SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 28, 2010

SAMA RATA DI SISI UNDANG-UNDANG

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 8, tentang Kesamarataan, dinyatakan bahawa;

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Saya bukan seorang pakar undang2, tetapi sejak awal tahun lepas saya sudah membeli sebuah buku tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan mula membaca dan berusaha untuk memahaminya dari masa ke semasa. Apabila membaca dan meneliti maksud bahagian perlembagaan di atas, saya berpendapat bahawa masih banyak jabatan kerajaan dan swasta yang tidak mengamalkan maksud perlembagaan tersebut. Apa pendapat saudara/i? Nota: Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh dicapai dalam internet secara percuma di sini.

5 comments:

Uku said...

Post yang baik. Thanks Doc.

suzie lyana said...

saya ada baca jg tu Doc. cuma saya kurang faham bahasa undang2 ni, mo belajar butul2 ni kan.

JMimie said...

Info yg patut dihayati dan dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia. Tq.

Umar said...

Perlembagaan negara kita memang cantik, tapi mungkin penguatkuasaannya dan pengaplikasiannya peru diperhebatkan lagi...

mohd fadzil said...

adakah hak kesamarataan di bawah article 8 ini bersifat "absolute"? jawapannya adalah "tidak". kerana berdasarkan perkara 8 (2), terpahat " Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini..." ini bermaksud, hak kesamarataan ini hanya terpakai selepas mengambilkira perkara-perkara lain seperti perkara yang berkaitan dengan keistimewaan orang melayu dan pribumi sabah dan sarawak, kedudukan bahasa melayu, kedudukan sultan, undang2 darurat e.g perkara 149, keistimewaan tambahan bagi negeri sabah dan sarawak e.g 9th schedule dan berbagai2 lagi.

Lantas, bagi pendapat saya, semangat 1Malaysia hanya boleh tercapai/terpakai sekiranya rakyat memahami peruntukan2 istimewa yang lain seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.