SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 10, 2010

AWAS PERAGUT!

Petang tadi saya menerima SMS dari rakan/"informer/sahabat SAM" mengenai dua kejadian ragut yang berlaku di pekan Kota Marudu hari ini. Satu kejadian berlaku di kawasan pasar dan yang satu lagi tidak dinyatakan. Kedua2nya melibatkan wanita. Kejadian pertama, beg duit mangsa dapat diambil semula atas bantuan orang ramai di pasar, manakala mangsa kedua gagal dibantu. Bagaimanapun, kedua mangsa tidak mengalami kecederaan. SAM amat geram dan bimbang dengan gejala luar yang mula menular ke daerah ini. Mari kita saling mengingatkan agar berhati-hati. Ikuti panduan cara mengelak mangsa ragut. Jika nampak kejadian ragut, sedaya upaya kita bertindak bersama menghalang, menahan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Mari kita kekalkan kedamaian dan keselamatan di pekan Kota Marudu yang selama ini kita rasa bebas dan selamat.

5 comments:

cifu63 said...

syabas diucapkan pada yang telah sudi membantu mangsa semasa kejadian,harap pihak berkuasa boleh menghantar anggota polis atau rela buat rondaan di sekitar pasar dan tapak tamu semasa tamu mingguan di jalankan dipekan k.marudu.

DINAKAN said...

syabas kepada maklumat.

apapun, dimana pihak berkuasa? dimana peranan Rela?

Nah, sudah sampai masanya kita gerakkan semua kawalan keselamatan kita di daerah ini agar tiada buadaya 'ragut' sedemikian berulang.

kyro said...

Inilah susah kalau orang malas kerja...mau mencuri saja.Ngam laitu ramai2 kasi pukul itu peragut....itu saja cara ajar orang tiada akal.

Budiman juga said...

Banyak suda kes ragut yang menyebebkan kecederaan/kematian kepada mangsa yg diragut. jadi bagi sya tiada maaf bagi peragut. klu boleh kasi bengkak dia sampai jerah.

SANGURU said...

ya, klu peragut sanggup kasi mati, kasi luka, kasi patah2....kenapa org ramai nda boleh "geletek" para peragut. Perompak terang2an bah dorang ni...