SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 10, 2010

Generasi Al-Hawariyin!

Jika kita ingin melihat daerah tercinta ini mengalami satu perubahan yang ketara, kita mestilah berusaha sedaya upaya untuk melahirkan generasi Al-Hawariyin. Siapakah Al-Hawariyin? Saya tidak perlu huraikan secara lebih terperinci. Cukuplah saya katakan bahawa, siapa yang rajin membelek Tafsir Al-Quran atau Bible (12 Diciples), mereka pasti akan menjumpai perkataan tersebut. Ringkasnya, Al-Hawariyin merupakan sekumpulan orang yang setia dan berjuang menegakkan kebenaran dengan harta dan jiwa mereka. Mereka adalah pejuang yang berani kerana benar. Amat berpegang teguh pada prinsip. Tidak berganjak walau seinci biarpun kepala mereka dibelah dengan gergaji dan badan mereka disula dengan batang kayu. Kota Marudu khasnya amat memerlukan generasi yang di dalam jasad mereka, mengalir darah pejuang-pejuang Al-Hawariyin. Ya, memang kita sudah lama memegang mahkota "Daerah Termiskin". Tapi saya percaya kita belum terlambat untuk melakukan perubahan. Wahai Al-Hawariyin, muncullah dikau!
Nota: Atas kesibukan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, saya terpaksa merehatkan ruangan Permata Bangsa untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Semoga berjumpa lagi.

3 comments:

DINAKAN said...

ya tuan...

kemunculan sesuatu atau seseorang biasanya dirungkai oleh satu AURA yang menggeggarkan. Semoga 'bercahaya aura tersebut dari tanah yang lapang dan beralaskan rumput, berkonsepkan kilauan permata sebenar diufuk timur'

hehehe... good comment.

kyro said...

Petikan senikata lagu Man In The Mirror - Michael Jackson

I'm gonna make a change for once in my life,it's gonna feel real good,gonna make a difference,gonna make it right....

I'm starting with the man in the mirror,I'm asking him to change his way,and no message could have been any clearer...if you wanna make the world a better place...take a look at yourself and make a change...

dengan kata lain ... segalanya bermula dari diri sendiri.

SANGURU said...

jalan teruss selagi mampu. Berehat bila memerlukan. Berhenti bila dah x larat. Tuhan x memberati hambaNya melainkan atas kadar kemampuannya. Tidak semestinya kita mulakan, kita melihat kejayaan, kr kdg2 ada perjalanan yg panjang...mungkin org lain jadi penamatnya.
Setakat ini masih jalan. Belum pun berehat, apa lagi berhenti!