SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, January 11, 2010

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB (SIRI 1)

Apakah ubat KECEWA? Tentu bukan antibiotik atau panadol. Apakah akibat jika KECEWA menakluki jagat diri? Sudah tentulah merana dan "mati". Apakah akibat jika mengguna ubat yang salah misalnya arak dan dadah? Alamat tambah besar bencana tiba. Ubat ini percuma. Tidak boleh dibeli kerana ia bukan barang maujud yang diperdagangkan. Ia perlu disintesis sendiri di dalam diri. Katakan tidak kepada kekecewaan dan putus harapan kerana pasti ada yang masih sayang. Semangat harus dikuatkan. Bisikan membawa rebah mesti ditantang. Jiwa mesti redha dan lapang. Yakin dan pasti bahawa pintu harapan dan peluang masih belum terkunci. Bertemanlah dengan sesiapa yang boleh menunjuk jalan kekuatan. Inilah keajaiban ubat ini. Saya bukan penciptanya, saya hanya menyampaikan. Dan kalau boleh, saya pun tak ingin terpaksa memakainya....

4 comments:

Anonymous said...

Ubat KEKECEWAAN senang ja tu Sangguru, Kita mesti lihat kembalai kenapa Kecewa dan arimana puncanya. Dan pulngkan kepadanya...Habis cerita.

SANGURU said...

nah, 1 lagi ubat. Hehehe

DINAKAN said...

sanguru... saya rasa ubatnya satu ja, kita tidur sikijap pas tu lega la kembali apabila bangun dari tidur..

hehe...

SANGURU said...

ya, yg ni pun sebahagian drp ubat tp bgantung kpd jenis kekecewaan. Klu setakat kecewa team bola kalah, mgkn blh tidur utk kasi lupa, cuba klu kes lebih berat....hehehe