloggers lagi telah dipilih. Mereka ialah Lim Fong Ming (Ming), Lt. M. Muslie Jaffar (Mus), Carl Martin Albert (Carl), Kee Ros Kee Hj. Jalil (Kyro), Jurayina Mabin (Mimie), Jesvi Taising (Tompinai), Clement Sawatan (Lem), dan Azirul Jikal (Azirul). Kemudian disusuli pula oleh Navies Maisin (Mogoron), Nelly Mosorod (Elly), Ismail Aspar (Dinakan), Jasni Maidul (Tulunbunou), dan yang terkini ialah saudara Ridwan Yaakub (Ridwan). Kini Bloggers lain yang bukan ahli tetap SAM juga dialu-alukan menyumbang artikel sebagai penulis tamu setelah melalui tapisan khas. Menyingkap sedikit sejarah utara.fm. Pada mulanya saudara Illie selaku main administrator SAM telah memuatkan link ponet.fm (radio online pitasonline.net). Walau bagaimanapun link tersebut tidak mendapat perhatian yang meluas kerana tidak begitu dikenali samada oleh pembaca wahupun ahli2 SAM sendiri. Oleh itu atas inisiatif saudara Aldusuni, satu pertemuan bersejarah antara ponet.fm dengan SAM telah diadakan pada 4 Julai 2009 di Dataran Bengkoka. SAM telah diwakili oleh Sanguru, Aldusuni, dan Dinakan. Sementara ponet.fm diwakili oleh Rumputt, 911, Siput, Kupang, Wady, Gerbangpitas, dan Kroniquecurl. Hasil daripada pertemuan tersebut, maka lahirlah Komuniti (maya) Utara Sabah (KUSNET) sebagai ganti pitasonline.net (PONET) dan atas cadangan Sanguru, ponet.fm telah dijenamakan semula menjadi utara.fm. Atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Gabungan NGO Sabah juga, utara.fm telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sempena Majlis Jasamu Dikenang anjuran NGO Sabah di Lohan Rest House, Ranau pada 25 Julai 2009 sebagai radio rasmi gabungan NGO Sabah. Hubungan yang erat di antara SAM dan KUSNET begitu ketara dalam utara.fm kerana beberapa penulis SAM juga merupakan DJ dan penggiat utama utara.fm, iaitu DJAldusuni, Illie (DJLugu), DJNong, DJTom, DJLittleMike, dan Ridwan (DJBatman). Tekong KUSNET ialah saudara Mohd. Jasni Ahmad Shukri (DJRumputt), manakala Sanguru pula telah dilantik sebagai penasihat KUSNET. Melalui kerjasama SAM dan KUSNET dalam utara.fm, satu rekod siaran secara langsung selama 48 jam telah berjaya dilakukan pada 14-16 Ogos 2009 di Hotel Marudu Inn. Selepas itu utara.fm terus berkembang maju sebagai radio online SAM, KUSNET dan juga sebagai radio rasmi gabungan NGO Sabah. Selaras dengan perkembangan KUSNET yang semakin mendapat tempat seluruh warga Sabah, KUSNET pula kini ditukar nama kepada Komuniti (maya) Utara Borneo atau lebih dikenali dengan nama KUBNET. Pada 10-11 Oktober 2009, setelah setahun idea penubuhan SAM, telah berlangsung pertemuan di antara ahli2 SAM dan utara.fm, bersama pembaca SAM dan pendengar utara.fm. Program dimulakan dengan Majlis Makan Malam di Hotel Marudu Inn dan Restoran Singgah Hati, Kota Marudu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Anita Baranting, Ahli DUN N. 5 Tandek, selaku tetamu istimewa. Pada pagi 11.10.09, mesyuarat SAM secara nyata yang pertama telah berjaya diadakan. Sehingga artikel ini siap ditulis, ahli2 SAM yang rasmi (mengikut nama pena masing2) ialah; Sanguru, Illie, Aldusuni, Umar, Ison, Littel Mike, Nong, Ming, Mimie, Mus, Carl, Kyro, Tompinai, Lem, Azirul, Mogoron, Elly, Dinakan, Tulunbunou, dan Ridwan. Sila klik nama pena masing2 untuk terus ke blog peribadi para penulis SAM. Logo SAM seperti yang tertera di header blog merupakan hasil ciptaan saudara Mus yang telah memenangi peraduan mencipta logo SAM di awal penubuhan SAM. Secara ringkasnya logo melambangkan permuafakatan dan kerjasama erat di antara ahli2 SAM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang suku kaum, anutan agama, ideologi politik, dan sosio-ekonomi, dengan semangat cintakan Marudu dan Sabah khususnya, dan Malaysia amnya, memaparkan suara anak2 Marudu dengan penuh informatif, secara kreatif, dan memperjuangkannya dengan prinsip berani kerana benar. Nota: Sejarah rasmi SAM. PEKAN TANDEK..Hidup Segan Mati Tak Mahu by: NONG (3/2/2009)
Sumber Gambar : Rozan Muralang http://muralang76jr.blogspot.com

Dewan Serbaguna Ibarat 'RUMAH BERHANTU'
Tandas Dewan yang begitu uzur dan menakutkan dengan hutan belukar yang tumbuh meliar.

Bekas pasar tempat menjual sayur kini tinggal tunggul. Entah ke mana melayangnya bumbung segala.

Rumput panjang menyaingi bangunan

Deretan kedai yang sunyi dan gersang
Ditambah lagi dengan longgokan sampah yang mencacatkan pandangan. Bertali arus keadaan yang menimpa Pekan Tandek ini. Betul-betul SADIS..

SAM begitu terpanggil untuk menyuarakan nasib Pekan Tandek ini. Big thanks to Rozan Muralang kerana membenarkan copy & paste gambar ini dari blog beliau untuk santapan mata, minda dan hati kita semua. Sudah puluhan tahun telah berlalu, keadaan Pekan Tandek tidak jauh berubah, malah semakin TERUK tak terusai. Lihat saja pada gambar2 di atas. Ini bukan gambar yang diambil tahun lalu atau beberapa bulan yang lalu. Ini gambar terkini wajah Pekan Tandek. KENAPA harus berkeadaan begini? Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, tetapi Pekan Tandek masih dibelenggu oleh jajahan 'keterbiaran'. Lalu kita sebagai anak watan Tandek harus menunding jari pada siapa? Salahkah kita bila kita bangkit keluar menyeru dan menyuarakan agar kita dibawa keluar dari jajahan ini?

