SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 2, 2010

Serita-Serita Saja Bah...

Bagi pihak ruangan Permata Bangsa, saya mau mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010M kepada pengunjung SAM amnya dan peminat ruangan Permata Bangsa khasnya (aisemen, ada peminat kah? ha..ha..). Hadirnya tahun baru 2010M ini maknanya, umur kita semakin meningkat manakala usia kita semakin pendek. Maknanya juga, kita semakin dekat dengan kematian. Semakin dekat dengan hari kiamat. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian? Fuhhh... berat kaini soalan, bah kasi lupa dululah. Kita sambung lain kali.
Hujung-hujung tahun ni biasalah sibuk. Masa inilah bos tanya, sudah siap itu kah atau belum. Kalau belum siap, habislah kana cuci telinga. Selain penulisan laporan dan yang sewaktu dengannya, saya juga disibukkan dengan pembikinan Buletin Online majikan saya. Jadi terpaksalah `bini2` saya yang lain direhatkan (Geomotivator.Com, Revolusi Marudu dan SAM-Permata Bangsa). Akhirnya, siap juga kerja yang diberikan itu. Kalau kamu inda malas, jalan-jalanlah bah tingu sulap yang saya bikin dengan bantuan editor-editor berpengalaman. Kita selalu dengar banyak jabatan yang ada websitenya sendiri, tapi jarang kita dengar yang gunakan blog sebagai buletin online. Era IT ni masam-masam ada... Oklah, nampaknya masa amat mencemburui saya. Insya-Allah, ruangan Permata Bangsa akan diberikan nafas yang lebih segar bersempena kehadiran tahun baru. Mudah-mudahan setiap huruf yang saya coretkan bisa menyumbang kepada perjuangan MENEGAKKAN YANG BENAR SEBAGAI PERSEDIAAN saya untuk MENGHADAPI KEMATIAN... Jumpa lagi!

3 comments:

kyro said...

Selamat Tahun Baru tuan.Teruskan perjuangan Insya Allah kami sentiasa menyokong dari belakang.

MindaGuru said...

Pertanyaan yang baik itu tuan... boleh buat orang berfikir dan berfikir..tahniah

Selamat tahun baru 2010.

Umar said...

Tq Pn. Kyro & Tn. MGS. Slmt thn baru 2010 juga. Sebagaimana kalian teguh berdiri dlm perjuangan, sy sebagai adik akan mencontohi kalian.

Selamat maju jaya...