SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 9, 2010

SAM KESAL GEREJA DI BAKAR

Baru sebentar tadi saya klik Berita Harian dan membaca tentang beberapa gereja dibakar oleh pihak yang tidak bertangggungjawab. SAM kesal dengan kejadian ini dan ikut bimbang "api" yang dicetuskan ini boleh pula "membakar" semangat pelbagai pihak dan memburukkan lagi keadaan. Kita risau juga kalau ada pihak ketiga yang buat angkara. SAM berharap "angin panas" ini tidak melanda negeri ini dan daerah ini khususnya kerana angin seumpama ini jarang2 hadir di tanah bertuah ini. Pepatah menyatakan "marahkan nyamuk, kelambu di bakar". Satu tindakan tidak wajar. Rumah ibadat mesti dihormati dan tidak boleh dicerobohi atau dimusnahkan, hatta dalam peperangan sekalipun. Inilah yang saya diajar dan pelajari. SAM ingin ikut berkempen dan menyokong pihak kerajaan dan para pemimpin berbagai parti agar semua rakyat bersikap rasional, sabar dan bertenang. Beri peluang phak tertentu berunding menyelesai masalah ini.

4 comments:

NAGA KINABALU said...

Saudara Sanguru yg Budiman....Kejadian d Malaya tu tidak akan sama dengan budaya kita d Negeri Sabah/Sarawak (Kacuali ada Provokator semacam waktu tahun 1985 semasa PBS mula2 memerintah Negeri Sabah ini)...Kita benar2 sudah begitu MASAK & MATANG d dalam Permainan JOKE Politik pihak2yg sengaja memainkan IRAMA ini.Kita d Malaysia Timur ini memang sudahpun d Ajarkan dan d Wariskan dengan pertalian INTEGRASI yg sudah cukup Mantap dengan berbilang Suku kaum yg ada d Bumi ini....D Malaya ni mereka (Melayu,India,China) memang tidak boleh hidup dan duduk semeja. Semenjak PAKATAN RAKYAT berada d persada Negara ini barulah ada kenampakan Integrasi itu "TERUJUD".....Ini sudah jelas terlihat dan terbayang.

maikong said...

perkara ini amat membimbangkan..harap dpt ditangani dgn amat baik dan segera....

SANGURU said...

ya. Kita di sabah sangat bertuah. Islam dan kristian di bawa dan disebarkan kepada kita oleh orang2 yg "steady". Para pendakwah yg berilmu dan bertoleransi (kerana menghayati hakikat agama dan tujuan agama itu sendiri) Mudah2an suatu masa nanti, tanah borneo ini khususnya borneo utara mendapat rahmat dan pilihan Tuhan sebgai contoh kepada manusia sejagat. Mungkin kita x sempat merasai era itu namun kita mesti mempertahankan kerukunan beragama yg sihat.

Anonymous said...

Pokoknya kalau d Malaya tu, Pa'Menteri dan Anak2 mudanya khasnya org Melayu/Islam ada d antaranya Pemabuk dan cakap Berjela jela soal agama...he he he...Percaya lgi saya sama C Sangguru walaupun Saudara Mualaf. ha ha ha