LONGKANG PERLU SEGERA DIBAIKI by: IsOn (23/3/2009) KOTA MARUDU: Semalam (Ahad, 23 Mac 2009), saya bersama isteri dan anak2 balik melawat keluarga di kampung. Kami singgah di kedai More Change sekejap untuk membeli beberapa keperluan dapur. Hanya isteri saya dan anak sulung kami yang masuk kedai, sementara saya dan anak bungsu kami menunggu dalam kereta.
Sementara mata saya menyelinap suasana sekitar pekan Kota Marudu, mata saya terhenti pada keadaan longkang berdekatan dengan kereta yang saya bawa. Saya turun dari kereta dan sempat mengambil gambar menggunakan HP Sony Ericsson W890i.
Melihat keadaan longkang tersebut, rasanya sudah agak lama ia dalam keadaan begitu. Saya memikirkan keadaan tersebut perlu diambil tindakan segera sebab keadaan2 yang mungkin boleh terjadi akibat keadaan longkang tersebut adalah seperti berikut;
1. 'Kemudahan' orang untuk buang sampah.
2. Membahayakan orang ramai, terutamanya kanak2 kalau termasuk dalam longkang tersebut.
3. Penutup simen yang patah dan sampah2 di atasnya bakal menutup laluan air longkang, dan seterusnya menyebabkan pembiakan kuman, nyamuk dan segala sekutu mereka.
4. Kalau hujan lebat, kamu kira air longkang akan mengalir ke mana?
5. Tayar kereta kalau termasuk dalam lubang tu, macam mana?
6. Sekurang2nya pun tak sedaplah mata memandang. Tempat yang menjadi tumpuan orang lagi tu.
Saya bukannya nak menyibuk sangat, tapi kepada mereka yang berkenaan tu, takkanlah simen dua biji penutup longkang tu pun tak boleh bikin? Berapa sen saja peruntukan yang kena guna untuk baiki penutup longkang tu berbanding kerosakan yang bakal berlaku akibat keadaan longkang tersebut. Takkanlah dalam 365 hari, satu hari pun tidak ada masa untuk baiki longkang tersebut. Masa untuk minum kopi banyak pula? Berjam2 di kedai kopi. Rujuk artikel ini untuk mengetahui Fungsi2 Majlis Daerah.
SECAWAN KOPI... by: SANGURU ( 21/4/2009)
"LURUS VS BENGKOK..." Oleh: SANGURU
Agak lama tidak menulis secawan kopi, tapi bukan bermakna tidak ke kedai kopi menemui rakan-rakan untuk berkongsi cerita dan maklumat. Baru-baru ini topik perbualan mengenai KEBANTUTAN projek "Design and Build" jalan raya Tandek-Longob. Ada yang kata, itu akibat kedegilan pemilik tanah tidak membenarkan tanah mereka didirikan jalan raya baru beraspal. Ada pula yang kata; " bukan, itu akibat KELICIKAN pihak kontraktor bersekongkol dengan pihak dan individu tertentu..." Saya teruja untuk mengetahui cerita sebenar, kerana sepertimana rakyat Tandek yang lain, saya juga sekian lama mengidamkan jalan raya yang ada standard. Jalan tingkalanon-Longob-Mosolog inilah yang pernah saya gunakan berulang-alik dari kg. Tingkalanon - Mosolog untuk mengerjakan "botung" (sawah) di Mosolog di zaman kanak-kanak saya, dan jalan ini jugalah yang menghubungkan kaum kerabat kita seantero/sekeliling Tandek... Saya pendekkan cerita. Setelah menemui pemilik tanah yang berkaitan, rupa-rupanya: PEMILIK TANAH TIDAK ADA HALANGAN JALAN BARU DIBINA DI ATAS TANAH MEREKA kerana sejak tahun 1968, "Road Reserve" sudah diwarta di atas geran tanah mereka. Yang menyatakan mereka membantah adalah kumpulan tertentu yang MUNGKIN bersekongkol dengan pihak kontraktor. Berbagai cara pihak tertentu ini gunakan termasuk mesyuarat AJKK yang tidak pun melibatkan pemilik tanah sebenar. Ahli mesyuarat ini bukan pihak yang berkenaan untuk menyatakan bantahan. Tentu sdr/i pembaca bertanya mengapa? Jawapannya mudah: Dengan menyatakan pemilik-pemilik tanah itu membantah maka adalah alasan pihak tertentu untuk tidak perlu membina jalan baru yang ikut perancangan awal pihak JKR (sejak tahun 1968), memadailah mereka mengaspal jalan kampung sedia ada yang bengkang-bengkok. Tentu ini SANGAT MENGUNTUNGKAN! (Cuba kira berapa kos yang boleh dijimatkan oleh pihak berkenaan yang akan masuk ke dalam poket sebagai UNTUNG TAMBAHAN). Individu dalaman kampung serta rakan-rakannya pula tentulah ada ALASAN munasabah/menguntungkan untuk membantu pihak berkenaan. LICIK! Saya juga ada melihat berbagai surat daripada berbagai pihak yang cuba untuk MENGHALALKN permainan ini. Juga surat bantahan daripada pihak pemilik tanah terhadap PENIPUAN pihak tertentu yang secara tidak langsung memburukkan nama mereka, seolah-olah mereka ANTI PEMBANGUNAN KERAJAAN. Bila saya baca semua dokumen-dokumen dan mendengar cerita sebenar, hati saya berbaur rasa sedih, marah, geram, "gerigitan"...lantas, dengan kapasiti yang saya ada sebagai individu biasa, saya segera mengatur tindakan, nasihat dan pandangan. Saya berharap KEBENARAN dapat ditegakkan. Sdr/i boleh membantu dengan MENYEBARLUASKAN fakta sebenar. Ingat, dana besar sudah diperuntukkan kerajaan pusat, kita berhak mendapat jalan raya standard JKR. Yang LURUS mengapa mesti dibengkok-bengkokkan??? Mengapa mesti risau. Saya katakan yang benar dan berasaskan bukti. Lagi pula, kita mahu membantu KERAJAAN. Jika agensi/pihak pelaksana tidak mengikuti spesifikasi kerja/ perancangan pihak kerajaan/agensi kerajaan, bukankah ini merugikan wang negara/rakyat, merugikan rakyat (khususnya N5 tandek)...DAN MENJEJASKAN IMEJ KERAJAAN. Nota: Kiranya DS Najib Tun Razak/YB2/Menteri2/Individu yang berouthoriti membaca PENDEDAHAN ini, harap dapat arahkan pihak yang berkenaan menyiasat dan membetulkan keadaan. Terima kasih DS. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pemilik tanah, antaranya: 1. En. Kadir Shamsuddin, 0138528115 (Kg. Nolotan) 2. En. Dinson Gaul, 0195313374 (Kg. Nolotan/Salimandut) 3. En. Saibon Apalan,0198319523 (Kg. Tingkalanon)
SECAWAN KOPI...SETONGKOL JAGUNG by: SANGURU ( 22/4/2009 )
"SUDAH MULAI LURUS TAPI..." Oleh: Tekong SAM
Adesss, lain sikit tajuk ini kali. Secawan kopi setongkol jagung. Ada sebabbb....sebabnya, petang kelmarin kami AJK Persatuan Penderma Darah Malaysia, PERDARAH (Cawangan Kota Marudu) membuat kunjungan hormat kepada penaung kami iaitu Puan Lovita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu. Dr. Nelson tak dapat datang atas tugas khas, demikian juga Dr. Zyrod (Pengarah Hospital Kota Marudu) juga tak dapat hadir kerana ada "operation" pesakit. Tuan Do jamu kami dengan minuman panas dan jagung manis...
