SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 15, 2010

Sekadar Cadangan Pengurusan Banjir Di Kota Marudu

Kota Marudu dilanda banjir lagi. Persoalan saya, adakah YB, MDKM pihak berwajid sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku? Tahun 2009 menyaksikan Kelantan di antara negeri yang turut terjejas kerana banjir. Banjir yang melanda Kelantan bukan hanya 1 gelombang, bukan 2 dan bukan 3, tapi sebanyak 4 gelombang! Bagaimanapun, dengan sistem pengurusan yang sistematik dan kerjasama semua pihak maka segala urusan berkenaan dengan banjir dapat berjalan dengan lancar sekali. Berikut saya kongsikan sedikit pengalaman-pengalaman saya sebagai Pegawai Data Pusat Operasi Kawalan Banjir Negeri Kelantan: 1. Pastikan Ahli Jawatankuasa Pusat Operasi Kawalan Banjir yang dibentuk itu bersifat praktikal dan melibatkan wakil semua pihak termasuk Ketua-Ketua Kampung. Jadual bertugas dan fungsi setiap peranan perlu diperjelaskan kepada semua ahli. Jangan lupa sediakan senarai petugas gantian sebagai persediaan sekiranya ada petugas yang tidak dapat hadir bertugas. 2. Senaraikan nombor telefon yang perlu dihubungi ketika kecemasan dan telah diedarkan kepada semua yang berkenaan termasuk wakil setiap kampung. Nombor telefon wakil bagi setiap kampung juga perlu sentiasa ada di dalam bilik operasi, khususnya kampung-kampung yang berisiko terjejas banjir. 3. Wujudkan portal e-banjir. Tuan/puan boleh melihat contohnya di http://ebanjir.kelantan.gov.my/ . Dalam portal ini terkandung semua data berkenaan dengan bajir. Pihak berwajib perlu memberikan latihan penggunaan portal tersebut kepada yang terlibat terlebih dahulu. 4. Pastikan pusat pemindahan itu selesa, bersih dan selamat. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti jangkitan penyakit dan yang sewaktu dengannya. 5. Yang tidak kurang pentingnya adalah, pastikan tindakan pencegahan banjir telah dilakukan. Antaranya adalah meninggikan jalan-jalan yang rendah seperti di simpang Damai-Tandek-Pekan KM, mendalamkan sungai-sungai yang cetek, membersihkan longkang tersumbat, mengawal aktiviti pembalakan dan yang seumpama dengannya. 6. Cukuplah tu. Ya, saya tahu bahawa bencana banjir di Kota Marudu tidaklah seteruk di sini, tapi tidak salah kita membuat persediaan awal. Persediaan yang lebih efisien dan profesional. Tidaklah terkejar-kejar nanti apabila tiba-tiba banjir yang kecil menjadi lebih besar. Bak kata pepatah, sediakan bidan sebelum beranak sediakan payung sebelum hujan. Tuan/puan, revolusi dalam perkara ini perlu dituntaskan segera! Jangan tunggu rumah sendiri tenggalam dulu baru mau bertindak!

Sumber: http://revolusimarudu.blogspot.com

7 comments:

Anonymous said...

wahhh..saya bru klik link portal ebanjir utk Kelantan..Salute la dgn usaha tu.Rasanya d Sabah blm ada mcm tu...Cuba la tiru sikit karaja tu spya kita dpt informasi yg cepat mengenai bnjr...Wahai org yg bijak pandi dlm IT....bina la PORTAL BANJIR UTK SABAH...

REM said...

Anon,

Ya, betul. Sabah mesti buat dan Kota Marudu pun sewajarnya ada portal sendiri sebab, 1 Sabah tu besar sangat. Kalau Kota Marudu ada portal sendiri, lagi efisien.

Anonymous said...

MDKM harus mempertimbangkan semula fungsi dan aktiviti mereka. Kalau boleh beli mercun/bunga api yg ribuan ringgit harganya, takkan benda macam ni inda buleh buat...peace!

MSS LaWLiET said...

Salam...

Saya sukakan komen anda semua di atas terutamanya Anonymous di atas saya, ehe..

Perkongsian yang baik REM. Teruskan usaha anda.. d^^,

Anonymous said...

JANGAN KAN PORTAL...BLOG PUN MDKM X MAMPU BUAT. BAGUS LAGI YB ANITA...ADA FACEBUK LAGI...

Umar said...

Terima kasih atas komen semua. Sy fikir mereka mampu lakukannya, mungkin kita perlu menunggu sedikit masa lagi...

Anonymous said...

ngamlah tu sungai kanarom pun sgt perlu d perdalamkan dan ubah laluasn aliran sungainnya...harap YB DUN dan YB MP ambil tindakan yg segera sprt mna yg tlh d janjikan kpd penduduk2 kampung sblm ini.