SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 15, 2010

MARUDU MULAI BANJIR

Oleh: En. Androd Sadian, Pen. Kanan Pentadbiran, SMK Tandek. (Kenyataan Rasmi Khas Untuk Pelajar Terjejas Banjir). Beberapa kawasan di sekitar Kota Marudu dan Tandek mulai mengalami banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini. Saya sempat mengambil gambar di simpang Jalan Tandek-Damai yang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Ini menyebabkan hubungan beberapa kampung terputus dan mengakibatkan ramai pelajar SMK Tandek (dan SMK Bandau) tidak dapat hadir ke sekolah. Entry ini sebahagian daripada tugas rasmi dan bukannya memblog masa berkerja. Sebagai pentadbir di sekolah ini (SMK TANDEK), saya ingin memaklumkan kepada semua pelajar agar berwaspada, jaga keselamatan dan kesihatan semasa banjir. Jika anda terlibat dengan banjir, jangan risau, berehatlah di rumah, ulangkaji pelajaran dan TULIS SURAT kepada guru kelas anda untuk tujuan rekod. Anggap ini arahan rasmi dari pentadbiran SMK Tandek.

4 comments:

Anonymous said...

1tindakan/makluman yg pantas, thanks sangguru..

SANGURU said...

Harap DS Maximus berkesempatan baca. DS, sy cadang, gunakan sebahagian peruntukan yg ada utk selesaikan problem di area simpang ini. Sy cadang, kita kasi tinggi sikit jalan bawah ini, setidak2 boleh dilalui wpn berair sikit. Lg pun jalan ni lampau rendah dan buat pengguna jln susah nmpk kenderaan di jln utama. Kemalangan selalu berlaku. DS pun maklum kawasan maut ni, GBU DS. Sayangi rakyat kita.

Umar said...

Ketika KM dilanda banjir, sy di sini sedang disinari kesuraman cahaya gerhana matahari. Diharapkan banjir di sana cepat surut dan J/K khas banjir dapat bertindak dgn lebih efisien berbanding tahun2 lepas.

SANGURU said...

tika baca komen Umar, taman kami dibanjiri air banjir. Untung belum masuk rumah, dan tak akan masuk rumah dgn izinNya. Amin.
Tiap kali ada banjir kilat, asyik sms dgn DO dan MP. Tahun ni sy x nak sms, nak tengok sejauhmana prihatin kasi clear tu longkang luar taman. Tu longkang yang tak luwes aliran air menyebabkan melimpah sini taman.