Saya tidak mahulah cerita panjang pasal DARAH, saya mau sambung cerita pasal JALAN (Jalan Tandek-Longob) yang masih lintang-pukang. Seusainya sessi pertemuan PERDARAH, saya segera mempengerusikan pertemuan khas antara pemilik-pemilik tanah yang dikatakan PENENTANG JALAN dengan Tuan DO. Sebenarnya....sayalah bah konon yang mengatur agar pertemuan itu dapat dijayakan, itupun kerana Tuan DO memang prihatin, terbuka dan mahu mendengar masalah sebenar.
Nah, apa lagi...keluarlah segala macam geran, surat-menyurat, salinan pelan induk JKR dan lain-lain dokumen yang boleh membuka pekung yang selama ini ditutup. Tuan Do pun senyum-senyum (sinis) dan geleng-geleng kepala. "Aik, ada sudah bah pula surat daripada JKR KK agar jalan dibina mengikut plan asal JKR yang dulu-dulu..." katanya bila melihat salinan surat daripada HQ JKR. "kasi saya salinankah..." katanya. "Tuan ambillah salinan pelan induk ini, dan semua salinan surat menyurat yang berkaitan," kata En. Saibon.
"Kami geram bah bila pihak lain yang bermesyuarat untuk membantah bagi pihak kami. Itulah pasal kontraktor bilang konon pemilik-pemilik tanah membantah, maka kami terpaksalah ikut jalan lama yang bengkok-bengkok. Mana boleh begitu bah kan tuan," ujar En. Kadir Shamsudin pula. Do senyum-senyum saja.
"Bah, tuan Dinson...apa cerita di lokasi tuan? Ceritakan pada tuan DO," kata saya sebagai pemudahcara.
"Saya juga tidak pernah membantah jika jalan dibina/diaspal mengikut plan asal JKR, pihak kontraktor sengaja mau "adjust" jalan untuk elak rumah saya. Mereka sesuka hati pancang sana, pancang sini, tidak pernah saya dibawa berunding dan tidak pernah diberi notis/makluman. Main rogol saja..." ujar En. Dinson.
"Hmm, tak boleh begitu...ada prosedur bah itu," tukas Tuan DO.
"Jika pihak kontraktor meneruskan rancangan mereka sekarang, ini bermakna rumah saya pun terjejas (tapi tidak dibayar pampasan kerana kononnya terkeluar dari reserve jalan (20 meter kiri), dan sawah saya juga (20 meter kanan). Sedangkan jika ikut pelan asal JKR, hanya rumah saya yang kena..." sambung En. Dinson lagi.
Banyak lagilah cerita tapi saya ini malas bercerita panjang-panjang. Yang pendek-pendek itu pun, kalau pembaca faham dan empati, sudah memadai untuk mendedahkan kepincangan. Komen saya simple: kalau dah tau yang LURUS itu lebih BAIK , bahhh...kasi LURUS lah bah balik apa yang BENGKOK...Belum terlambat untuk menjernihkan yang keruh, belum terlambat meluruskan yang bengkok...jangan memandang rendah keupayaan para pejuang kampungan ini. Bak kata pegawai saya (dalam army dulu), JANGAN PANDANG RENDAH KEUPAYAAN MUSUH ANDA, WALAUPUN YANG TELAH CEDERA...
Nota: Lembut cara saya ini sekarang, tapi ingat...saya juga ada REKOD main KERAS. Seperti yang Mr. Navies (mogoron) cakap, orang Tandek bukan buduh (bodoh), orang Tandek ramai cendikiawan, cuma BANGSA KIMARAGANG ini bangsa yang lampau SENTIMENTAL, BAIK HATI, TOLERANSI....tapi ingat...MOYANG SAYA/KITA AKI TUMUNDA, tahukah anda mengapa Pihak Inggeris memberi beliau pangkat "PANGLIMA"? , panjang ceritanya. Mau tau lebih lanjut, layari http://suarabangsa-sanguru.blogspot.com/. (Periksa entry tentang Aki Tumunda).
BAGAIMANA, ADAKAH SETAKAT MEMBACA CERITA SAYA?
LAKUKAN SESUATU!...
