SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 8, 2010

KALIMAH ALLAH...

Dua hari saya terlantar di katil sakit tapi mungkin orang tak perasaan kerana tiap hari (pagi buta) artikel pendek saya terbit. Nah, inilah buktinya "sediakan payung sebelum hujan" ada benar, ada baiknya. Hmm, Isu Kalimah Allah yang membimbangkan kita, mengingatkan aku kpd kisah seorang wali - Ash-Syibli, yang kebetulan baru kubaca tadi . Kisah ini mungkin tidak dapat memadamkan "api" yang sedang marak tapi setidak2nya, tidak akan menambahkan maraknya api itu. (- aku mungkin bukan air, bukan jua minyak). Menurut anekdot, salah satu tabiat Ash-Syibli ialah terus menerus mengucap "Allah, Allah..." Lalu terjadilah dailog berikut: Pemuda: "Mengapa engkau tidak ucapkan: Tiada Tuhan kecuali Allah?" Asy-Syibli: Aku khuatir, begitu kuucapkan "tiada Tuhan", nafasku terhenti dan aku tak sempat melanjutkannya dengan "kecuali Allah"Jika hal seperti itu terjadi, celakalah aku..." Saya telah berazam menulis pendek, jadi saya serahkan kepada para pembaca merenunginya.

5 comments:

SANGURU said...

sediakan payung sebelum hujan, maksudku - kutulis artikel semasa sihat dan lapangku, dan kujadualkan keterbitannya, agar sesakit manapun dan sesibuk manapun daku, ada buah tanganku setiap hari untuk tuan/puan. Apakah ini belum cukup sebagai bukti bahawa SAM MENGUTAMAKAN PEMBACA?

Anonymous said...

Ada sebaiknya d lihat dan d teliti adakah d Kitab Zabur,Taurat dan Injil (Perjanjian lama) ada menyabut nama Allah? Jika ada maka BERHAKlah Umat Kristian menggunapakai nama Allah itu.D samping itu juga Mungkin para Pembesar Agama Kristian mahu mengubah tidak akan Menggunakan ISA @ YESUS bukan lagi Anak Tuhan...Kerana jika Umat Kristian menggunakan Nama Allah bererti Allah itu "WAJIB" tidak akan BERANAK lagi seperti mana Kefahaman Umat Kristian sebelum ini....Menggunapakai Nama ALLAH bererti ALLAH itu TUNGGAl, Rujuk kepada (KUL HU ALLAH HU AHAD).....

maikong said...

biarlah perkara ini ditangani oleh pihak yg berwajib@berpengetahuan tinggi ttgnya..ini Isu sangat sensitif...

Anonymous said...

suburkan persamaan, hormati perbezaan...

kyro said...

Aikk....ko sakit kah Sangguru? Adehh...memang nda sangka sebab ada saja artikel ko keluar...bijak2. Apapun semoga cepat sembuh...kasi kurang2 itu monigup bohh....