SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 10, 2010

panTAK...

Lagi bunyi "TAK", tapi yang kali ini bikin takut sebab bikin sakit. Ini siri akhir permainan bunyi "Tak"... Kata orang arif, "Pantak" adalah sejenis ilmu hitam yang boleh mengakibatkan seseorang (dengan IzinNYA) menderita, boleh membawa maut. Di Sabah, ada daerah yang terkenal dengan ilmu ini. Bukan sejenis racun, ia lebih kurang "vodoo". Saya pun hanya dengar2 saja, tapi ini bukan main2, ini memang sejenis "permainan" orang dewasa...ia ditakuti kerana "buat di sini, rasa di sana. Di sini ketawa, di sana derita". Demikianlah kepandaian manusia. Ada yg hitam ada juga putih. Ilmu hitam, biarpun nampak untuk kebaikan, tetaplah hitam, kerana cara tidak menghalalkan tujuan atau keputusan.Nasihat yang arif, berlindunglah dari bujukan dan gangguan syaitan. Jika terkena buatan orang bertemankan syaitan, banyakkan bersabar dan berusaha. Jika kita mati akibat permainan duniawi itu dengan sabar dan redha, insyaAllah, ada tempat istimewa kita di sana...

5 comments:

Anonymous said...

Biasanya "PANTAK" ni adalah permainan orang2 KADAYAN saja. Daerah2 yg ada benda ni sampai kehari ini adalah d Beaufort, Sipitang,Lawas,Labuan,Lambidan (Menumbok) n Miri sahaja.....Kalau anda tidak mempercayinya sila bertandang ke daerah yg saya sebutkan....Untuk Pengetahuan anda juga Orang Kadayan ini tidak "MEMANTAK" sebaranganlah...Lihat orang tu benar2 menyakiti hati mereka saja...

SANGURU said...

tq infonya. Saya dengar2 saja dan saja2 kongsi2. "jika ilmu yg baik, berada di tangan org baik, insyaAllah selamat dan bawa rahmat kpd org lain..."

Anonymous said...

Yg jahat saja yg mempunyai Ilmu ni orang2 Muda sikit2 mau mencuba bah...That 'Y' biasanya org muda inda kena ajarkan Ilmu jahat ani....

DINAKAN said...

aik yuk.. bahaya pula tu.

kalau begitu, baik kitorang guna akal dan fikiran ja, sebab kalau ibarat 'lidi kelapa, tak payah pakai pisau atau parang pun boleh patah, hehehe...guna akal dan fikiran, pakai tangan saja patah la tu."

hehehe....

TONDIRAN GOWOT said...

sebelah sini Tandek masi ada orang lama yang hidup dan pandai itu ilmu PANTAK. Cuma diorang diam2 saja dan hanya digunakan bila sesorang itu bersikap ketrelaluan dan menghinanya saja. jadi jangan main2 sebab orang muda yg mempunyai pendirian tetap masi ada yg berminat dan telah menuntut ilmu Pantak itu. Tanda2 Terkena ilmu pantak:
1- Rasa macam sejuk sampai ke tulang
2- Sakit ditengah2 Pusat kepala bagai dicucuk paku 6 inci
3- Badan akan susut dan lama kelamaan akan hilang ingatan.
4- sepanjang masa disekelilingnya bagaikan berputar dan kalu tidak di obati akhirnya akan mati.