SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 13, 2010

1234 & 9434....????

Mungkin ada yang tertanya-tanya..ini nombor apa?..bagi anda yang gemar tikam nombor,saya bagi tahu awal2 ini bukanlah nombor ramalan untuk special draw.Sebenarnya maksud nombor pada entri ini ialah jumlah keseluruhan entri post dan komen dalam blog SAM selama setahun sejak 13/1/2009 sehinggalah 13/1/2010. Dalam masa setahun ada 1,234 entri telah dipost oleh penulis2 SAM yang meliputi pelbagai cerita dan dalam masa yang sama entri2 ini telah dikomen oleh pembaca sebanyak 9,434 ulasan.Saya rasa ini adalah 1 jumlah yang terlalu banyak bagi mana2 blog yang baru setahun kewujudannya.Terima kasih kepada semua warga penulis yang terlibat juga kepada semua pengulas termasuklah ANONYMOUS. Setakat hari ini 13/1/2010,entri yang paling laris macam goreng pisang panas2 ialah entri yang telah dibuat oleh sdr.DINAKAN pada 6/7/2009 yang bertajuk:
IDEA MENAMBAH KEMAJUAN KOTA MARUDU MELALUI TAMBAHAN PARLIMEN DAN ADUN Kota Marudu merupakan sebuah daerah yang berpotensi untuk dibangunkan menjelang Rancangan Malaysia Ke-10 atau RMK-10, ini kerana kesesuaian lokasi dan kedudukan geografinya yang terletak ditengah-tengah utara sabah. Iaitu, dikelilingi oleh Daerah Pitas, Daerah Kudat, Daerah Kota Belud mahupun Daerah Ranau. Keluasan Kota Marudu adalah sama dengan Negeri Kedah dan Perlis. Oleh itu, pada pandangan saya jika sesiapapun dipilih menjadi wakil rakyat berdasarkan keluasan daerah ini, semestinya tidak dapat memajukan daerah ini sampai bila-bila pun. (Ianya ibarat, seorang Ibu tunggal susah membersihkan atau menjaga kawasan tanah peninggalan sang suami seluas 50 ekar seorang diri melainkan dibahagi-bahagikan kawasan tanah kepada anak-anaknya untuk dijaga tanpa perlu mengupah orang lain) Namun begitu, bagaimana agaknya jika ditambah bilangan wakil rakyat dari Daerah Kota Marudu dengan cara membahagikan kawasan tetentu kepada beberapa Zon. Contohnya, Parlimen dipecahkan kepada 3 Bahagian dan ADUN dipecahkan kepada 5 Bahagian. (sedia ada 1 Parlimen dan 2 ADUN) Bagi saya, cara ini sebenarnya dapat memberi manfaat kepada kemajuan Daerah Kota Marudu pada masa akan datang. Kerana dalam banyak-banyak perkara, isu seperti ini rasanya tidak pernah terlintas difikiran atau dibincangkan atau dicadangkan sesiapa. Justeru, adalah wajar jika kita usulkan idea ini. Saya percaya pelbagai pihak sebenarnya mempunyai berbagai-bagai pandangan berhubung perkara ini. Tapi, tak salah jika kita belajar berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara.
Entri ini telah mendapat 118 ulasan.

4 comments:

SANGURU said...

1,2,3....Go...lariiii....maksudku, bkn lari ke belakang tapi ke depan. Maksudku, JALAN TERUSS...

DINAKAN said...

hehe... JALAN TERUSS...
ini lah, usul permulaan era transformasi SAM pada Julai 2009.

Banyak PRO dan KONTRA dalam ulasan anonymous. Apapun, syabas kepada semua;
1. PEMBACA/PENGUNJUNG SAM.
2. PENGULAS/PENGKRITIK SAM.
3. AHLI SAM

Semoga Ulang Tahun SAM dapat memupuk semangat kesungguhan kepelbagaian idea yang boleh direncanakan pada tahun baharu 2010.

kyro said...

Selamat ulang tahun SAM.

Saudara Dinakan,
Saya rasa bukan saja Kota Marudu yang perlu dipecahkan seperti cadangan bernas sdra tetapi negeri sabah yang luas ini perlu dibahagikan kepada 5 bahagian seperti mana pernah dibuat oleh pemerintah Inggeris dahulu.Setiap bahagian ada Ketua Menterinya sendiri.Dulu musim beritis pakai Resident yang mentadbir Residency masing2.Saya lantik sdra Dinakan jadi Ketua Menteri Bahagian Pantai Barat Utara (Kudat/Kota Marudu) apa macam?

DINAKAN said...

Hehehe.... kyro.
Ketua Menteri? isk.. ingat plak saya pasal filem Hindi.. hehehe.. apapun, saya ni sekadar di laut ja bah, kadang2 memukat sampai d teluk likas manala tau ada rezeki ikan/udang.

usul ini sebenarnya pernah membawa kpd kontroversi pada masa itu. Sampaikan SPR pun terlibat sama membuat cadangan, lagi satu kes ni juga pernah membawa sama SPRM bagi maksud percanggahan anon berhubung PRO & KONTRA.

Well, disinilah bermulanya detik era baharu SAM yg menerima pelbagai kritikan membina.