SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 31, 2010

Jangan Kembali Ke Zaman Batu!

Semua sedar bahawa kita sedang berada di dalam Era Teknologi Maklumat. Serba-serbi berasaskan teknologi tersebut. Era ini berlalu begitu pantas, sehingga ramai yang tertinggal, tersepit dan terperangkap. Siapa yang menguasai teknologi ini, ia akan terselamat dan mampu berlari seiringan dengan orang lain. Semasa Era Pertanian dulu ramai yang menjadi jutawan pertanian. Begitu juga semasa Era Perindustrian ramai yang menjadi jutawan berasaskan kerja-kerja perindustrian. Dalam era ini pula, ramai jutawan internet kedengaran di sana-sini muncul. Benarlah kata-kata seorang penceramah semasa saya menghadiri seminar di Hotel JW Marriott KL bahawa, jika kita ingin menjadi jutawan, kita mestilah menguasai teknologi yang digunakan dalam era tersebut. Bercakap senanglah hehehe..... Sekarang ini siapa yang tidak tahu apa itu blog, facebook, friendster dan yang sewaktu dengannya, dianggap sebagai ketinggalan zaman. Saudara, yang kurang enak didengar adalah walaupun kita sedang berada di dalam Era Teknologi Maklumat, tapi kaedah kerja kita masih seperti orang-orang di zaman batu. Kota Marudu bagaimana? Senario kurang memberangsangkan ini perlu direvolusikan diinovasikan segera. Jangan kembali ke zaman batu!

7 comments:

Anonymous said...

betul itu guru..

MindaGuru said...

setuju dgn tuan..

maikong said...

perlukan banyak perubahan dari atas ke bawah.......

maikong said...

pihak pentadbir, perlu melihat senario ini...

kyro said...

Cuba selidik....era pertanian siapa yg jd jutawan pertanian,era perindustrian siapa yg jd jutawan industri,era teknologi internet siapa pula yg jd jutawan internet.... Hatta di era Msia sibuk dengan projek hub makanan halal siapa pula yg menjadi jutawan mengeluarkan makanan halal???

Orang kita....biasalah main siring2 saja...

Umar said...

Sy bukan menyokong "minda subsidi", tapi pada hemat saya org2 kita perlukan bimbingan, sokongan dan sedikit bantuan. Kita bukan macam `mereka` yg sudah jauh ke hadapan dlm bidang ni. Sekali lagi, barisan pemimpin diperlukan dlm merungkaikan kemelut ini...

Anonymous said...

KYRO.. BETULLAH TU,. MAIN SIRING2 SAJA PUN SEDAP JUGA YG PENTING SUP.