SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, January 11, 2010

Siapa mereka?

wanita bertudung hitam berbaju biru itu menjual surah yasin dan lain-lain ayat suci yang difotokopi.Cara baru minta sedekah. Ketika berurusan dengan Jabatan Imigresen bulan lalu saya difahamkan bahawa sektor perkhidmatan kini tidak dibenarkan lagi mengambil pekerja asing walaupun majikan mahupun pekerja terbabit sanggup membayar levi untuk bekerja secara sah.Dan saya juga difahamkan bahawa pekerja asing yang sedang dalam tempoh perkhidmatan tidak dibenarkan menyambung semula perkhidmatan selepas ini. Mungkin ada baiknya langkah ini.Tapi pada pandangan saya lebih banyak buruknya.Kenapa? .... banyak sebab.Ada pihak mengatakan langkah ini perlu diambil supaya peluang kerja ini boleh diisi oleh orang tempatan terutama sekali golongan remaja yang semakin ramai terjebak kedalam gejala sosial seperti merempit dan sebagainya. Pengalaman saya selama 11 tahun menjalankan perniagaan restoran.....anak tempatan malas kerja....gaji mau besar kerja mau ringan....glamour - eksen mau lebih.... suka enjoy - mau borak lebih - duduk borak 1 malam tak tidur pun ok janji enjoy....suka ponteng kerja dan bohong - tembirang kacang sama bos.Contoh: saya mau pulang kampung bos nenek saya mati....atau...pakcik saya kawin....atau... mama saya sakit....atau...atau...atau...banyak macam alasan. Remaja bermasalah samada merempit,meragut,menagih dadah atau apa-apa lagi yang sewaktu dengannya....masukkan ke institusi pemulihan akhlak dulu...bagi latihan kemahiran mengikut apa yang diminatinya....jangan main campak ja masuk orang punya restoran....habis lingkup orang punya bisnes.Saya sudah buat dulu....saya ambil remaja tempatan bekerja di restoran saya.Sebelum mula kerja saya dah bagi taklimat...rambut tak boleh panjang,kuku mesti sentiasa bersih,pakaian mesti mau kemas,melayan mesti mau sopan....apa dia jawap ? ...... boleh bah kalau kau....tak apa masih boleh terima. Minggu pertama dia kerja pakai kemas....minggu kedua dia mula pakai seluar jeans koyak rabak terlondeh sampai nampak anu.....muka letak paku besi sana-sini...ada paku terpacak dekat kening,bawah bibir sampai atas lidah pun dia pacak paku....Rambut pendek tiba-tiba jadi panjang siap pakai tocang kaler-kaler gitu....Macamana dia buat? Haahh....lepas kerja dia pungut rambut orang yang bergunting di salon,dia pintal-pintal rambut tu lepas tu celup warna biru kah merah kah kuning kah....sendiri punya sukalah apa kaler mau taru....Lepas tu rambut yang telah siap dipintal dan diwarnakan dia jahit sambung dengan rambut dikepala dia.....rambut yang asalnya pendek sekelip mata dah jadi panjang bertocang macam rambut Resh Monu ..... bila kita tegur dia jawap apa...? ..Rockers mesti mau brutal bos....Ya brutal... Resh Monu buat begitu dapat duit lu orang budak nakal buat begitu dapat apa? Satu hal saya nak tanya dengan kerajaan....kalau ada orang kerajaan baca tolong jawap ahh... Saya orang tak sekolah...saya cari makan cara berniaga kecil-kecilan...modal sendiri bukan pinjam sebab kerajaan tak bagi pinjam (ini lagi satu hal nanti saya akan keluarkan dalam posting akan datang)....pekerja saya ada tempatan ada orang asing...saya bayar levi tiap tahun untuk pekerja asing.Secara tak langsung ini adalah pendapatan kerajaan.Pekerja tempatan kali-kali tukar tapi pekerja asing tetap setia ada yang sampai 6-7 tahun kerja dengan saya. Sekarang kalau mereka ini terpaksa diberhentikan siapa yang nak ganti tempat mereka? Bila kerajaan ambil langkah ini ada tak fikir masalah lain yang akan timbul yang terpaksa ditanggung oleh orang-orang macam saya? Saya yakin masalah ini bukan saya seorang saja yang terpaksa menghadapinya tetapi dikongsi bersama ratusan ribu pengusaha seperti saya....Satu ketika dulu ada dilaungkan slogan ini "Jangan tanya apa sumbangan kerajaan kepada anda tetapi tanyalah apa sumbangan anda pada negara".Lebih kurang itu macamlah dia punya slogan sebab itu saya pilih untuk jadi pengusaha supaya saya tak bergantung kepada kerajaan...tidak jadi masyarakat subsidi...mampu berdikari...malah membantu kerajaan dari segi ekonomi....tapi la ni nampak gaya kerajaan nak bagi kita mati...apasal? taun-taun kita bayaq cukai noo....tak adillah lagu ni...kita bagi madu hangpa bagi cuka...dahlah bila harga barang naik hangpa pi tembak restoran walhal yang kasi naik harga tu hang juga....cuba pikiaq sikit.kalau bisnes kami tutup kami nak makan apa,nak kasi anak sekolah macamana....kerajaan nak tanggungkah? Lagi satu saya nak tanya...kalau pekerja asing tidak dibenarkan bekerja secara sah disektor perkhidmatan, apa hal orang-orang asing seperti dalam gambar ini? Gambar ini saya rakam guna henpon lelong dekat restoran saya...orang asing ini ada cina ada indonesia sedap-sedap ja minta duit dari orang ramai...mereka lepas bebas bak burung terbang.Yang cina bawa mangkuk atau gelang kayu (beeds) ucap "Oumi toh poh".....terus dapat duit.Yang indonesia pula bawa surah yasin kecil atau ayat-ayat suci yang dia fotokopi banyak-banyak.... hulur pada orang ramai...terus dapat duit.Saya perhatikan orang-orang ini berjalan keseluruh pelusuk bandaraya.Bukan kedai kopi saja...restoran besar macam Kenny Rogers Roaster,Pizza Hut pun dia masuk.Kenapa mereka diberi kebebasan? Mereka bayar cukai kah? Kalau 1 orang bagi RM1...dalam sehari boleh jumpa 100 orang (100xrm1=rm100x30hari=rm3k) boleh tahan juga ya...rm3k sebulan tak perlu bayar lesen tak perlu sewa premis tak perlu bayar gaji pekerja tak perlu pengangkutan tak perlu bayar cukai.....Hmmm...perlukah aku tukar profession...?x@!?

