SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 20, 2010

Alahai Pekan Tandekku - Illie

Melihat gambar-gambar yang dipaparkan oleh sdra Illie dan membaca komen-komen para pengulas jelas sekali desa Tandek,Kota Marudu ini sangat memerlukan suntikan semangat. Pekan Tandek sudah lama pengsan (Belum mati lagi .....masih ada harapan).Sejak bila? Sejak pekan Tandek dipindahkan ke tapak baru.....tapak yang ada sekarang. Agaknya kenapa pekan Tandek jadi begitu? Analisis rambang yang saya buat menunjukkan bahawa dengan meletakkan pekan Tandek diluar laluan jalan besar Kota Marudu-Pitas secara tidak langsung menjadi penyebab.Itu yang pertama. Kedua,pekan Tandek tidak dapat memenuhi keperluan penduduk sekitarnya.Maka orang ramai memilih untuk terus ke Kota Marudu untuk mendapatkan barangan keperluan. Apa yang perlu dibuat? Pertama sekali saya nak tau siapa ketua kampung atau ketua mukim pekan Tandek? Selain MDKM adakah badan atau jawatankuasa tertentu yang mentadbir pekan Tandek? Jika tiada saya rasa jawatankuasa khas perlu diujudkan.Tapi biarlah diisi oleh orang-orang yang tiada kepentingan politik.Biarlah diisi oleh orang-orang yang benar-benar mahu meREVOLUSI kan sekali gus mengEVOLUSIkan pekan Tandek daripada pekan yang pengsan kepada pekan yang segar dan bugar. Kedua,kenalpasti keperluaan masyarakat pekan Tandek dan sekitarnya.Satu kajian atau mungkin bancian taburan penduduk perlu dibuat.Berapa peratuskah golongan tua yang ada disana,atau berapa peratuskah pula golongan remaja dan kanak-kanak.Berapa peratus pula golongan wanita.Kemudian buat pula kajian tentang latar belakang.Apakah aktiviti harian mereka samada mereka ini bekerja dengan kerajaan atau profesional atau petani,nelayan, penternak dan lain-lain. Dengan mengenalpasti taburan penduduk serta latar belakang mereka mudahlah bagi kita untuk mengatur strategi pembangunan mengikut keperluan penduduk.Janganlah membuat pembangunan secara semberono saja seperti kata salah seorang pengulas 'asal ada purijik'. Saya ingin ambil contoh - pembinaan astaka.Untuk apa astaka ini? Apakah ada aktiviti sukan di Tandek? Memang ada baiknya pembinaan astaka itu tetapi kegunaannya agak minimal jika dibanding dengan perpustakaan yang lebih diperlukan oleh para pelajar. Ketiga,kenalpasti apakah hasil keluaran penduduk yang boleh diketengahkan kepada masyarakat luar.Contohnya kraftangan,hasil pertanian dan perikanan atau makanan tradisi. Cari pasaran diluar untuk membantu penduduk sekitar memasarkan hasil keluaran mereka. Keempat,keperluan asas seperti bekalan air paip dan elektrik perlu diperbaiki.Masalah ini bukan di Tandek saja malah hampir seluruh Sabah termasuk Kota Kinabalu sendiri.Kerajaan perlu ambil berat perkara ini kerana ketiadaan bekalan keperluan asas ini tidak memungkinkan ujudnya kilang-kilang pemperosesan makanan dan sebagainya didaerah ini.

3 comments:

SANGURU said...

ada 3 perkara asas/penting utk Tandekian. 1. Perutnya - jgn sampai lapar kr kerja dan perjuangan memerlukan tenaga. 2. Hatinya - jangan kerdil dan pengecut kr kerja dan perjuangan mmerlukan jiwa/hati yg besar, yakin dan teguh. 3. Kepala/otak- kr otak yg cerdas tahu cara mengisi perut dan tidak tunduk kpd hati yg kerdil. Otak jg memanduarah perjuangan.

Umar said...

1 entri yg kritis, analitikal dan menarik. Alangkah ruginya Marudu sekiranya pihak2 yg dipertanggungjwbkan menjaga pembangunan daerah, tidak mengambil berat cadangan2 bernas Pn. Kyro.

syen said...

mana company/kerajaan nak buka opis pergi tandek.. makin banyak maka berubah lah itu tandek..