SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 22, 2010

SEDIH...! SIAPA BERSALAH?

Hari ini apabila kita membaca Akhbar Daily Express SEDIH....! Itulah ungkapan yang keluar dalam mulut, hati dan fikiran kita memikirkan tentang kemalangan yang berlaku semalam di Kg. Taritipan, apabila seorang murid Tahun 1 SK Taritipan dilanggar ketika melintas pergi ke sekolah. SIAPA BERSALAH...? Sukar untuk digambarkan siapa yang bersalah, kerana jika kita fikirkan pejalan kaki tersebut baru berumur 7 tahun, manakala pemandu tersebut adalah seorang yang dewasa dan matang. Cuba kita kaji perkara berikut; 1. Mengapa pejalan kaki tersebut tidak memandang kiri dan kanan ketika melintas? 2. Di mana rakan-rakan atau ibubapa pejalan kaki tersebut ketika dia melintas? 3. Mengapa pemandu yang memandu kenderaan tersebut memandu laju? 4. Apa dalam fikiran pemandu yang memandu tersebut ketika memandu? 5. Adakah 'MASA' merupakan faktor penyebab sebenar antara pejalan kaki dan pemandu tersebut terlibat dalam kemalangan? (Fikir-fikirkanlah dan renung sejenak) *Nota: Laporan daripada Hospital Queen Kota Kinabalu menyatakan murid tersebut sekarang dalam keadaan stabil. Semoga Murid tersebut cepat sembuh dan boleh pergi ke sekolah.

16 comments:

NONG said...

Pada pandangan saya...sya tidak salahkan guru yang TERlanggar budak ini dan juga budak ini sendiri. kita semua sedia maklum bahawa tempat kejadian adalah jalan utama/jalan besar..tiada orang yang sengaja2 mau langgar orang ba apa lagi kanak2. Inilah ba yang dikatakan malang tidak berbau. Sekarang itu cikgu yang TERlanggar budak itu trauma menurut Pembantu Perubatan di HKM. (saya gunakan istilah TERlanggar kerana cikgu itu memang tidak sengaja melanggar budak itu...)

ming2elly said...

kita harus jadikan ini sebagai pengajaran serta iktibar.

1.) jangan memandu terlalu laju. hati2 bila melalui kawasan yang ada papan tanda sekolah / haiwan ternakan / hospital / kawasan kemalangan / etc.

2.) ibubapa harus memastikan anak2 mereka berteman ke sekolah, terutama yang berjalan kaki. / jika meunpang atau menaiki bas sekolah, pemandu harus memastikan murid2 turun dan berhenti di tempat yang selamat.

SANGURU said...

ya menyedihkan kerana secara kebetulan pula yg kena langgar berstatus PELAJAR dan yang terlanggar adalah GURU. Kita kena hati2 membincangkan perkara ini. Dlm kes ini tidak wajar ada isu "murid-guru". Ia berkaitan pejalan kaki-pemandu kereta.
Beberapa tahun lepas di jln yg sama tp lokasi berbeza, seorang budak tadika MATI TERlanggar dan diheret oleh seorang ADO.

SANGURU said...

sy x arif undang2 namun sepanjang pengetahuan saya, kes begini yang akan dipersalahkan ialah pemandu kereta.
Saya bersetuju dgn pandangan Nong dan Ming.
Semoga kanak2 itu selamat dan kembali bersekolah manakala pemandu kereta semoga kembali normal dari trauma dan dapat bertugas dengan normal.

SANGURU said...

Tentang istilah laju, susah mo muktamadkan sama ada pemandu itu laju atau bagaimana. Secara logiknya, jika benar2 pemandu itu benar2 Laju, kanak2 itu akan cedera parah dan mati sebagaimana kes yang saya sebutkan di atas. Dalam kes tersebut, kanak2 Tandika itu mati dan diseret beberapa (puluh) meter. Yang ini saya berani cakap si pemandu memandu laju melebihi 80 km/jam.

SANGURU said...

utk makluman, jalan tandek-pitas adalah kawasan kemalangan maut. Sepanjang pengetahuan saya, sudah ada lima maut kena langgar kereta. Yg berlanggar maut pun ada. Yg kemalangan bawa cedera pun ada.
hati2 kita semua pengguna jalan raya.

