SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 21, 2010

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (9)

Dalam bangsa Dusun, "okilong ot ginawo" (hati yang bengkok) sangat dibenci kerana orang yang ada penyakit hati begini, betul2 menyusahkan kawan/tetangga/keluarga. Simptomnya? Kejap kata "A", kejap kata "B", last2 kata "C", sebab "C" membuat dirinya untung manakala orang lain dapat susah. Mirip2 "ular" atau "kala jengking" atau "buaya". Mula2 dia manyakk senyum, tiba2 dia "ngapp sayottt". Bikin takut ini penyakit. Ini sakit ada kaitan dengan penyakit Tamak yang pernah dibicarakan sebelum ini. Umpama sakit buah pinggang dengan kencing manis agaknya? Hati bengkok bukan boleh dilurus dengan pembaris. Namun hukuman ada kalanya boleh meluruskannya. Itupun kena dari awal, kalau dah besar panjang, bengkoknya dah berkarat. Yang mustajab sekali adalah pendidikan agama dan moral. Latihan berjalan lurus juga penting, dan pastinya memerlukan JALAN YANG LURUS...

6 comments:

Little Mike (LM) said...

Mendiang bapa selalu berpesan "Ikut 'laluan lurus'. Jalan lurus memang tidak ramai kawan,tapi tetap ada sahabat biarpun yang tinggal adalah diri sendiri"...

SANGURU said...

yg paling sy risau - org silap anggap artikel2 sy pasal penyakit hati. Hati2 ya sdr/i. Saya tidak menujukannya kpd sesiapa. Secara umum saja. Adapun penyakit2 hati itu pernah singgah di hati sy, maka sy la pesakit yg perlu dibantu terlebih dahulu. Kukongsikan ia kr kurasa ada "seruan" dlm hati utk berbuat demikian....
Tuan/puan mungkin tidak memerlukan namun rakan2 tn mungkin perlu jadi tolong sampaikan...

SANGURU said...

LM, kiasanmu indah, mengingatkanku pada masa lalu dan masa kini dan akan datang: berjuang solo pun sy pernah, berjuang berlima pun pernah, berjuang beramai2 pun pernah. Jadi sy tidak pernah risau untuk keseorangan kr hasil tidak pernah menjadi satu2nya matlamat dalam apa2 jua usaha/perjuangan. Bagiku, kejayaan atau kegagalan, tetap indah dan punya erti.

DINAKAN said...

hehehe...
betul sanguru.

well... perkataan LURUS adalah satu perkataan yang mempunyai kematangan dalam diri seseorang. Tambahan pula Bila disebut ulang kali JALAN LURUS..JALAN LURUS..JALAN LURUS.. 10x ianya menampakkan kecekalan dalam mengharungi setiap rintangan dihadapan dengan berpeggang kepada prinsip keteguhan diri.

Walau bagaimanapun, apabila kita sebut LARI LURUS...LARI LURUS..LARI LURUS..10x mungkin kita akan terhenti seketika dipersimpangan bagi mengenalpasti ianya LURUS/TERUS. So, setiap insan pasti memahami diri sendiri dalam mengorientasikan diri agar LURUS dalam ibadah kehidupan.

Umar said...

Bah... luruskan safffff!

BUDIMAN JUGA said...

Bah., kasi lurusla bah kamurang punya hati itu. jangan lah macam lain di mulut lain pula di hati. macam tu kebiasaan org cakap ada udang di dlm maggi. tapi percayalah setiap perkara yang berasal dari si jahat tidak akan bertahan lama kerana dia yang maha kuasa tidak akan mengkehendakinya.