SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 3, 2010

KEMALANGAN NGERI DI JALAN LANGKON BARU

KOTA MARUDU: Satu kejadian kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pembonceng motosikal telah berlaku kira-kira sekitar jam 8.00 malam semalam. Kemalangan ini melibat 1 motosikal, motokar dan Van. Sementera sebuah Van lagi terbebas ke dalam parit untuk mengelak dari melanggar kenderaan yang terbabit.
Menurut daripada pemandu kenderaan lain, kejadian itu berlaku dengan pantas. Sukar untuk menyatakan dengan jelas, bagaimana kejadian itu berlaku. Pihak bomba Kota Marudu terpaksa dipanggil bagi membantu mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
Mangsa yang meninggal pula telah tercampak ke kawasan parit. Mangsa merupakan pelajar di salah sebuah sekolah menengah sekitar Kota Marudu. Sementera itu, ayah mangsa juga mengalami kecederaan yang teruk, begitu juga dengan beberapa penumpang van. Salah seorang mangsa pula telah dihantar ke Hospital Queen.
Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis.

3 comments:

IsOn said...

Ada ahli keluarga mangsa yang saya kenal rapat. Saya ucapkan salam takziah kepada keluarga yang kehilangan anak tersebut. Kepada ayah kepada mangsa yang terkorban, semoga pulih dengan baik dan terus diberikan kekuatan dan penghiburan oleh Tuhan.

Kejadian ini kita jadikan ikhtibar agar lebih berhati2 di jalan raya untuk keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Umar said...

takziah kpd yg terlibat. moga cepat sembuh kpd yg sedang menerima rawatan. berat mata membaca, berat lagi bahu yg memikul. kuatkan kesabaran dan bersama2lah kita berhati2 ketika berada di jalanraya...

Little Mike (LM) said...

Takziah... berhati2 di jalan raya