MENGAPA TERGAMAK MENZALIMI PEMBAYAR CUKAI DI TANDEK? by: Mogoron (23/4/2009) Hujung pangkal projek menaik taraf jalan pembalakan Tandek - Longob saya tidak arif dan tulisan ini sekadar respon kepada apa yang SANGURU paparkan dan pengulas-pengulasnya di blog SAM. Menggunakan kaedah ilmu matematik atau ilmu kira-kira atau ilmu hisab saya terpanggil untuk mencelah di ruangan maya ini. Dalam cabang ilmu yang disebutkan tadi, ada kaedah penyelesaian masalah matematik dengan pendekatan ANDAIKAN (siapa yang ada ambil matematik peringkat SPM mesti faham). Oleh itu saya mengandaikan 20,000 orang penduduk layak mengundi di Kawasan N5 Tandek. Kampung-kampung sekitar Tandek sahaja boleh diandaikan jumlah penduduk yang layak mengundi adalah kira-kira 14,000 orang atau 70% daripada jumlah keseluruhan. Jangan lupa selain ada kuasa mengundi mereka juga pembayar cukai. Cukai perniagaan, cukai pendapatan, cukai tanah dan lain-lain cukai. Andaikan 14,000 orang itu membayar cukai tanah sahaja sebanyak RM10 seorang setahun selama 40 tahun jumlahnya adalah sebanyak RM5.6 JUTA. Kalau dicampur lain-lain cukai dalam tempoh itu tidak mustahil 14,000 orang boleh memberi cukai paling tidak RM20 juta. Tandek juga sinonim dengan gelaran RAKYAT TERMISKIN DI MALAYSIA, namun di dalam kemiskinan masih boleh menjana sumber dana kepada kerajaan. Kami penduduk Tandek juga adalah PEMBAYAR CUKAI! Kerajaan yang memerintah telah diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan pembangunan di tempat mereka. Selain daripada undi, rakyat juga menyokong kerajaan dengan setia membayar cukai. Mereka yang tinggal di sepanjang jalan Tandek - Longob juga tidak terkecuali membayar cukai. Sudah sekian lama, mata rakyat di sepanjang jalan tersebut memandang kekayaan hutan Tandek diangkut keluar dengan rakusnya saban hari hampir 30 tahun. Dalam tempoh itu juga apa yang mereka dapat hanyalah debu yang membawa sesak nafas dan pelbagai penyakit sampingan. Syukur akhirnya kerajaan prihatin mengembalikan cukai rakyat Tandek dengan menaik tarafkan jalan pembalakan Tandek - Longob. Saya andaikan tulisan SANGURU itu benar. Persoalannya mengapa ada pihak tergamak memperbodohkan kerajaan dengan mengenepikan plan sebenar pembaikan jalan tersebut? MENGAPA PEMBAYAR CUKAI TANDEK DIZALIMI? Wang peruntukan belasan juta(?) itu adalah wang rakyat dalam bentuk cukai yang dibayar setiap tahun. Saya andaikan kerajaan sudah mengambil kira kos bahan binaan, kos pengangkutan, kos pampasan dan kos upah kontraktor ketika menyediakan peruntukan. Dalam kes ini saya andaikan ada pihak yang mahu mengambil kos pampasan. Itulah sebabnya barangkali pemilik tanah dituduh, kononnya memberi masalah dan membantah dengan keras kerja melurus jalan di tanah mereka. Sekadar renungan bersama kepada yang berkenaan jika seagama dengan saya, berikut dua petikan daripada bible. Lebih baik penghasilan sedikit disertai kebenaran, daripada penghasilan banyak tanpa keadilan. (Amsal 16: 8) Harta benda yang diperoleh dengan kefasikan tidak berguna, tetapi kebenaran menyelamatkan dari maut.(Amsal 10: 2) Jika pihak berkenaan tidak seagama dengan saya, Sanguru dan rakan SAM lain mungkin dapat memberikan petikan daripada kitab suci mereka sebagai renungan. Perkembangan moden membolehkan kita meneliti kampung halaman dari atas. Terima kasih kepada Google Maps kerana memberi gambar satelite pada resolution yang tinggi bagi kawasan Tandek. Untuk tatapan bersama berikut adalah gambar yang diperkatakan oleh Sanguru. Nota: Hindarkan kezaliman, tingkatkan kebajikan kepada rakyat Tandek secara khusus. LURUSKAN YANG BENGKOK...by:SANGURU ( 7/5/2009) "BACA DULU SEBELUM CAKAP..." Oleh: Tekong SAM Syukurlah isu Jalan Tandek-Longob sudah mendapat perhatian banyak pihak dan ada usaha murni ke arah penyelesaian yang diambil oleh pihak yang berkenaan, khususnya Tuan Pegawai Daerah yang telah beberapa kali mengatur sesi pertemuan antara pihak kontraktor dengan pihak pemilik tanah (yang dikatakan membantah tapi sebenarnya tidak...). Hari Jumaat ini (8.5.2009) ada lagi pertemuan. Usaha siapakah ini kalau bukan usaha/bantuan Saya bagi pihak SAM dan ngo? Diharap ada kesepakatan dan kejayaan kelak. Saya secara individu dan selaku NGO (Pengerusi gabungan beberapa ngo Sabah) dan anak watan Tandek yang menyokong kerajaan, sekadar ingin membantu ke arah kebaikan rakyat dan kerajaan. Saya sebagaimana orang ramai hanya inginkan jalan yang ikut plan, ikut piawaian, selamat dan menguntungkan pengguna. Kerajaan sudah keluarkan budget secukupnya, hanya barangkali sistem penyampaian yang ada kebocoran? Sedikit menyedihkan apabila ada individu tertentu yang melontarkan tuduhan melulu bahawasanya saya menyebut secara jelas nama-nama "orang besar" dalam artikel-artikel dalam blog saya. Untuk makluman, SAM (Suara Anak Marudu) bukan blog peribadi saya. Jadi secara perundangannya, dan sebagaimana "Amanat Tekong" yang sentiasa terpamer dalam blog ini, setiap penulis bertanggungjawab dan boleh dipertenggungjawabkan dalam artikel masing-masing. SAM sebuah blog yang beretika yakni tidak menggunakan nama samaran sebaliknya menjelaskan identiti sebenar, dan kami punya etika penulisan yang jelas, dan setakat ini, saya berani memberi jaminan bahawa secara perundangannya, tidak ada satu pun artikel dalam SAM yang menyalahi etika penulisan. Jadi kami di SAM tidak takut untuk bertanggungjawab. Jika dibandingkan dengan mana-mana blog lain, SAM cukup berhemah dan tidak melontarkan