SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 15, 2010

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB...(4)

Siapa tak pernah rasa cemburu angkat tangan. Wahhh....bos, bos tak normal atau bos sudah mencapai tingkat kesufian yang amat tinggi sehingga bos nda peduli sudah dengan apa2 di dunia ini? Cemburu itu dicipta untuk memberi energy dalaman untuk berjaya, berhijrah dan berkerja lebih keras. Tidak sia2 Tuhan mencipta sifat ini. Bayangkan kalau manusia langsung tiada "cemburu". Ada kemajuan kah tiada? Ada dua situasi cemburu yang berbeza. 1st: A cemburu pada B kerana B punya hasil padi 10 tan, maka A lipat gandakan usaha taninya tanpa menjatuhkan si B, bahkan mencontohi apa yang baik dari si B. 2nd: B cemburu kerana hasil padi si A mengatasinya, lalu si B cari jalan meningkatkan produktivitinya sambil mensabotaj si A, atau si B memfokus daya usahanya untuk memufliskan si A. Contoh yang diberi bukan susah nak jumpa. Ada ketikanya kita menjadi "A"...mungkin juga sedang menjadi "B"?. Waduhhhh... Nah, cemburu adalah satu lagi "penyakit" hati. Lagi payah merawat dari penyakit suka marah2. penyakit ini ada baik ada buruknya. Kalau penyakit ini berada di hati orang baik, baiklah akibatnya kerana ia boleh MEMOTIVASIKAN HATI dan menghasilkan BUDAYA SAING yang sihat walafiat...

2 comments:

BUDIMAN JUGA said...

Bos.. Entry mu ini baik sekali. sya pernah mendengar perumpamaan tentang ketam cina dan ketam org kita. klu ketam cina konsepnya begini. apabila satu ketam cina naik ke atas, dia akan menyepit ketam cina yg dibawa tarik ke atas supaya semua ketam2 cina sama2 naik ke atas. berbeza dgn konsep ketam org kita., klu konsep ketam org kita .. apabila satu ketam org kita naik keatas, semua ketam org kita yg dibawa menyepit ketam org kita yg diatas sampai jatuh tertelungkup kebawa, ataupun ketam kita yg sedah diatas akan terus naik keatas tanpa melihat lagi ketam orang kita yang dibawa malah dia akan menginjak ketam kita yg masih dibawa sampai tidak mampu lagi bergerak. sebeb itu org kita sukar untuk maju @ atau tidak mampu berdaya saing kepada bangsa lain. kalupun ada org kita yg boleh maju tapi bole dibilang dgn jari.

SANGURU said...

komen yg bagus kerana ada cerita baru yang baru saya tahu. Tq budiman.