SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 27, 2010

SELAMAT BERTUGAS KEPADA NONG

(NONG)
Hari ini salah seorang staff SAM iaitu NONG akan memulakan tugas baru beliau di SK.Tagibang sebagai petugas hal ehwal pelajar.Ertinya NONG akan tinggal di Tagibang untuk beberapa waktu.SAM mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada NONG.Walaupun agak jauh sedikit dari keluarga namun demi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,diharap boleh menerima kenyataan ini dengan sabar. Saya pasti tugas ini bukanlah senang dan perlukan seseorang yang benar2 mantap dan bersemangat waja.Tidak hairanlah NONG menyahut tawaran ini kerana NONG memang seorang yang penuh pengalaman.Statusnya sebagai seorang isteri dan ibu sudah tentu memberi kelebihan kepada NONG menjalankan tugas ini. Harapan SAM agar NONG sentiasa ceria selalu dan dapat menyesuaikan diri dengan tempat dan suasana baru.Paling utama ialah,selain daripada menjalankan tugas harian,jangan lupa menyelami susana hidup di pendalaman untuk kita kongsikan dalam SAM.Jika ada maklumat penting,sila post dalam SAM untuk perhatian kepada pihak berwajib.Pendek kata,mulai hari ini NONG akan menjadi "duta" khas SAM di pendalaman Kota Marudu.Selaku admin SAM,saya dengan ini akan memberikan 1 label khas untuk NONG iaitu "suara dari pendalaman". Tidak dilupakan rasa penghargaan dan syabas kepada suami tercinta NONG iaitu Tompinai kerana pengorbanan besar yang telah diberikan dalam hal ini.Tugasan mengurus keluarga dan anak2 sudah tentu terletak ditangan Tompinai mulai hari ini.Tetapi SAM pasti ini bukanlah 1 masalah yang besar kerana Tompinai sebagai ketua keluarga adalah seorang suami dan bapa yang penuh bertanggungjawab.Untuk 3 hero,SAM mengharapkan agar anda bersabar kerana ibu tercinta kalian hanya berjauhan untuk tempoh sementara sahaja.Ikutilah nasihat dan pesanan ibu tersayang kalian.SAM memang tahu,rasa rindu itu tetap ada tetapi kalian adalah 3 hero dan anak2 yang sangat baik.Bersabarlah menunggu kepulangan ibu tersayang. Akhir sekali,untuk NONG..jangan lupa kami di SAM.Kami rakan2 penulis SAM sentiasa mendoakan agar NONG sentiasa sihat dan ceria.Pastinya..kami dalam SAM sentiasa merindui mu.

13 comments:

Uku said...

Oh, ini pula cerita dia..

Wah, saya salute sama ko Nong..Salute untuk Suami Nog juga...

Saya pasti 3 Hero Nong semua sudah pandai berdikari.

Selamat Bertugas Untuk Nong dan Jaga Diri Baik-Baik.

Cheers

LUNA said...

SOLUTE NONG...sesungguhnya TUHAN itu Maha adil dan akhirnya nong dapat kerja walaupun terpaksa bertugas di kawasan pedalaman..

Tompinai said...

Minta maaf Tuan Illie..saya tambah sikit gambar c NONG. Buleh ba kan.?? hehehe

kyro said...

tahniah n selamat bertugas nong.

Tentang mesyuarat tergempar 25/1/2010,minta maaf bnyk2,bru hri ini sya online jd sya tidak tahu n tidak masuk.Siou ki.Sya punya hubby masuk hospital bah sejak ahad lalu jd sya agak sibuk menjaga beliau.

SANGURU said...

kpd Nong, selamat bertugas. Tabahkan hati.
Kpd Tom, banyakkan SABARRRRRR...sy sedia menemani di kedai kopi.
Kpd pn. Kyro, semoga cepat sembuh hubbynya.

DINAKAN said...

1. syabas dan tahniah kepada Nong. Selamat Maju Jaya.

2. buat TOM, tenang dan tabah dalam menguruskan sesuatu pasti akan membuahkan hasil yang menakjubkan.

3. Kyro, semoga hubby nya cepat sembuh.

Tulunbunou said...

Salam sayang semua..
saya lagi la ketinggalan kereta api..

1. Tahniah dan selamat bertugas kepada Nong.. semoga sukses selalu.. kami setia menanti berita dari pedalaman..

2. Tompinai, selamat menunaikan tanggungjawab sbg seorang ayah dan ibu... ba ka.. ni kali la.. hehehe

3. 3 hero, cd Ben 10 kalian mc tpt kakak hehehe... jan lupa belajar walaupun tiada ibu aa..

4. Kak Kyro, semoga suami kakak cepat sembuh.

5. salam sayang lagi..hehe

maikong said...

ie bo..oi aman tompinai..osodu e no koruang nu dino..bah..sabar saja lah...hehehe......
Nong..o sogit mari c nod togibang keee?.mogowit kumut taakaakapal..keee..
mingkaso keee..selamat bertugas..saya salute kau&suami krn anda menyahut cabaran ini..walaupun empat staring kau...tinggal sementara d tanah rata...

Tompinai..ikut jadual makan..jgn selalu bawa budak makan kadai heee....

IsOn said...

Tahniah Nong. Semoga makin sembuh dan terus maju jaya.

Get well soon to Pn. Kyro's hubby juga.

Take care all...

JMimie said...

Tahniah Nong. Selamat jalan dan semoga sudah tiba ke destinasi dgn selamat. Kuatkan semangat dan semoga semakin sembuh. Kami sentiasa mendoakan yg terbaik bagimu.

Pn Kyro, didoakan moga suami cepat pulih spt sediakala. tk care.

LOPUNG said...

Kirim salam yer NONG...sayang betul u dah kahwin. good luck

Anonymous said...

adesss lopung..asabakan koh boh ong okito ko noh..andang koh rurutaon ko momurok om ie suwang nogi id lonjong

Little Mike (LM) said...

selamat bertugas kepada nong.. Kesabaran tompinai adalah ketabahan bagi nong juga.... semoga sukes..

pn Kyro... mcm mana perkembangan suami pn? mengharapkan suami pn sudah sembuh sepenuhnya