SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 16, 2010

"DOKTOR" KAMPUNG MENJAWAB...(5)

Kita tentu masih ingat cerita tentang anjing, tulang dan bayang2 air. Si anjing yang tamak. Orang tamak, mau ini, mau itu, mau semua, bolot semua, sampai orang lain tak punya apa...orang macam ni tak pandai puas, tak pandai cukup. Kasihannn...kadang2 ia sanggup menyeksa diri sendiri dan orang lain demi memenuhi tamak halobanya. Ia halalkan cara bahkan membelakangkan tata susila. Yang penting dia dapat, yang penting harta pangkatnya bertambah terus bertambah... Ubatnya jangan dicari di hospital atau klinik. Carilah di masjid, gereja atau rumah ibadah yang lain. Berubat kepada guru atau ahli hikmah. Cuba baca2 kitab tentang bahaya tamak, akibat tamak dan cara mengubatnya. Berlatih bersyukur dan mengikat nafus haloba. Dan kalau ada kesempatan, cuba ikuti acara pengkebumian. Tengok apa yang dibawa oleh si mati. Lambat laun penyakit tamak boleh berkurangan.

2 comments:

kyro said...

Teringat pula saya sewaktu adik2 saya masih kecil.Mereka selalu bergaduh dan berebut-rebut bila makan.Salah seorang adik lelaki saya sering menunjukkan sikap tamak ini.Sebagai kakak maka saya sering menasihatkan beliau.Lucunya dia menjawap "....maaanaa....orang tamak selalu untung"...hahaha.Alhamdulillah kini beliau sudah dewasa dan tidak tamak malah sangat prihatin kepada kaum keluarga.Itulah adik bongsu lelaki kesayangan saya Kee Roslee.

SANGURU said...

yuss...ooo yusss...ada hamba Allah puji ko ni...hehehe...
Bagus.