tuduhan-tuduhan, tohmahan-tomahan atau fitnah-fitnah membabi buta. Bila saya tulis "jalan bengkok" memang jalan itu bengkok tidak seperti plan asal JKR ruj: DP771983. Bila saya kata pemilik tanah tidak membantah, mereka memang tidak membantah. Bila saya katakan budgetnya RM18 juta lebih, memang saya ada nampak sendiri dokumen berkenaan. Bila saya kata ada individu tertentu di kampung berkenaan "masuk campur" memang saya ada nampak surat-surat yang membuktikan. Saya ingin tegaskan: saya bukan malaikat tapi saya bukan syaitan atau manusia hipokrit. Hmm, Kami (SAM) neutral. Kami sokong kebaikan dan kebenaran. Bila kami "menyibuk" bukan kerana mencari populariti atau mencari untung. Dan...SAM juga bukan didalangi oleh mana-mana parti politik baik parti kerajaan atau parti pembangkang. Jelas? Individu yang berkenaan saya nasihatkan agar melayari SAM, baca semua artikel saya dan rakan-rakan sebelum membuat pertuduhan atau sebelum "marah". Janganlah cepat melatah dan mendengar suara sumbang daripada orang lain. "BACA DULU SEBELUM CAKAP...". Mengapa mesti mengelabah jika kita di pihak yang benar? Jika ANDA benar, KAMI (SAM) di sisi anda. Namun jika anda BENGKOK (misalnya), tugas SAM untuk membantu MELURUSKANNYA. Saya ulangi - MEMBANTU. Salahkah kami membantu? Cuba tanya Datuk Seri Najib Tun Razak, salahkah mana-mana rakyat membantu kerajaan? Bukankah : "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"? Kepada semua penulis SAM: Teruskan menulis berdasarkan fakta dengan cara yang kita sepakati. Maafkanlah sesiapapun yang tersilap tafsir, tersalah dengar. Tugas kita menulis, tugas mereka membaca dan berfikir... Tandek TUMBANG ? by: Aldusuni (1/6/2009) = Aldusuni adalah bekas penulis SAM
http://nazri-suaramualaf.blogspot.com '' Lensa Minda ''
Siapa yang wajar dipersalahkan dalam hal ini ? Apa hikmah di sebalik kejadian ini ? para pembaca tentu punya pandangan dan jawaban tersendiri...
Petang tadi, lensa minda bergegas melihat sendiri kejadian bangunan astaka pekan Tandek yang ROBOH. Bersama Tikung SAM, kami datang melihat sendiri kebenaran di sebalik ROBOHnya projek mega untuk Tandek.. dan inilah hasilnya ...
Astaka pekan Tandek yang sedang dalam pembinaan, ROBOH minggu lalu. Kenapa ia ROBOH ? Masyarakat setempat perlukan jawaban...
Fikirlah sendiri ... REBAH DI BUMI TANDEK by: IsON ( 2/6/2009 ) Kenapa Projek pembinaan Astaka Pekan Tandek rebah sebelum mampu dirasai sumbangannya? Mungkin memang Tuhan sengaja izinkan begitu kerana segala kemudahan di pekan Tandek selama ini pun bukannya berguna sangat kepada penduduk setempat. Masih segar di ingatan kita saasambatan yang dilaungkan oleh teman2 sedikit waktu yang lalu, "Hanya monsimong yang menghuni kawasan pekan Tandek!" Apabila ada masalah seperti ini berlaku amat mudah untuk kita menunding jari kepada para kontraktor. Seperti juga projek mega jalan Tandek-Longob, kerakusan kontraktor dipersalahkan. Apa2 pun pasti kontraktor yang kena duluan. Padanlah kepada kontraktor yang memang hisap darah rakyat. Namun sementara kesalahan tampaknya lebih berat kepada kontraktor, mari kita melihat lebih ke dalam masalah yang timbul ini. Baca selanjutnya... ASTAKA PADANG TANDEK : DIBINA SEMULA by: TOMPINAI ( 2/6/2009 ) Tandek : Pembinaan semula astaka padang Tandek akan dibuat. Astaka yang baru saja dalam proses pembinaan telah runtuh tanpa sebarang sebab yang diketahui. Menurut seorang penduduk pekan Tandek, kejadian tersebut berlaku pada 3o mei 2009. Tidak ramai yang sedar akan kejadian ini kerana ia berlaku semasa cuti hujung minggu. Kejadian ini hanya samapi ke pengetahuan pihak yang berkenaan pada hari Isnin. Wartawan SAM yang telah berkerja ke tempat kejadian telah menghubungi Pejabat Daerah untuk memaklumkan perkara tersebut. Pegawai Daerah Kota Marudu telah menghubungi pemaju berkenaan dan pemaju tersebut telah berjanji untuk membina semula astaka tersebut. Pegawai Daerah berharap supaya semua pihak dapat bersabar dan memberi ruang kepada pemaju tersebut untuk membina semula astaka tersebut. SAM NAIK TARAF ? ............................ ???by: ming2elly (8/6/2009)
surat yang telah dihantarkan kepada Tuan D.O Kota Marudu. sehingga kini masih belum ada perkembangan...
papan tanda projek ini yang telah dilaksanakan pada tahun ini...
overview... dewan atau balairaya ini?
tandas yang telah di naik taraf? dimana lantai jubin ?
keadaan tandas dewan ini hampir sama seperti sebelumnya...
pengadu juga memaklumkan bahawa, sepatutnya bumbung tandas ini juga harus ditukar kepada bumbung jenis "SPANDEX"
antara tiang penyokong bumbung yang telah ada rekahan pada struktur kayu tersebut...
tiang penyokong ini nampak kukuh, tetapi sebenarnya telah ada rekahan yang amat ketara, di gambar mungkin tidak nampak rekahan ini...
salah satu pintu dewan yang ada...
kunci pada pintu ini juga telah rosak... masih dalam keadaan sebegini selepas naik taraf...
naik taraf atau turun taraf ?
keadaan lantai yang telah di naik taraf?
kotak fius... tidak ada sambungan dari kabel elektrik yang sah. hanya seperti satu pameran sahaja kotak fius ini... penduduk kampung yang menggunakan dewan ini pada waktu malam terpaksa menyambung bekalan elektrik dari rumah yang terdekat, tidak kah ini membahayakan?
kipas angin elektrik ada.. tapi kalau sambungan kuasa elektrik tidak ada, apa lah gunanya kipas angin ini ?
overview saluran paip ke tandas, kalau tidak ada air, apalah guna tandas ini?
keadaan paip salur ke tandas ini telah bocor dan patah...