3 comments:

ILLIE said...

adessss..takatawa sia baca tu "OUMI TOH POH"..macam itu filem kung fu pula...

kalaupun pihak kerajaan tidak lagi membenarkan pengambilan pekerja asing..tetapi perlulah memberi kelonggaran kepada majikan2 pengusaha2 perniagaan yang telah lama menggunakan tenaga pekerja asing ini untuk kekal berkhidmat selagi diperlukan.Jika ia dilaksanakan juga..suda tentu akan menimbulkan masalah kepada majikan yang selama ini bergantung kepada pekerja asing tersebut.Seperti mana yang cerita dalam entri ini..kerajaan harus bertolak ansur kepada majikan2 yang sekian lama mengunakan kepakaran tenaga asing dalam perniagaan mereka.

Sia tidak bermaksud untuk menghalang hasrat kerajaan.Mungkin ada kebaikan juga pihak kerajaan melakukan tindakan sebegini.Akan tetapi kita harus memandang kepada aspek lain pula..sekiranya tindakan memberhentikan penggunaan tenaga asing apakah pihak kerajaan dapat menyediakan tenaga pekerja tempatan kepada pihak pengusaha2 perniagaan?

Keputusan mendadak kerajaan ini mungkin tidak kena pada tempatnya.Saya ingin mengambil contoh negara Jepun yang lebih maju dari negara kita.Di Jepun..walaupun sebuah negara yang boleh dikira termaju di dunia tetapi masih lagi mengharapkan tenaga pekerja asing dalam beberapa sektor perkhidmatan seperti berkhidmat di pusat jagaan orang2 tua dan jururawat di hospital.Kebanyakan tenaga asing ini diambil dari negara Indonesia dan Filipina.

Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan..kalaupun keputusan untuk memberhentikan pengambilan tenaga asing itu muktamad tetapi dalam masa yang sama..berilah kelonggaran kepada majikan yang sekian lama menggunakan pekerja asing untuk memperbarui kontrak mereka.

kiehaa said...

Salam,

Maaf...ungkapan kerajaan tersebut perlu diperbetulkan. Saya rasa ngkapan yg sesuai adalah 'pihak yg berwajib' cth imegresen, Kementerian dlm negeri, Majlis tindakan ekonomi negara ke...dsb.

Bg saya langkah kerajaan menghadkan pengambilan pekerja asin g tersebut mgkin ada asasnya. Pertama, mengutamakan kepentingan ekonomi negara terutamanya mengawal pengaliran Ringgit malaysia drp lambakan mengalir ke negara lain. Inikan untuk kepentingan negara juga dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga asing bukan kategori profesional. Faktanya penduduk msia skrg ni lbh kurang 24Juta dan rakyat asing yg berdaftar di Msia adalah lbh kurang 1 juta dan tidak termasuk lagi PATI. Bayangkan brp banyak RM kita yg mengalir keluar jika pekerja asing ini tiap2 bulan mengirim wang ke negara masing2.

Kalau mau ckp kerajaan perlu beri kelonggaran, mmg pun kita sudah beri kelonggaran. Bukankah ramai pati di Msia ni yg bebas berkeliaran di negara kita?

berkenaan dgn perangai org tempatan yg malas bekerja, perangai tidak elok dsbnya bg saya adalah kes yg kecil saja. Saya rasa bukan kesemua org kita yg berperangai sedemikian dan bukan semua pekerja luar yg dtg bekerja di Msia ni elok2 belaka.

Ini cuma pendapat saya..

SANGURU said...

cari jalan bah puan. Ada kemahuan, ada jln...mudah2an terbuka jalan kelapangan atas masalah2 puan. Amin.