SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 2, 2010

SECAWAN KOPI...

Lama sudah saya tidak menulis ruangan secawan kopi walhal tiap hari tetap mengunjungi kedai kopi. Kali ini saya paparkan kisah benar yang saya perolehi di kedai kopi pagi tadi. Menurut rakan saya, ada seorang kakitangan kerajaan memesan kopi O dan diberi kopi O (tanpa gula) di restoran di hadapan kami sedang bersembang. Bila bayar, mamak kenakan harga RM1.20. Sepatutnya harga kopi O cuma RM0.80. Alasan mamak itu ialah naik harga kerana harga gula naik. Alasan si peminum kopi, dia pesan Kopi O tanpa gula. Setelah bertekak barulah mamak akur RM0.80 sebagai harga kopi O. Kisah ini memberi beberapa pelajaran. Pertama, sifat tamak peniaga hingga lupa bukan semua pengguna itu jahil dan pengecut. Pengguna kena arif dan sedikit berani. Jangan main "yes sir" saja...

2 comments:

SkyPips said...

sebagai pengguna kita mesti tahu hak kita dan mesti paham bagaimana utk pertahankan hak kita. sbb ramai org yg suka ambil kesempatan. teruskan menambah ilmu kehidupan.

Umar said...

peniaga yg jujur dan dermawan amat sukar utk ditemui... ramai yg lupa apa itu "berkat". atau, istilah itu tidak pernah terlintas di fikiran?