SANGURU said...

satu saja komen mustahak saya, jangan guna istilah "murid-guru" kerana ia boleh menimbulkan implikasi negatif. Penulis/wartawan akhbar harus lebih hati2 mengguna ayat/kata nama khas.

kyro said...

Malang tidak berbau....apa pun berhati-hati dijalan raya.Semoga yang terlanggar dan yang tidak sengaja melanggar cepat pulih seperti sedia kala.

Anonymous said...

menurut sumber yg baru di terima budak tersebut telah meninggal dunia...takziah buat keluarganya..

Umar said...

Ada kalanya bagaimanapun kita berusaha mengelak diri daripada melakukan kesilapan, ia tetap berlaku juga. Apb perkara ini berlaku kpd kita, bertenanglah walaupun sukar krn itu sudah tertulis di dlm takdir-NYA. Marilah bersama2 kita tingkatkan tahap keberhati2an di jlnraya.

BUDIMAN JUGA said...

kanak2 berumur 7 th tidak sesuai dibiarkan sendiri tanpa pengawasan daripada ibubapa.kanak2 umur 7th belum dapat mengagah tahap keselamatan diri walau dimana sekalipun berada, lebih2 lagi diatas jalan raya. Jadi dalam perkara ini tanggungjawab ibubapa/penjaga adalah sangat penting.

SANGURU said...

sy di kenduri keluarga tadi. Sibuk org bercerita dan bertanya; apa suda jadi budak (pelajar) yg dilanggar guru?
Saya amat sedih. Banyak yg kita sedih. Kemalangan itu sendiri dan ckp2 "guru langar murid"....klulah ada pesakit baru keluar hospital dilanggar doktor, apakah org akan cakap sinis "doktor langgar pesakit", atau YB terlanggar rakyat, apakah org ckp sinis "pemimpin langgar rakyat".
Setahu saya kaum guru sayang murid2. Kdg2 lebih penyayang dari mak bapa murid2 itu sendiri. Cubalah kenang kisah kita sendiri sebagai murid.

Anonymous said...

walauapapun juga keadaan pemandu tetap salah, kawasan sekolah, perlu beri keutamaan/laluan kepada kanak2 sekolah...beri amaran bunyikan hon walaupun kanak2 berjalan ditepi/bahu jalan sekalipun...benda nak jadi buat mcamana lgi...juga ingatan buat diri saya...

Anonymous said...

Tidak ada orang yg sengaja terang2an mau MELANGGAR seorang Murid/Anak yg sdg BERUNIFORM...Bukan bermaksud kalau anak itu tdk beruniform kita boleh langgar...Mungkin d sini ada KESILAPAN yg berlaku, Mungkin Murid atau C Pelanggar...Biasanya Zaman IT ini saya lihat secara rembang RAWAK C Pemandu kebanyakan berSMS ketika MEMANDU ini adalah satu KECUAIAN yg perlu d BENDUNG...Saya tdk menuduh orang lain ttpi saya sendiripun KEKADANG begitu juga.....TEBIAT ini adalah 1tebiat yg kurang bagus....Fikir2kanlah...!!!

BUDIMAN JUGA said...

Biasanya tidak ada org yg sengaja mencari masalah, kecuali org kurang siuman atau org yg hilang pertimbangan dan mahu bunu diri. Segalah perkara yg berlaku didalam hidup kita ini adalah takdir. sebagai contoh ajal dan maut ditangan tuhan, inilah salah satu kuasa tuhan Allah yang kita tidak dapat elakkan. jadi memang sukar utk kita memutuskan siapa yg salah dan yg benar kerana kita tidak melihat kejadian, semuanya berdasarkan andaian saja. perkara ini suda terjadi dan tidak mungkin kembali lagi, jadi lebih baik kita cari penyelasaian yg baik dan bole membantu meringankan beban kepada keluarga si mangsa. hubungi individu yg telah melanggar budak tersebut dan minta sejumlah bayaran yg berpatutan...

syen said...

hati2 ketika memandu, hati2 ketika melintaas. ibu bapa sile beri peringatan pada anak2. setiap hari ketika pergi sekolah.