Ini adalah keadaan dewan Kg Kandawayon yang telah dinaik taraf baru- baru ini, dan penduduk kampung amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memberikan peruntukan untuk dewan ini. cuma yang penduduk kampung agak terkilan ialah, cara projek naik taraf ini dilaksanakan. seperti melepaskan batuk di tangga, projek ini dilaksanakan tidak 100 % menuruti arahan seperti dalam nama atau title projek naik taraf tersebut. Tandas - paip tidak disambung dengan betul dan tidak ditanam dengan sebaiknya, mengakibatkan bekalan air terputus ke tandas. malahan, lantai tands juga tidak dipasang dengan jubin. bumbung tandas juga hanya digantikan dengan zink biasa sahaja. Lantai Dewan - lantai dewan juga masih berlubang serta tidak rata. Kipas Angin & Elektrik - kipas angin yang dipasang tidak berfungsi, akibat tidak adanya penyambungan elektrik oleh kontraktor, jadi buat apalah kipas angin elektrik ini ??? bekalan elektrik terpaksa disambung dari rumah berdekatan untuk majlis perkahwinan di dewan ini minggu lepas. yang ada pada dewan ini, cuma kotak fius sahaja. Penyokong Bumbung - kayu penyokong bumbung juga telah wujud rekahan. dan rekahan tersebut berlaku pada beberapa tiang yang ada. penduduk kampung risau jika struktur penyokong bumbung ini tidak tahan dan runtuh ! Pihak pengadu, iaitu En. Jackson Modusik ( Ketua Pemuda PBS Kg. Kandawayon ) telah menghantar surat bertajuk " MEMOHON TINJAUN TUAN PEGAWAI SENDIRI PROJEK MENAIKTARAF DEWAN KG. KANDAWAYON DARAT, KOTA MARUDU OLEH PEMBORONG ST " dan lebih menyedihkan beliau ialah, ketika beliau menghantar surat ini kepada receptionist di Pejabat Daerah, receptionist tersebut telah menjawab " buat apa kamu komplen-komplen ini ? apa kamu dapat ? " dan En. Jackson telah menjawab dengan " kami bukannya mau komplen, tapi kami mahu projek ini dibuat dengan baik untuk kegunaan orang kampung juga, kami minta tolong tuan D.O sendiri datang tengok, sama ada betul atau tidak cara projek ini dilaksanakan... " " tidak tahu lah jika surat tersebut sampai atau tidak kepada Tuan D.O ... " kata En. Jackson ketika berbual dengan saya... dan dari pertanyaan saya kepada orang - orang kampung, mereka juga terkilan dengan cara dewan ini dibuat dan dinaik tarafkan. hanya setahun lebih saja usia dewan ini. Malah penduduk kampung juga tertanya - tanya... " kenapa dewan kampung yang lain cantik dan teguh binaannya... ??? " Sebelum ini, pernah sudah berlaku projek yang dilaksanakan tidak mengikut piawaian dari title projek tersebut, ketika itu naik taraf jalanraya kampung dari gravel ke aspalt... di bahagian hujung kampung yang menjadi jalan untuk orang - orang kampung ke kebun mereka dan jalan hubungan ke kampung berdekatan. Penduduk kampung cuma mahukan projek yang dilaksanakan mengikut title dan dibuat dengan baik untuk kegunaan orang - orang kampung. Mereka juga amat bersyukur & berterima kasih kerana adanya bantuan dari kerajaan untuk menaik tarafkan infrastruktur yang ada di kampung. Harapan penduduk kampung agar dewan ini mendapat perhatian dari pihak - pihak berkuasa / kerajaan agar ianya dapat dibaik pulih dengan baik. DATUK MAX: BAPA INTERNET KOTA MARUDU DAN MALAYSIA by: TOMPINAI (17/6/2009) PROJEK DITERIMA BAIK OLEH KOMUNITI
KOTA KINABALU: Pusat Infosti@mosti yang diperkenalkan bagi tujuan memudahkan orang ramai mendapatkan akses kepada pelbagai maklumat menerusi kemudahan internet, mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan komuniti sejak projek pertama pusat itu dilancarkan di Kota Marudu Februari lepas. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili semasa menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan itu berkata sejak dilancarkan kira-kira 800 orang sudah dilatih supaya celik komputer, dan 2000 dikenal pasti sebagai pengguna tetap kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan di Kota Marudu. " Infosti@mosti membolehkan komuniti memilih akses dan memahami potensi pelbagai teknologi, produk serta perkhidmatan yang disediakan kerajaan, industri dan pasaran dunia" menurutnya dalam satu kenyataan kepada Bernama. " Selain menyediakan akses kepada perkhidmatan online kerajaan, infosti@mosti juga merupakan pusat nasihat online bagi pelbagai maklumat berkaitan teknologi baru dalam bidang-bidang seperti pertanian, industri, e-commerce dan e-services," katanya. Beliau berkata projek infosti@mosti yang disasar bagi meningkatkan kadar celik komputer di kalangan komuniti luar bandar itu juga akan membantu usaha menangani masalah digital divide dalam negara. Ongkili berkata tiga lagi pusat Infosti@Mosti akan dibangunkan di Pekan (Pahang), Pagoh (Johor) dan Terengganu, dan menurutnya sebuah lagi baru saja siap dibangunkan di Petrajaya, Sawarak. Beliau berkata sekiranya semua pusat ini menunjukkan kejayaan yang cukup memberangsangkan, pihaknya merancang untuk menubuhkan lebih banyak pusat itu di bawah rancangan Malaysia ke-10. Sementera itu, Ongkili berkata Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta syarikat pembekal infrastruktur internet Red Tone yang terbabit dalam projek infosti@mosti itu, merancang untuk berkerjasama dengan Telekom Malaysia dan MIMOS untuk membangunkan kemudahan internet tanpa wayar di Kota Marudu. - Bernama
Sumber: Daily Express 14 Jun 2009 ( Ahad ) Nota: Tahniah Datuk kerana kejayaan memperkenalkan penggunaan internet secara aktif. Adalah menjadi harapan perancangan untuk menjadikan Daerah Kota Marudu sebagai pusat internet tanpa wayar akan berjaya dilaksanakan. Kejayaan ini nanti akan memberi peluang kepada setiap warga kota marudu untuk menerokai dunia luar dan seterusnya dapat mencari peluang atau mempelajari cara memajukan diri dan memajukan ekonomi daerah amnya. Dengan capaian internet yang baik juga, warga Kota Marudu akan lebih mudah menyampaikan permasalahan mereka kepada pihak-pihak berkenan. Kecelikan dalam penggunaan ICT ini juga akan menjadikan Daerah Kota Marudu, daerah berteknologi. Salam SAM. LAGI PROJEK BERMASALAH!!!.. by: NONG (19/6/2009)
Dari kiri; Nong, Pengerusi JKKK Kg.Gorontung, Tekong SAM (Sanguru) & Ming.
sementara Tompinai dan Mrs.Elly Ming mengambil gambar.
