SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, January 18, 2010

SAM-UBRAN STORM PRIHATIN

KOTA MARUDU, SABAH, ISNIN: Syarikat Urban Storm dan SAM akan meneruskan khidmat masyarakat sebagai tanda prihatin kepada masyarakat/sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama. CEO Urban Storm baru sahaja menghubungi pihak SAM dan akan menyalurkan bantuan kewangan dan melantik pihak NGO/SAM untuk mengagihkan bantuan tersebut. Pihak SAM telah menghubungi Pegawai Daerah Kota Marudu merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Daerah untuk maksud tersebut. Pihak beliau amat mengalu-alukan sumbangan daripada badan NGO/Syarikat yang prihatin untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan tempatan. Sebahagian dana akan diperuntukkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Komuniti Kota Marudu manakala sebahagian lagi akan diagihkan kepada beberapa keluarga daif yang terjejas di beberapa buah kampung sekitar Tandek. Antara kampung yang bakal menerima sumbangan ialah Kg. Damai, Mosolog, Talantang, Longob, Salimandut, Nolotan, Morion, Garuda dan Tingkalanon. Pihak SAM telah menghubungi individu yang boleh dipercayai di setiap kampung untuk mengenalpasti penerima yang paling layak. Walaupun sumbangan ini tidak sebesar mana tetapi cukup untuk meringankan beban dan menghiburkan hati kaum keluarga yang tersepit dalam bencana banjir yang sedang berlaku. Operasi mengagihkan sumbangan dijangka bermula esok. InsyaAllah. - Tekong SAM.

18 comments:

ILLIE said...

jangan lupa mangsa2 yang berada di pusat pemindahan di dewan st.thresa

SANGURU said...

ok tn, kita agih sikit2. Nda banyak dana kita. Yg penting kita prihatin, dan kita buat yg termampu. Mudah2an menjadi teladan kpd syarikat2 lain...

NONG said...

SYABAS atas keprihatinan CEO. Tabik!!!..

Sanguru juga tabik sebab menjadi tunggak kekuatan SAM sehingga meraih kepercayaan banyak pihak :)..
ini kali laa..

Little Mike (LM) said...

syabas tuan CEO kerana begitu prihatin. Mengharapkan pihak yg perlukan bantuan segera akibat masalah banjir mendapat manafaat sepenuhnya... Teruskan tn..

maikong said...

puji Tuhan.terimakasih kepada Ceo Urban Storm/..atas keprihatinan..dan juga sekalung tahniah kepada Sam dan mereka2 yg akan buat pengagihan sumbangan ini..

Anonymous said...

Nah beginilah baru d katakan MANUSIA yg mempunyai HATI PERUT.....Saya hanya dapat BERDOA semoga REZEKI URBAN STORM Melimpah ruah lagi pemberian dari Allah swt...

SANGURU said...

subhanallah. Puji Tuhan. Tiap masyarakat memerlukan gol. Bijak yg menunjuk jalan, pemimpin baik yg membawa arah, org kaya yg meringankan beban dan tunjang perjuangan/kerja kebajikan, org gagah yg membenteras kejahatan, dll. Tiap kita ada peranan. Klu tiap kita main peranan, dunia ini syurga dunia...

mangsa banjir said...

Tahniah di atas usaha murni saudara-saudari tapi kenapa penduduk di kampung kuranji tidak tersenarai dalam penerima bantuan mangsa banjir sedangkan penduduk di sanalah yang paling teruk terkena banjir sebab kampung tersebut disitulah letaknya sungai kanarom iaitu sungai yang terbesar dan amat berbahaya di kota marudu. harap semua pihak dpt memberikan batuan ya. terima kasih

Anonymous said...

saya sokong si mangsa banjir ni....kasihan dorang tau....harap2 adalah respon cepat dan pantas drpd SAM n NGO2 n Goverment.

MindaGuru said...

Satu usaha terpuji, tahniah dan terima kasih CEO / SAM.

salam

SANGURU said...

SAM baru saja menyalurkan sumbangan dari Urban Storm ke urusetia. Harap penduduk kuranji yg terlibat pemindahan akan dapat sikit2.

CEO URBAN STORM said...

Jgn risau kg kuranji jg akan mendapat bantuan. drpd. CEO

Anonymous said...

Kg.Kuranji jg akan mendapat bantuan dari Urban Storm sdn bhd

mangsa banjir said...

terimwa kasih smoga usaha murni pihak tuan puan diberkati Tuhan.

SANGURU said...

kuranji tak tersebut kerana sebahagian peruntukan ke urusetia sebenarnya utk warga kuranji yg dipindahkan ke dewan. sebahagian lagi ke kampung2 yg tak dipindah tetapi juga perlu keprihatinan kita. Harap maklum ya. Apapun, jika ada peruntukan tambahan dari Urban storm atau mana2 pihak, akan dihantar terus ke kuranji. Mudah2an. Amin.

Anonymous said...

selain drpd mengenai peruntukan semata2...maksud kedua si mangsa banjir itu ialah kenapa kampung kuranji tak disenaraikan dalam senarai kampung yg terlibat teruk dngn banjir sdgkn lokasi kg trsbut d stulah ltknya sungai kanarom.

SANGURU said...

oo begitu. Mmg betul, majoriti yg dipindahkan dari kg kuranji. Dlm masa terdekat SAM/NGO akan ke sana bersama dgn CEO. Mudah2an tiada halangan

Baju Batik said...

Salam semua,

Tahniah Urban Storm.
Walaupun pada hemat saya golongan yg telah menerima bantuan itu 10x atau 100x lebih senang, mewah, kaya drp mereka yg lebih layak lagi diberi bantuan, tetapi itu adalah HAK MUTLAK Urban Strom.
Mungkin faktor2 ini diambil kira semasa memberi bantuan.

Golongan yg dibantu itu sering disebut2. Maka org yg akan memberi bantuan akan lebih dikenali apabila memberi bantuan ini kpd mereka. Berbanding memberi bantuan kpd. fakir miskin di Kg. sonsogon, Lingkabungan, Gana, Ongkilan Laut, Kg, Gouton, Kg. Popogong, Kg Sasayapon Tandek, Timbang Batu Darat, Kg Goruntung, Kg. Mangkausing di Kg.Taritipan Darat ataupun di Kg.Bodi Ongkilan. SIAPALAH YG MENGENALI MEREKA BUKAN?

Mungkin faktor keluarga dan waris2 juga diambil kira.

Apapun itu HAK MUTLAK Urban Storm.