SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 28, 2010

Mencadangkan 'ala-Parlimen'

Dalam menguruskan sesuatu, perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah mendapatkan maklumat dan merancang perkara yang boleh membawa kepada kebaikan, meskipun ianya pada masa kini digelar sebagai 'win-win situation'. Era kini menuju globalisasi, modenisasi dan transformasi. Mungkin, sebagai satu komuniti Kota Marudu kita boleh mencadangkan sesuatu yang tidak pernah terfikir atau terlepas fikir atau terfikir tapi mungkin tidak logik kepada pihak berkenaan sebagai mana cadangan ini mula timbul dibeberapa daerah negeri Sabah, Sarawak dan Semananjung pada masa kini. Bagaimana jika kita mencadangkan mewujudkan satu bangunan ala-parlimen yang dikenali Majlis Permuafakatan Rakyat di Kota Marudu, yang mana bangunan ini berfungsi sebagai tempat membincangkan isu-isu semasa, cadangan rancangan pembangunan dan mesyuarat jawatankuasa tertentu dalam menghadapi situasi cemas seperti banjir kilat yang berlaku baru-baru ini. Selain itu, bangunan ini juga dapat menghimpunkan Ketua-Ketua Kampung, JKKK dan Belia dalam menyuarakan pendapat, cadangan, masalah atau keperluan dengan berkomunikasi secara terus dengan Wakil Rakyat, Ahli Majlis Daerah atau yang berkenaan. Walau bagaimanapun, persoalannya adakah kita boleh menerima cadangan sedemikian? atau sebaliknya.

7 comments:

suzie lyana said...

ini cadangan bagus. pasal, banyak permasalahan rakyat ble kita dapatkan input yg membina. cuma, nda taulah yb setuju atau tidak.

Umar said...

Cadangan ini memang baik dan tepat pada masanya. Tidak semestinya semua program perlukan pengelibatan YB (walapun dlm cadangan ini, ia memang perlu). Sesama rakyat biasa pun boleh memulakannya. Lambat laun, yg lain ikut serta juga tu...

Anonymous said...

SAYA SETUJU DENGAN CADANGAN UMAR. APAPUN, JIKA CADANGAN INI DAPAT DIKEMUKAKAN KEPADA PIHAK BERWAJIB ATAU DIBENTANGKAN OLEH YB/DO KEPADA KERAJAAN, SETIAP PERMASALAHAN RAKYAT DAPAT DIATASI.

Anonymous said...

KAU JANGAN BINGGUNGLAH ... KARAJAAN SUDA SEDIAKAN JKKK DAN KETUA KAMPUNG SEBAGAI SALURAN KITA UTK MENYAMPAIKAN SEMUA MASALAH SETEMPAT, KECUALILAH KALAU KAMU TIDAK KEMUKAKAN MASALAH KEPADA JKKK ATAU KETUA KAMPUNG.KALU MEREKA INI TIDAK DAPAT BUAT KERJA DGN BETUL KAMU BOLELAH AMBIL ALIH JAWATAN JKKK ATAU KETUA KAMPUNG SENANG CERITA.

kiehaa said...

Salam,
Untuk apa lg buat ala-ala parlimen ni. Mau berlatih jadi YB/MP ka... Kalau mau bagi cadangan biarlah bernas agar org tidak mempersendakan. JKKK dan ketua kampung sudah ada sebagai saluran kita utk menyuarakan masalah. Gunakan lah saluran tersebut. Kalau pengerusi JKKK atau ketua kg tidak berfungsi, tukar sajalah kepada mereka yg berkepimpinan. Jgn buang masa mau berangan lebih sedangkan sakuran yg sudah ada tidak digunakan sebaik-baiknya.

kiehaa said...

Salam,
Untuk apa lg buat ala-ala parlimen ni. Mau berlatih jadi YB/MP ka... Kalau mau bagi cadangan biarlah bernas agar org tidak mempersendakan. JKKK dan ketua kampung sudah ada sebagai saluran kita utk menyuarakan masalah. Gunakan lah saluran tersebut. Kalau pengerusi JKKK atau ketua kg tidak berfungsi, tukar sajalah kepada mereka yg berkepimpinan. Jgn buang masa mau berangan lebih sedangkan sakuran yg sudah ada tidak digunakan sebaik-baiknya.

kyro said...

Betul juga cakap anon 12.56 dan kieha itu.Guna saluran yang ada.JKKK,ketua kampung,balai raya semua sudah disediakan.Jangan dipersiakan.

Saya ada nampak satu bangunan balai raya yang sekarang jadi rumah sendiri hehehe....siapalah punya karaja itu.