SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 12, 2010

NASIB ANAK PERBUKITAN BAKAL TERBELA

SAM:LANGSUNG DARI LAPANGAN. (Gambar atas: Tim. Menteri Pelajaran bersalaman dengan pelajar2 asrama. Bawah: Tim. Menteri Pelajaran, mendengar taklimat ringkas sambil meneliti permasalahan asrama dan air di SMK Tandek) Masih ingatkah, SAM pernah menyatakan permasalahan pelajar pedalaman yang bermasalah tempat tinggal di asrama? Pertambahan pelajar dari pedalaman Tandek menyebabkan pihak SMK Tandek tidak berupaya menyediakan kemudahan asrama yang amat terhad. Syukur, permasalahan ini turut dapat simpati para pemimpin dan politikus setempat dan berjaya mengajukan permasalahan ini kepada pemimpin atasan yang prihatin. Sebentar tadi Tim. Menteri Pelajaran Malaysia serta pegawai2 dari KPM membuat lawatan ke SMK Tandek untuk mendengar dan melihat sendiri permasalahan ini. Pihak sekolah telah mengajukan kertas kerja untuk memohon bangunan tambahan asrama. YB Datuk Modh. Puad Zarkasi, Tim. Menteri Pelajaran Malaysia telah membayangkan bentuk bantuan kilat yang bakal diberikan kepada SMK Tandek bagi menyelesaikan masalah kemudahan asrama bagi para pelajar khususnya yang berasal dari perbukitan. Turut hadir ialah Dr. Muhiddin Yusin, Tim. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan En. Jainim Samaron, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu. Terima kasih kepada individu2 yang terlibat sama membawa YB Datuk ke sekolah ini khususnya En. Baintin Adun, Pegawai2 dari PPD Kota Marudu, pegawai2 dari JPN Sabah dan sesiapa jua yang tak dapat saya sebutkan satu persatu. hidup anak2 perbukitan!

1 comment:

lynns_89 said...

hrap2 smk Tandek akan btambah maju pada masa akn dtang dr segi prestasi akademik,kokurikulum,pembangunan dan displin...