SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 15, 2010

ALAHAI PEKAN TANDEK KU......

PEMANDANGAN DI KAKI LIMA KEDAI PEKAN TANDEK~~~macam biasa juga bah BANGUNAN ASTAKA PEKAN TANDEK YANG ROBOH~~~di bina semula??? mmmm.... MANA PERGINYA PEKERJA2 PEMBINAAN INI?~oppsss..diurang rehat makan bah tuan.. JANGAN BUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT~~by:MDKM PENGGUNJUNG SETIA PEKAN TANDEK~~~jalan teruss NAIK TARAF PADANG PEKAN TANDEK?? INILAH KEADAAN PADANG PEKAN TANDEK SETELAH DI NAIK TARAF~~~yukkkk!! P/S: gambar2 ini saya ambil pada bulan oktober 2009..jika ada sebarang perubahan daripada gambar diatas,sila buat ulasan.

9 comments:

TG said...

klu ikut undang2 penternakan lembu, semua lembu mestilah dlm kurungan. jadi penternak lembu tersebut yg perlu bertanggungjawab keatas lembu ternakannya supaya tidak menjadi pengunjung pekan tandek. jika tuan berminat, tuan bole mengambil tindakan undang2 ke atas penternak lembu tersebut. semua gambar yg lain itu.,. sya melihat penambabaikan telah sentiasa dibuat. sya bukan membela org berkenaan tetapi itu yg sya nampak. bagaimanapun kita teruskan usaha kearah kebaikan supaya pekan tandek akan terus mendapat pembelaan.

SANGURU said...

astaka dah ada perubahan. Syabas. Yg lain2 masih gitu2 juga. Baiki lagi. Satu saja sy minta: KEPADA SIAPAPUN, PARTI APAPUN, AGENSI APAPUN "jgn gunakan Tandek sebagai tempat membuat projek cincai @ tempat cari untung besar. Jangan perbodoh2kan bangsaku@keluarga besar kita. Masanya untuk Tandek mendapatkan hak2 dan memulihkan maruah diri. AKU/KITA TAK RELA DAN TAK AKAN MERELAKAN LAGI! Khas kpd bangsaku, bangun dari tidur. Anda hebat. Jangan biar diri diperbodohkan. BERSUARA SEKARANG. DS NAJIB PASTI MENDENGAR SUARAMU!

Anonymous said...

Perancangan strategi Tandek @ Kota Marudu memerlukan input luar seperti NGO, profesional dari swasta atau kerajaan. Kalau menikut hemat saya, korum yg sedia ada macam tiada suntikan baru; terus terang lah cakap tiada idea untuk merancang secara efektif; kalau ada pun perancangan mengikut mode lama = 'asal ada saja bah'; 'kasi jimat-jimat bah nanti untung kita kecil- mo bayar sama itu tukang tt, itu main con' dan... dan...'; 'apa juga orang Tandek/KM bukan buleh baut apa-apa' emm.. banyak lagi.. Jadi kesimpulannya selain daripada korum yg sedia ada, jemputlah bah yg tida kepentingan dalam projek tu bagi mewakili rakyat Tandek/KM. Amacam YB/DO ada berani???

Anonymous said...

sebelum tunding jari sama YB..kamu pigi jumpa dulu itu Pegawai MDKM. duranglah perancang bandar/wilayah/pekan kita.

Anonymous said...

Anon 2.49: Kalau betul lah begitu keadaan dan peranan YB dalam sistem pentadbiran Tandek/KM, di mana beliau sepatutnya menjadi wadah dan saluran yg sepatutnya memperjuangkan kepentingan dan pembangunan rakyat setempat... jadi apa la guna jadi YB.. bagus kita buat election untuk memilih siapa yg selayaknya mentadbir MDKM supaya perancangan dapat dibuat secara lebih sistematik di bawah pentadbiran orang yg lebih berhak.. Saya sebenarnya amat risau sekiranya saudara ini adalah org yg terdekat dengan YB, org yg memberikan input kepada YB, mata dan telinga YB... saya kira kalau begitu Tandek dan KM gagal dengan perjuangan dan semangat 1 Malaysia. Kita pasti tidak kemana kalau demikian lah mentaliti orang2 politik atau sewaktu dengan nya dalam mencerna dan mencambakan fikiran untuk membangunkan Tandek/KM, malah menghancurkan lagi... saya rasa...emm... satu lagi budget pembangunan daerah ni datangnya dari federal, kerajaan negeri, dan hasil kutipan yg dilakukan oleh MDKM..., jadi mana budget yg banyak? mari kita fikir-fikirkan; tiadakah peranan YB??

Umar said...

Jika tiada sebarang tindakan drastik, tidak lama lagi zombi dari Kg. Pisang akan berpesta di Pekan Tandek. Itu tamu mingguan belum atur kah? Adesss...

Anonymous said...

Bila membaca komen Anon 2.49, terfikir pula saya pasal projek naik taraf jalan Salimandut-Tandek tempoh hari sehingga menjadi hot news d SAM. Bila di tingu betul2 macam tiada pula komen atau bantuan dr YB untuk melindungi kepentingan masyarakat dan pengundi yg di wakilinya.. Mungkin beliau betul YB tidak terlibat dgn proses perancangan dan perlaksanaan pembangunan di Tandek atau KM keseluruhannya... kalau begitu saya teramat musykil apa sebenarnya peranan YB selain drp bersidang di DUN/Dewan Rakyat...???

Anonymous said...

BODOH

kyro said...

Itu sapi bagus juga itu ada sana.Kurang2 pun boleh juga tolong potong2 itu rumput yang panjang hahaha.Sia kanal tuan punya sapi itu tapi bukan sia aaahhh....hehehe.

Illie,sampai ni ari itu pekan Tandek MACAM BIASA JUGA BAH....TIADA PERUBAHAN.