SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 20, 2010

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (8)

Dalam banyak2 penyakit hati, paling saya takuti ialah riak. Dan saya akui, betapapun saya mengawal diri, saya kerap tergelincir hati walaupun tidak dengan lidah atau tingkah. Kata hukamah, inilah penyakit orang berilmu atau yang ada kelebihan. Bila hati dah riak, timbul takabur. Bila dah takabur lahirlah sombong. Bila dah sombong? Habisss...Inilah asal mula kemurkaan Allah kepada Iblis, bukan? Iblis merasa dirinya hebat banding Adam, maka merasa hina untuk patuh kepada perintah Allah agar dia sujud kepada Adam (walhal Allah cuma menguji Iblis akan kepatuhannya kepada Allah). Simptom utama? Tak terima pandangan orang kerana yakin diri saja betul. Meninggi diri, merendahkan orang lain. Ubatnya? Kalau kita tanya zunun al masiri (waliAllah), dia akan beri kita tempurung untuk jadi peminta sedekah! Maksudnya, latihan jiwa. Disiplin diri. Insafi diri. Kawalan diri. Kecilkan dan rendahkan diri.

3 comments:

kyro said...

Bagaimana pula dgn org yg memang memilih untuk membawa tempurung minta sedekah cari makan hahaha....main2 ja ba Sanguru.siou ki.Tapi penyakit hati yang tuan guru bentangkan memang sangat sukar dikawal.apa2 pun muhaSABAH diri itu sangat penting.

MindaGuru said...

semua insan wajar untuk selalu mengoreksi diri..

Umar said...

Selain tempurung, orang2 alim juga selalu secara sukarela mengambil mop utk membersihkan tandas awam... semuanya utk menundukkan ketinggian hati di dlm diri mereka.