SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 23, 2010

Pakai "Hantu" Didik Anak

Kita tinggalkan sebentar tajuk perjuangan. Inipun perjuangan jugalah, hehehe. Pada kali ini saya rasa ada sedikit kesegaran berkongsi perihal hantu di dalam mendidik anak. Saya bukanlah seorang ayah mithali kerana pengalaman sebagai ayah pun baru setahun jagung. Saya juga bukan pakar motivasi keluarga walaupun saya dulu sempat menjadi motivator dalam program2 kemahasiswaan amat meminati bidang tersebut. Dan saya juga bukan seorang guru yang hebat walaupun saya pernah mengaji sebentar di Maktab Perguruan Gaya. Apapun, sekadar berkongsi soal tajuk di atas rasanya tidak perlu semua itu pun, kan? Saya cukup tidak bersetuju dengan ibu bapa yang menggunakan hantu sebagai objek untuk menakut-nakutkan anak kecil agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang oleh mereka. Contohnya, "...jangan kacau itu TV, nanti itu hantu gigit tangan kau tu...", "...jangan balik lewat ah, nanti ada puntianak itu mengisap darah kau...", "...pigi mandi cepat, kalau tidak nanti itu hantu marah tu..." dan bermacam-macam ayat lagi. Biasanya si anak akan patuh kepada perintah ibu bapanya jika di dalam ayat arahan tersebut, kedengaran terselit perkataan "hantu". Tidak perlu hurai panjang, semua orang tahu pendekatan ini kurang tepat dan melahirkan anak2 hantu boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada anak sehingga terbawa-bawa sampai ke tua. Ini satu pendekatan yang menyebabkan si anak melihat bahawa ada pihak lain yang lebih berkuasa daripada-NYA. Kadang-kadang apabila keletihan, saya juga terlepas cakap perkataan-perkataan "hantu" ni. Tapi di akhir ayat saya tutupi dengan kembali membesarkan-NYA. Kurang lebih beginilah, "... Nak, tapi kena ingat Allah itu lebih kuat daripada hantu. Bila-bila saja Allah buli kasi mati itu hantu. Jadi mesti takut sama Allah saja ah..." Alhamdulillah, berkesan. Kesimpulannya, marilah bersama-sama kita berusaha melahirkan generasi yang takut (taat perintah) kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Bukan generasi yang takut kepada hantu. Generasi yang takut kepada hantu adalah generasi yang mundur dan primitif (generasi sekarang bukan setakat takut dengan hantu, tapi siap berkawan dengan mereka lagi. Tidak kurang juga yang berperangai seperti hantu) . Sebaliknya pula, generasi yang takut kepada-NYA adalah generasi yang inovatif dan maju jauh ke hadapan.

2 comments:

SANGURU said...

setuju bebenor. Klu asyik pakai "hantu" utk mendidik atau menghalang (apa lagi klu menganiaya org), maka bangsa kita akan dibudayakan dgn hantu dan ini blh menjumudkan pemikiran dan silap langkah menjerumuskan kpd kekurafatan. Bkn maksudku hantu (iblis/syaitan) tak wujud namun jgnlah ditanamkan budaya takut dan tunduk kpd hantu2an...

Umar said...

Tuan guru juga benar. Perkara ini nampak kecil tapi impaknya dlm msykt kita bukan alang2. Jadi berhati2lah kita bergaul dgn golongan hantu ini.