SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 15, 2010

BANJIR LAGI DI TNG 3

(Gambar: Banjir melanda Taman TNG 3. Rumah sanguru antara mangsa.) Setiap tahun beginilah nasib kami di Taman Perumahan ni. Selalunya saya SMS DS Dr. Maximus dan DO, kali ni saya papar dalam SAM. Dulu KM tiada SAM, kini KM ada media alternatif rakyat. Ada ketikanya, rakyat lebih puas hati mengadu pada media. Kami dituntut bayar cukai pintu. Servis yang sepatutnya kami tidak perolehi. Yang ada semak samun, longkang sumbat, sampah dan yang terbaru - AIR BANJIR. Kepada pihak JKR/kerajaan, Majlis Daerah KM dan para pemimpin, tiap tahun begini apakah masih perlu diadu setiap kali banjir? Setidak2nya, buatlah persiapan awal. Bersihkan longkang tepi jalan besar. Bersihkan longkang dalam taman. Arah yang berkaitan buat kerja. Ini tugas tuan/puan. Jangan kecil hati kalau saya bersuara. Saya setiausaha persatuan taman ini. Tugas saya mewakili para penghuni taman yang memang tak puas hati.

4 comments:

Umar said...

Harap pihak yg berkenaan dapat bertindak tangkas!

Anonymous said...

betul tuan tiap2 tahun taman kita ni dinaiki air tapi tiada tindakan dari pihak berwajip!!! dahla tu mau kasi naik cukai pintu lagi... beginilah nasip orang macam kita ni yang tiada kepentingan bagi mereka...tapi ingatlah kami pun rakyat malaysia juga bayar cukai juga. mana slogan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan???

Anonymous said...

KOta Marudu tanah tumpah darah ku.. apalah nasib kami yg tidak berupaya ini.. Ya Tuhan semesta alam, buka lah pintu hati pemimpin-pemimpin kami untuk menyelesaikan rintihan dan kesusahan kami... jangan lah butakan mata, telinga dan hati mereka dengan keselesaan dan kemewahaan.. berikan lah hidayah agar mereka melaksanakan slogan PM 1 Malaysia-rakyat diutamakan....begitu ka itu....?

Anonymous said...

Jabatan Pengairan dan Seliran @ JPS ini seperti PAHAT dengan PEMUKUL, jika bermasaalah barulah mereka TAMPIL...Itupun jika ada RUNGUTAN dan HENTAMAN. Seharusnya JPS janganlah mempunyai ciri2 sedemikian...Kerana Bos2 dan kaki tangan JPS bayar GAJI oleh Rakyat....