Mungkin ramai yang masih belum mengetahui akan cerita tentang keruntuhan jambatan gantung Kg.Gorontung Kota Marudu yang sedang dalam pembinaan.
Apabila mengetahui cerita ini dari SMS seorang pembaca setia SAM, saya telah menghubungi Tekong SAM iaitu Sanguru akan berita ini untuk diteliti lebih lanjut bagi mengelakkan salah faham/salah maklumat.
Mulanya cerita mengatakan jambatan gantung yang runtuh itu bertempat di Kg.Timbang Batu. Namun bila menjejaki tempat itu, jambatan gantung tidak pula runtuh.Rupa-rupanya jambatan gantung yang runtuh itu tidak jauh dari Kg.Timbang Batu, iaitu di Kg.Gorontung.
Ahli SAM yang disertai oleh Sanguru, Tompinai, Ming & Nong bertekad untuk mencari tempat tersebut dalam gelap untuk mengelakkan nama baik SAM tercemar.Walaupun beberapa kali sesat dalam operasi mencari tapak tersebut, akhirnya kami berjaya juga.Yang begitu indah untuk diingat, ketika Sanguru turun dari kereta untuk tumpang tanya dari penduduk kampung, ngam-ngam pula yang kami terjumpa itu adalah Pengerusi JKKK Kg.Gorontung En.Majinau Mijin yang kemudiannya mengiringi kami ke tapak tersebut.
Yang pasti menurut Pengerusi JKKK, pihak kontraktor iaitu Pn.Julitah Dalinsi tidak akan melanjutkan pembinaan jambatan gantung tersebut atas pelbagai alasan...lalu wajarkah demikian????...
Ikuti sambungan artikel ini esok...
NOTA: Pihak SAM memohon maaf kerana paparan gambar tidak memuaskan. Gambar itu hanya untuk tatapan permulaan.Gambar yang lebih jelas akan diambil esok ketika siang dan akan dipaparkan di sini.
N5 TANDEK: SATU LAGI PROJEK "RUNTUH"...by:SANGURU (19/6/2009) Satu lagi projek tergendala di bumi Marudu... "FAKTOR ALAM, MANUSIA ATAU KEJURUTERAAN?..." Oleh: Tekong SAM Tandek, Kota Marudu, Jumaat : Kelmarin petang saya dan staf SAM yang lain menerima maklumat bahawa ada jambatan gantung yang sedang dalam pembinaan runtuh di Timbang Batu. Saya telah menceritakan perkara ini kepada Tuan DO, dan sebagaimana biasanya, beliau proaktif. Malangnya, tidak ada jambatan gantung baru yang runtuh di Kg. Timbang Batu, demikian kata Tuan DO yang menelefon saya dari lokasi. Kerana tidak berpuas hati (seolah-olah pihak SAM memberi maklumat palsu kepada pihak berkenaan) maka wartawan SAM (Ming & Isteri, Nong, Tompinai dan saya) telah mencari jambatan yang dimaksudkan pada malam itu juga. Kami terpaksa membelah kegelapan malam di sekitar Kg. Gorontung dan Timbang Batu untuk mencari jambatan gantung yang dimaksudkan. Setelah sesat beberapa kali dan setelah mendapat petunjuk jalan daripada penduduk kampung yang kami temui akhirnya....kami berjaya menjejaki jambatan gantung yang dimaksudkan, itupun dengan bantuan Pengerusi AJKKK Kg. Gorontung, En. Majinau Mijin dan tukang/pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan. Menurut pengerusi AJKKK, pihak mereka mahu projek jambatan gantung itu diteruskan kerana bukan masalah "keporosan tanah" yang menyebabkan jambatan gantung itu runtuh. Kenyataan beliau ini disokong oleh tukang yang terlibat secara langsung dalam projek ini. Menurut tukang, kelemahan projek ini ialah dari segi "aspek design/ kejuruteraan" yang berkemungkinan gagal menampung bebanan yang berat. Ini kerana jambatan gantung ini berskala besar/panjang iaitu lebih kurang 70 kaki. Beban yang berat inilah yang menyebabkan "anchor" pada pangkal jambatan tercabut, dan bukannya "faktor tanah". Demikian maklumat yang diberikan oleh pihak tukang yang ditemui. Menurut pengerusi AJKKK lagi, pihak mereka yang mengajukan permohonan ini dan berharap pihak yang berkenaan tidak membenarkan pihak kontraktor menghentikan kerja pembinaan begitu sahaja kerana ini akan merugikan pihak rakyat (penduduk kampung) dan juga pihak kerajaan. Tindakan SAM seterusnya ialah mengajukan "penemuan" edisi siasat ini kepada Tuan Pegawai Daerah pada malam itu juga. Tuan DO berjanji akan melawat lokasi atau menghantar juruteknik untuk memeriksa. Inilah yang sepatutnya kerana pihak SAM hanya "perakam peristiwa/ sejarah. Pihak yang berkenaanlah yang empunya tugas untuk menyiasat dan menilai yang sebenarnya.". Harapan SAM agar semua menjadi baik, betul dan LURUS semula...
Dari kiri : nong, Pengerusi AJKKK, Tekong & Ming kabel lebih besar daripada "anchor"
keadaan "anchor" yang dimaksudkan.
Tekong dengan AJKKK Kg. Goruntung.
