SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 15, 2010

ORANG BUKIT MAU JALAN BAIK PUNYA...

Belum pun surut banjir di rumah saya, timbul lagi permintaan "aki tagibang" pasal masalah jalan raya di pedalaman Tandek, KM. SAM amat prihatin dan sekian lama mengerti permasalahan ini. Dan saya dah lama punya idea untuk selesaikan perkara ini, maka malam ini saya kongsikan.. Harap para pemimpin ada masa jengok2 SAM, baca masalah rakyat dan teliti saranan2 yang mana praktikal dan sesuai. Di perbukitan sana, ada beberapa sekolah rendah misalnya SK Magandai, SK Tagibang, SK Gana, SK Koromoko, dll. Guru2nya ada yg dapat elaun pedalaman RM1500-1000. Dalam sebulan, jumlah elaun mencapai ratusan ribu. Dlm 1 tahun jutaan ringgit ringgit kerajaan bayar insentif untuk "jaga hati dan kebajikan" guru2 gara2 kesengsaraan bertugas di sekolah2 ini. Dalam 5 tahun, kalau diguna untuk bina jalan aspal, boleh selesai 1 kampung. Jika pendekatan ini digunapakai, masalah perhubungan di perbukitan boleh selesai dalam 10-15 tahun. Saya berani jamin! Dengan syarat formula ini benar2 diikut dan yang dapat kontrak memang ikut spek kerja. Kalau masalah ni selesai, kerajaan tak perlu lagi beri elaun pedalaman. Guru2 tak ada masalah bertugas jauh jika perhubungan selesa. Kerajaan boleh jimat dana. Masalah selesai. Rakyat senang, kerajaan susah dikalahkan. DS Najib, cuba renung sejenak idea orang kampung ini...

3 comments:

FL Feinier said...

Hehe... Saya setuju sanguru... Saya pun berfikir macam ni juga...duit yg kerajaan ada, atau jumlah peruntukan yg ada, tidak akan pernah cukup... tapi, pendekatan terbaik ialah bagaimana kita mengunakan peruntukan yg minimum itu secara maksimum iaitu, dgn pengagihan peruntukan secara teliti dan bijaksana...walau bagaimanapun, mungkin ada pengunjung lain yg ada idea lebih bernas... so, saya suka juga mahu tau... will wait n see later...TQ.

Umar said...

Cadangan Sanguru tentang elaun pedalaman tu simple dan amat praktikal. RM1500 banyak ooo... Diharapkan cadangan ini diberikan perhatian serius!

Anonymous said...

Saya cadangkan pihak yg terlaibat (DO/MDKM/YB/JKR etc..) seharusnya membuat kertas kerja yg khusus untuk disampaikan kepada kabinet atau menteri yang berkenaan. Nyatakan justifikasi yang mantap kenapa jalan ini seharusnya menjadi prioriti dalam agihan kewangan RM10 atau RM11. Saya pernah mendengar cerita angin yg manyatakan cadangan yg bernas2 belaka dan disampaikan kepada pihak berkenaan, tapi kertas kerja yg disampaikan kepada kabinet/kementerian hampas!! tiada kualiti...; so macam mana hendak dipertimbangkan...