(Nota: Gambar-gambar yang berkaitan akan dimasukkan oleh wartawan SAM yang ada mengambil gambar. Harap maklum). CUKAI OH CUKAI...by:SANGURU (29/6/2009)
(Gambar: Sebahagian daripada penduduk kampung yang berbaris panjang untuk membayar wang bantahan dan menyerahkan borang bantahan di Kaunter MDKM. Setiap satu bantahan, satu borang dan RM5. - Penulis) "BELUM KENA MASANYA...KAMPUNG MASIH DAIF, RAKYAT MASIH MISKIN..." - Oleh: Tekong SAM

Kota Marudu, Sabah: Para penduduk sekitar pekan kecil tandek khususnya kampung Tondig dan Kg. Tingkalanon serta penduduk kg. Bunsadan dan Kg. Lotong , merasa amat kecewa dan marah dengan tindakan pihak Majlis Berkuasa Tempatan (Majllis Daerah Kota Marudu) melalui syarikat yang dilantik yang berusaha ke arah pemungutan cukai tanah dan cukai pintu. Alasan yang diberikan kepada penduduk kampung, kawasan mereka termasuk dalam zon perbandaran!

Majoriti penduduk kampung yang ditemui menyatakan rasa kesal kerana bagi mereka, tindakan pihak berkenaan TERLALU AWAL kerana walaupun kampung-kampung berkenaan telah diwartakan sebagai "kawasan perbandaran" namun hakikatnya, kampung-kampung berkenaan masih mundur dan langsung tidak menerima sebarang perkhidmatan daripada pihak berkuasa tempatan. Beberapa orang pekedai di pekan Tandek juga memberikan komen sinis, "sedangkan kawasan kedai pun MDKM tidak dapat beri perkhidmatan, inikan pula di kampung-kampung. Bikin susah rakyat saja! Mau duit rakyat saja!" Saya telah mengemukakan isu ini kepada Pn. Luvita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu dan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili, Ahli Parlimen P168 Kota Marudu. Menurut pegawai daerah, ia hanya perancangan awal dan pihak MDKM masih memerlukan kajian dan makllumbalas daripada penduduk yang terlibat. Datuk Dr. Maximus pula menyatakan bahawasanya pihak yang terlibat tidak perlu gusar kerana keputusan menguatkuasakan cukai terletak di tangan ahli majlis. Beliau memberikan contoh Kg. Bunsadan, yang terletak berhampiran dengan pekan Kota Marudu, sehingga kini belum dicukai, kerana mendapat tentangan yang bersepadu. Apa yang mengecewakan ialah tindakan pihak yang berkenaan membuat taksiran sesuka hati, misalnya keluasan tanah tidak sama dengan keluasan sebenar atas geran, pondok belakang rumah pun dianggap sebagai bangunan, harga rumah lebih tinggi daripada nilai sebenar dan sebagainya. Walaupun pihak berkenaan memberi peluang membantah, namun setiap bantahan dikenakan caj RM5.00 (tidak dikembalikan). Maksudnya, jika penduduk kampung ada tiga bantahan, kena bayar RM15.00 dan sebagainya. Menurut salah seorang pembatah yang ditemui, tindakan seumpama ini dianggapnya sebagai "licik". Bayangkan berapa jumlah kutipan batahan yang diperolehi oleh pihak berkenaan. "Kalau saya tidak bantah, maka taksiran yang salah itu akan dikuatkuasakan, sedangkan ini salah mereka sendiri", demikian komen penduduk kampung yang diajukan pertanyaan. "Berapa banyak mereka dapat kutip wang bantahan rakyat? Ke mana wang itu nanti?" demikian pertanyaan penduduk kampung yang lain. Saya juga telah mengemukakan perkara ini kepada pihak yang berkenaan agar diambil perhatian serius. Saya juga dimaklumkan oleh para penduduk yang terlibat, bahawa mereka akan membuat satu memorendum bantahan beramai-ramai dan akan diajukan kepada semua pihak yang berkaitan. "Mungkin ini saja caranya kami dapat menghalang tindak tanduk pihak yang cuba menindas rakyat..." kata salah seorang kakitangan kerajaan yang turut merasa dirinya dan masyarakatnya teraniaya oleh tindakan tergesa-gesa dan kurang prihatin pihak berkenaan.
CUKAI OH CUKAI....part II by: ILLIE (29/6/2009) Apakah orang2 kampung diharuskan membayar cukai kepada MDKM sedangkan pihak MDKM tidak menjalankan kerja2 mereka?Atas alasan apa penduduk2 kampung berhampiran pekan Tandek diharuskan membayar cukai sedang pekan Tandek tidak terurus dan tidak berfungsi? RENTETAN CADANGAN IDEA DINAKAN by: DINAKAN (8/7/2009) Pertama sekali syabas dan tahniah kepada semua pembaca dan pengunjung blog SAM yang mula mendapat tempat dikalangan masyarakat kita pada masa kini. Namun begitu, kecenderungan komen yang pelbagai dalam artikel saya merupakan sesuatu yang menarik dan saya suka dengan ulasan orang yang sukar d kesan identitinya. Komen sebegini sebenarnya menunjukkan masyarakat kita semakin matang dalam sesuatu hal. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua. Disini, ingin saya jelaskan rentetan maksud idea tesebut untuk kita kongsi bersama serta dibahaskan jika perlu. 1. Perkataan 'CADANGAN' adalah membawa maksud mengutarakan, mengusulkan atau perlu dibincangkan dan bukan bermaksud 'TELAH DIPERSETUJUI atau DITERIMA atau TELAH DIBUAT'. 2. Kota Marudu sebuah daerah kecil, miskin dan mundur. Oleh itu, tidak semestinya ada seorang pemimpin sahaja menyuarakan perubahan dan kemajuan tidak diiktiraf sumbangannya. Ini kerana, pemimpin ini adalah yang dipilih, dihormati serta disegani kita di Kota Marudu. 3. Untuk melontarkan buah fikiran atau mencadangkan idea pertambahan kerusi MP dan DUN, sebenarnya intipati daripada pandangan kita terhadap keluarga, rakan-taulan mahupun komuniti lain. 4. Tidak salah jika kita bercadang seperti ini. Kita kena ingat sejarah Kota marudu, kita kena lihat kedudukan geografi kota marudu dan kita kena pandang diri serta komuniti kita dari segi ekonomi. Bagaimana hendak maju seiring tempat atau komuniti lain. 5. Belajarlah merenung dengan kata-kata ini kalau hendak memahami sesuatu perkara. 'Ikan tidak boleh hidup di darat, ayam tidak boleh hidup dalam air'.